Mustaqeem dan Mursyidah hanya berjalan terus ke arah rumah Zulaikha dan Damia.
Kerana sudah lama berdiam akhirnya Mustaqeem membuka bicara.
"Ehm.. kau buat apa kat sini? Kau jugak kerja apa sekarang?" Tanya Mustaqeem sambil melihat ke arah Mursyidah.
Seketika dia merasa terpesona akan kecantikan Mursyidah apabila tidak lagi memakai cermin mata.
'Asal dia jadi cantik sangat ni!' bisik hati Mustaqeem.
Dia terus memalingkan wajah nya ke hadapan semula.
"Aku duduk dekat kawasan sini dan sekarang aku dah bekerja sebagai seorang tentera" balas Mursyidah.
"Oh.. kita sama aku pun jadi seorang tentera dan aku juga akan dinaikkan pangkat nanti" ujar Mustaqeem dia tersenyum sendiri apabila mengingat kenangan sewaktu dia masih berada di pusat latihan.
Mursyidah mengangguk entah berapa lama mereka berbual akhirnya mereka tiba di hadapan rumah Damia dan Zulaikha.
"Jom.. kita masuk" ajak Mustaqeem dia terlebih dahulu masuk dan disusuli oleh Mursyidah.
"Assalamualaikum" ucap Mustaqeem dengan agak kuat.
"Waalaikumussalam" sahut mereka semua yang sedang membakar ayam dan daging.
Mereka berdua terus bergabung dengan para jejaka dan wanita yang berada di situ.
Kehadiran Mursyidah buat kali ini membuatkan semua terkejut dengan kehadiran nya.
Manakala Zulaika dia sudah pergi dahulu bersama Aina untuk bertanya kepada Mustaqeem.
"Mana kau kutil akak Syidah ni Mus suka betul eh kau!" kata-kata Zulaikha membuatkan Mustaqeem merasa ingin marah tetapi ditahan oleh dirinya sendiri.
"Ala.. tadi dah alang-alang dia terserempak dengan aku kat kedai aku ajak lah dia join salah ke?" Tanya Mustaqeem dengan selamba nya mengambil ayam yang sudah dibakar itu.
"Okay" singkat dan padat itu sahaja jawapan yang diberikan oleh Zulaikha dia terus kembali bergabung bersama rakan-rakan nya.
Mereka berbual-bual dengan Mursyidah sebelum memulakan BBQ pada malam itu.
Sedang kan para lelaki juga melakukan hal yang sama berbual-bual sebelum memulakan BBQ pada pukul 8.00 malam nanti.
"Disebabkan kita mendapat seorang lagi tetamu jadi baru lah kita akan mulakan BBQ ini" kata Zulaikha sambil mempersilakan kawan-kawan nya untuk mengambil makanan yang sudah disediakan.
Semua orang yang berada disitu mengambil makanan seperti spaghetti Carbonara, mushroom soup, ayam bakar, sosej bakar, daging bakar dan pelbagai makanan yang lain.
"Wey ... Dah lama kan tak berkumpul macam ni lagi" ujar Damia kepada rakan-rakan nya yang sedang menikmati makanan itu.
"Betul tu aku setuju lain kali buat la selalu macam ni!" balas Ayu pula berserta idea yang diberi.
Damia hanya mengangguk sambil tersenyum kepada Ayu.
"Kalau aku buat selalu bankrap lah aku" ucap Zulaikha yang sedang menyuapkan spaghetti ke dalam mulut nya.
Apabila merasa percakapan kami sudah pun terlalu lama kami memutuskan untuk menawarkan kawan-kawan kami untuk menginap di rumah kami buat malam ini kecuali para lelaki yang sudah pun dihalau oleh Zulaikha.
Dan apabila kami semua bersembang bersama-sama barulah kami teringat bahawa lusa ialah majlis perkahwinan Afiq dan juga Sofea iaitu tunang nya sekarang.
____
2 hari sudah pun berlalu selepas hari BBQ itu.
Hari ini juga merupakan hari perkahwinan Afiq dan Sofea manakala Damia dia sudah pun bersiap untuk menjadi pengapit bagi pihak perempuan.
Semalam sebenarnya Damia diminta untuk menjadi pengapit kata nya pengapit pengantin perempuan itu ada urusan yang mustahak pada hari ini.
Jadi dia lah yang menggantikan tempat nya.
