BAB 23

18 4 1
                                    

Mereka semua hanya tersengih apabila melihat Zafran yang sedang berada di situ laju sahaja mereka ke tepi untuk memberikan ruang.

Manakala Damia dan Zulaikha pula tidak tenang duduk dibuat oleh Zafran kerana tatapan tajam yang diberikan kepada mereka.

'Sabar Zaf kat sini ada tunang kau karang tak pasal-pasal kau yang kena belasah dengan tunang sendiri' bisik hati Zafran yang seakan-akan ingin menerkam mangsa nya itu.

Zafran diluput daripada pandangan Damia dan Zulaikha mereka sedang mencari cara untuk melarikan diri daripada terkena amukan atas kesalahan mereka tadi.

"Wey kita try bla kalau dia fokus dekat Adip" bisik Damia kepada Zulaikha.

Setelah membuat perancangan barulah mereka melaju pergi keluar dari sana tanpa pengetahuan Zafran dan rakan-rakan mereka yang lain.

"Eh.. mana Damia dengan Zulaikha tadi ada?" Pelik Aina yang tadi nya melihat kelibat dua orang kawan nya itu.

"Ehm.. dah keluar la tu" balas Amni pula dia juga melihat-lihat kalau ada tanda-tanda kemunculan dua orang rakannya.

"Tak apa lah dia orang dah pergi dahulu  jadi kita order makanan kita jelah dahulu" ujar Zafran dia membuka telefon untuk memesan makanan untuk kami semua.

Laju sahaja tangan nya memesan makanan yang disebutkan satu per satu oleh kawan-kawan nya itu.

"Okay.. itu je so kita tunggu lah Damia dan Zulaikha balik" ujar Zafran sambil mengambil tempat di sebelah kanan tunang nya.

"Assalamualaikum" ucap Zulaikha dari luar dia dan Damia masuk dengan wajah agak ketakutan membuatkan semua pelik kecuali Zafran.

"Kau orang ni dah kenapa kecut semacam je muka tu" sindir Ayu yang sedang membelek-belek muka Zulaikha dan Damia.

"Tak ada apa-apa kita orang tadi baru lepas lari dari kena kejar dengan orang gila" Damia dia membela diri agar tidak terkantoi apa yang mereka takutkan sebenarnya.

Selesai sahaja mereka berdua menenangkan diri Zafran membuka bicara.

"Dah habis dah takut tadi?" Soal Zafran membuat semua orang disitu merasa pelik dengan ketiga orang ini.

Damia serta Zulaikha pun hanya mengangguk tanpa melihat kearah Zafran.

"Tengok aku!" Tegas Zafran berkata.

Aura seorang komando itu telah keluar dari diri nya.

Agak lama juga dia keluarkan aura itu untuk membuatkan mereka ini agak takut kepada nya.

"Okay.. apa alasan kau orang kali ini dan beri sebab untuk aku maafkan kau orang berdua ni!" Semakin tegas kata-kata yang diucapkan oleh Zafran.

"Ehm.. kita orang tak bersalah okay kalau macam tu aku jujur lah aku dengan Damia cuma nak balas dendam je pun asyik kau je boleh hukum kita orang takkan aku dengan dia ni tak boleh hukum kau? Mana adil kalau macam tu!" Zulaikha akhirnya melepaskan apa yang terbuku di dalam hati membuatkan Zafran terdiam.

Damia pun membuat keputusan untuk menyambung kata-kata Zulaikha.

"Betul tu aku sokong! Kau tau tak kita orang ni kena tunggu berbulan-bulan untuk balas dendam dekat kau sebab sakit hati kita orang sudah lah pergi sweet-sweet depan orang macam dunia ni milik dia lain kali kan kau beli bumi ni lepastu suka hati kau lah nak sweet ke mati ke apa ke aku tak kesah!" Sekali lagi kata-kata itu membuatkan Zafran terkejut dengan perkara yang tidak pernah dia sangka kan.

