BAB 25

11 3 1
                                    

Pov Mustaqeem

Sekarang sudah pun masa nya untuk flight yang ketiga kerana kami semua perlu menempuh penerbangan selama 19 jam yang memaksa untuk kami bertukar-tukar kapal terbang.

Aku kali ini diberi amanah oleh komander Amir untuk mengetuai pasukan beta dan kata komander disana sudah pun ada pasukan bantuan yang akan digabung dengan kami.

Pasukan kami berjumlah 10 orang termasuk aku dua orang sniper, seorang it, seorang doktor, dua bahagian pertahanan, dua bahagian hadapan dan dua lagi adalah pemantau.

"Ehm.. Komander Amir telah melantik aku sebagai ketua pada misi kali ini jadi aku akan memilih salah satu dari kau orang semua sebagai pembantu aku faham!" Ujar aku kepada kami semua dengan agak lantang.

Disebabkan penerbangan yang ketiga ini adalah

Yang diberi peluang untuk ikut bersama adalah aku sebagai ketua manakala Mursyidah akan aku lantik sebagai pembantu aku pada kali ini.

Mungkin Allah sudah memberi peluang untuk aku cuba mendekati dia lagi.

Flash back ..

Seorang lelaki berpakaian uniform sekolah itu berlari mengejar seseorang yang sudah pun membuat kan dia jatuh hati.

"Mursyidah!" Jerit aku dari jarak yang agak jauh agar dia perasan dengan aku yang sedang mencari nya.

Mursyidah menoleh dia hanya tersenyum melihat aku yang seperti orang kehabisan nafas akibat berlari.

"Kenapa kau cari aku?" Tanya Mursyidah dia pelik kerana aku selalu nya akan bergaduh sahaja dengannya.

"Ehm.. aku nak cakap something dengan kau nanti" ujar aku sambil tersenyum aku terus melangkah pergi ke tempat yang sudah aku persiapkan.

'Aku harap kau faham perasaan yang aku ada ni Mursyidah aku dah terlanjur sayang dan cinta dengan kau' bisik hati aku dengan penuh pengharapan.

Sewaktu balik sekolah adalah waktu yang terbaik untuk aku mencuri masa nya seketika.

Aku bukan ingin bermain-main dengan hati aku tetapi aku serius dengan isu ini.

"Mus? Kau dekat mana?" Mursyidah mencari kelibat aku di taman depan sekolah aku itu.

"Hai" ujar aku.

Seketika dia terdiam buat beberapa saat hingga akhirnya aku memilih untuk menyedarkan nya.

"Apa ni?" Soal Mursyidah.

"Hadiah untuk jujur dari hati aku dah lama pendam perasaan aku dekat kau aku cuba untuk buang tapi dia tetapkan ada aku cuma ingin bertanya kau ada hati dekat aku?" Soalan dibalas dengan soalan membuatkan Mursyidah agak ragu.

"Aku..aku minta maaf aku cuma anggap kau sebagai kawan aku tak lebih tak kurang" ucap Mursyidah dia terus pergi dari sana.

Tetapi aku cuba untuk mengejar namun sayang aku tak berhasil.

Keesokan harinya kami berdua tidak saling bertegur sapa yang membuatkan semua rakan-rakan kami memandang pelik.

Sejak dari itu aku sudah tidak berani untuk mengungkapkan lagi perasaan aku dekat dia.

End flash back..

Di masa sekarang kami sudah pun ingin tiba di destinasi.

Jam menunjukkan pukul 8 tengah malam waktu Milan tempat di mana kami akan mendarat.

Kami semua akhirnya selamat tiba di Milan dan sekarang masing-masing pergi ke tandas sehingga meninggalkan aku dengan Mursyidah berdua disini.

Kami hanya diam tanpa sebarang percakapan kisah lama masih membuatkan hubungan persahabatan kami yang dahulu agak hancur.

The First Loves Zafran Where stories live. Discover now