"Zu.. aku gerak dulu nanti jumpa dekat sana aku harap kau boleh move on!" Ujar Damia sambil memberikan semangat kepada kawan nya itu.
Zulaikha hanya mengangguk dia tahu apa yang disampaikan.
Damia terus berlalu keluar dia sudah pun meminta Danisha untuk membawa nya ke majlis perkahwinan itu.
Sedang kan Zulaikha dia dijemput oleh Aina dan Zafran yang akan datang ke majlis itu.
Apabila bunyi sahaja hon kereta diluar Zulaikha terus keluar dengan kunci rumah di tangan untuk mengunci rumah nya sebelum keluar.
"Dah jom kita gerak" kata Zulaikha apabila sudah lu duduk di dalam kereta.
Di sisi Damia tanpa dia ketahui yang bahawa orang yang akan menjadi pengapit lelaki itu adalah ex crush nya sewaktu sekolah menengah dahulu.
"Awa-" Hampir sahaja Damia ingin menjerit tetapi di halang oleh Afifitri dengan cara menenangkan nya.
"Shh.. tenang saya ada dekat sini pun sebab Afiq yang suruh jadi tolong senyap ya" Afifitri cuba menenangkan fikiran Damia yang pelik akan keberadaan nya di sini.
Akhirnya Damia pun faham yang Afifitri memang sudah menjadi pengapit lelaki Afiq dia tidak berani kerana Afiq juga adalah kawan nya.
____
Terlihat lah sepasang pengantin yang mula memasuki dewan untuk ke atas pelamin bersama pengapit dan keluarga mereka.
Dari jauh lagi Zulaikha, Aina, Danisha dan yang lain sudah nampak kelibat Damia yang masuk ke dalam dewan bersama pengantin perempuan.
"Dia orang nampak serasi bila bersama" ujar Zafran sambil melihat ke arah pengantin.
Sedang kan Zulaikha dia hanya diam tanpa berkata-kata jujur sahaja sekarang Aina sedang memperhatikan kawan nya itu.
'Dulu kau pernah jadi orang yang aku cintai tapi sekarang aku hanya berharap kau bahagia bersama pasangan kau' bisik hati Zulaikha yang masih memandang pengantin lelaki dan perempuan.
"Zu!" panggil Danisha membuatkan diri nya tersentak dengan panggilan itu.
"Ha .. ya ada apa? Dah makan ke?" Tanya Zulaikha bertubi-tubi.
Satu per satu kawan-kawan nya menggelengkan kepala.
"Kau melamun apa?" Tanya Danisha kembali.
"Tak ada apa-apa aku pergi dahulu lah nanti bagitahu Damia yang aku tak sempat nak jumpa dia" ujar Zulaikha dia terus pergi begitu sahaja tanpa makan dahulu.
Ikmal yang melihat itu pun pergi untuk mengejar Zulaikha dia tahu bahawa perempuan itu tidak dalam keadaan yang baik-baik sahaja.
Damia yang melihat dari atas pelamin itu sudah pun tahu akan apa yang berlaku dia juga tahu bahawa kawan nya itu belum sepenuhnya dapat melupakan masa lalu nya.
"Kalau macam tu saya pergi dekat kawan saya dahulu lah ya minta diri dulu" ucap Damia sambil meminta diri dari sana.
Dia terus pergi ke arah luar lalu cuba untuk mencari Zulaikha tapi tidak berhasil.
Telefon bimbit dia keluar lalu nombor Zulaikha di telefon berkali-kali sehingga lah panggilan yang ke 5 baru lah tersambung.
"Assalamualaikum" ujar Damia memberi salam.
"Waalaikumussalam boleh tak kau datang taman bunga teman aku" ucap Zulaikha pula dengan suara yang agak serak mungkin akibat terlalu lama menangis.
"Boleh je tunggu kejap aku sampai dekat sana nanti" Damia terus berlalu membawa kereta pergi.
Panggilan telefon itu pun terus dimatikan.
YOU ARE READING
The First Loves Zafran
Roman d'amourDia soft spoken.. Dia loyal.. Dia garang.. Dia penyayang.. Dia tentera.. Dan dia Tengku Ammar Zafran Dia memang ada segalanya tapi satu perkara sahaja yang dia tiada iaitu pasangan katanya mencari pasangan itu sangatlah susah kerana ramai yang ti...