Sedangkan Aina dia telah tercengang melihat kawan-kawan nya itu sudah berucap panjang tanpa henti.

Dia jugak terkejut dengan ayat dimana 'bersweet-sweet depan dia orang' tu yang akan dikeluarkan oleh Damia.

____

Setelah Damia, Zulaikha dan Zafran bergaduh mulut selama 1 jam itu pun berjaya dihentikan oleh Aina.

"Okay .. bertendang boleh!" Ujar Aina dengan lantang agar mereka mendengar nya.

"Bertenang lah Nana" balas Damia dan juga Zulaikha memperbetulkan kata-kata Aina serentak.

Zafran hanya memandang malas ke arah kami berdua membuatkan kami merasa ingin mencekik nya hidup-hidup.

Tetapi mereka tau itu tidak akan terjadi kalau terjadi sekali pun mungkin mereka akan dibunuh mati oleh kawan mereka yang seorang ini.

"Okay .. sorry jadi makan dahulu baru lah kau orang bertiga keluar dari sini dan kalau nak gaduh dipersilakan" Aina menatap tajam satu per satu wajah kami bertiga.

Tanpa disedari oleh kami berdua Zafran menuju ke arah Aina dan menghalang nya dari kemana-mana.

"Ala.. Carino please lah jangan lah bagi saya dengan dia orang ni nanti saya kena buli macam mana" Muka Zafran dibuat-buat sedih agar dapat bersama Aina sepanjang masa itu pun membuatkan Damia dan Zulaikha merasa ingin muntah di situ.

"Hoi.. gila ke apa kau pergi jadi baby ke babi aku tak tau lah" sindir Zulaikha.

Tidak menerima dengan apa yang diucapkan oleh Zulaikha dia terus hendak ke sana namun dia dihalang oleh Aina.

"Okay.. saya tak bergaduh dengan dia tapi please saya nak duduk dekat dengan Carino" kata Zafran cuba memujuk.

"Baik .. ingat tau jangan BERGADUH" kata Bergaduh itu ditekankan lagi supaya mereka tidak mengulangi perbuatan yang sama.

Mereka bertiga mengakhiri pertengkaran mereka yang membuatkan Aina dan rakan-rakan mereka yang lain menarik nafas lega.

Daripada melawat Adip terjadi pula kes pergaduhan di antara Damia, Zulaikha dan Zafran.

"Dah lama kita dekat sini sekarang pun dah pukul 4.30 aku kena balik pejabat jadi kita jumpa lain kali lah ye" ujar Afifitri kepada kami semua.

Manakala kami beransur-ansur pulang ke rumah untuk berehat.

"Penat sungguh aku bergaduh dengan si kapten yang seekor tu dah lah jom kita balik rumah aku nak mandi solat lepas tu tidur" ujar Damia sambil memasuki kereta milik Zulaikha.

"Tak nak singgah mana-mana dahulu ke?" Tanya Zulaikha dia ingin memastikan jika ada tempat yang ingin disinggah dahulu oleh kawan nya itu.

"Boleh lah singgah speedmart beli maggie tak pun samyang" balas Damia dia menutup mata nya tanda diri nya sudah pun mengantuk.

Tujuan Zulaikha sekarang ialah speedmart sebenarnya mereka memang sudah bercadang untuk makan samyang beberapa hari yang lalu cuma tiada masa sahaja untuk membelinya.

Setiba nya di tujuan Zulaikha turun dari kereta nya untuk mencari samyang cheese yang digemari oleh mereka berdua nasib baik apabila dia melihat di situ masih banyak lagi stok yang ada.

3 pek samyang cheese diambil untuk simpanan mereka buat beberapa bulan akan datang atau mungkin hanya 2 bulan sahaja sudah pun habis.

"Kira semua ni" ujar Zulaikha kepada penjaga kaunter itu.

Selesai membayar dia terus memasuki kereta nya lalu pulang ke rumah dengan selamat sebelum bekerja pada hari esok.






The First Loves Zafran Where stories live. Discover now