Zulaikha hanya duduk termenung sambil menunggu ketibaan Damia tanpa dia sedari dari tadi Ikmal hanya menatap nya dari jauh.
Dia berhajat untuk menegur baru sahaja ingin pergi Damia sudah sampai di sana dengan nafas yang tercungap-cungap.
Agak nya dia marathon untuk sampai secepat yang mungkin.
"Kau okay?" Soalan itu membuatkan Zulaikha diam dia tidak tahu ingin berkata apa lagi kepada rakan nya itu.
"Tak" Entah kenapa hari ini dia berasa seperti kanak-kanak yang mudah menangis baru sahaja ditanya soalan begitu air mata nya sudah turun dengan sendiri nya.
"Aku dah pesan dekat kau Zu kau kena ikhlas dia dah ada pasangan dia kau kena move on" lirih Damia dia berasa agak sedih melihat kawan nya begini.
Afifitri yang tadi mulanya mengikut Damia ternampak kelibat Ikmal yang sedang melihat mereka berdua.
"Ikmal" kata Afifitri dia merendahkan suara supaya tidak ada sesiapa yang mendengar nya kecuali mereka.
"Ya" ujar Ikmal pandangan mata nya masih lagi berada pada Zulaikha.
"Kau tak nak tegur dia orang?" Tanya Afifitri mengambil tempat di sebelah nya.
"Aku harap kalau bole-" belum lagi selesai bercakap Afifitri terus menyeret diri nya ke sana.
"Ekhem!" deheman Afifitri membuatkan Damia dan Zulaikha agak terkejut dengan kehadiran mereka berdua.
"Eh.. kau orang buat apa dekat sini?" Tanya Damia pelik kerana sekarang adalah majlis perkahwinan Afiq.
"Tak ada lah ni tadi saya tak sengaja ikut awak dia pun sama tak sengaja ikut Zulaikha" kata Afifitri yang sengaja ingin menyindir kawan nya itu.
Damia mengangguk sedang kan Zulaikha dia masih lagi dalam fikiran nya.
Ikmal yang menyedari hal itu dia merasa bingung dengan apa yang ingin dilakukan oleh diri nya sendiri.
"Kau orang tak nak pergi jalan-jalan ke sambil makan lagi pun tadi kan kita tak sempat makan" ajak Ikmal pula apabila teringat akan hal itu.
Kata-kata Ikmal membuatkan lamunan Zulaikha terhenti dia berasa kesihatan nya perlu didahulukan.
Akhirnya mereka pun memutuskan untuk makan di kedai bersama-sama sambil pergi healing untuk kembali kan kebahagiaan kawan nya ini.
____
Di sisi lain..
Adip dan Amni yang baru sahaja ingin balik dari majlis perkahwinan Afiq itu ditegur oleh Danisha.
"Kau orang nanti cari lah Damia dengan Zulaikha sekali tau" pesan Danisha kepada mereka berdua sebelum pergi.
Adip mengangguk dia memang akan mencari mereka walaupun tidak disuruh.
Amni disuruh untuk pulang bersama Aina kerana dia ingin mencari bersendirian entah mengapa firasat nya yang berkata begitu.
"Jom lah kita ikut Adip dari belakang mana tahu kita jumpa dia" cadang Zafran pula kepada kami.
Laju sahaja kaki dibawa memasuki kereta kami pun berlalu pergi mengikuti Adip dari belakang nya.
Sedang kan Adip dia yang memandu itu agak gelisah kerana masih belum menjumpai rakan-rakan nya itu.
Lampu isyarat menunjukkan lampu hijau dia hanya memecut tanpa sedar akan lori yang membawa kayu balak itu kehilangan kendali dan melanggar nya yang membuatkan kereta nya berguling-guling sedang kan Amni, Aina dan Zafran yang melihat itu laju sahaja mereka keluar dari kereta.
"Adip!" Jerit Zafran memanggil nama nya.
Tetapi tiada sahutan dari nya itulah yang membuatkan Zafran takut.
Amni pula dia sudah ditenangkan oleh Aina yang juga berada disebelah nya.
Zafran berlari kencang untuk ke sana memastikan bahawa kawan nya itu baik-baik sahaja.
Dia tidak mahu kalau hari ini adalah hari terakhir mereka bersama.
"Adil! Kau ada kat sana kan aku tahu kau ada dekat situ jangan tinggalkan aku kau kena selamat!" Jerit Zafran berkali-kali.
Pintu kereta yang sudah dipatahkan oleh Zafran itu pun membuatkan muncul nya kawan mereka Adip.
Dalam keadaan nyawa-nyawa ikan dia seperti sudah tidak mampu untuk bertahan.
Nadi nya juga sangat lah lemah.
Tanpa menunggu masa yang lama Zafran berhasil mengeluarkan Adip dari sana dia terus meminta Aina untuk menelefon hospital untuk Adip mendapatkan rawatan.
"Adip kau jangan lah main-main macam ni tolong lah!" Ujar Zafran dia ketakutan apabila melihat darah yang keluar dari badan Adip tidak berhenti.
Jantung nya sudah mengepam darah dengan laju dia takut, dia sedih, dia tidak kuat pelbagai emosi yang ingin dia keluar kan sekarang.
____
Afifitri pula yang mendapat kan panggilan telefon dari Aina itu pun terus terkedu buat seketika.
"Afifitri!" Panggil Ikmal buat kali keenam.
"Adip.. "
"Kenapa dengan dia?" Tanya Damia terburu-buru sebelum Afifitri dapat menghabiskan kata-katanya.
"Dia kemalangan"
Kata-kata itu membuatkan Zulaikha dan Ikmal menghentikan perbuatan mereka.
Mereka semua terdiam apabila mendengar berita buruk itu yang teruk nya pula majlis perkahwinan Adip dan juga Amni sudah hampir dekat.
Zafran memandang sayu wad ICU yang ditempati oleh rakan mereka yang selalu dilihat kuat bagi mereka.
Dari sekarang mereka semua belajar yang tak semesti nya dia kuat melalui ujian ini.
'Ya Allah kau kuatkan lah semangat kawan ku ini untuk terus hidup ya Allah jangan lah engkau mengambil nya dari kami' sayu sahaja bisikan hati Zafran dia tidak mampu untuk merelakan kawan yang sudah dianggap seperti keluarga.
"Aku tahu dia kuat dia tak mudah menyerah sebelum berlawan aku pasti dia akan sedar Zaf" ujar Ikmal dia datang untuk memberi kan semangat dan juga untuk melihat keadaan kawan nya itu juga.
Aina dan rakan-rakan nya yang lain sudah penat bersusah-payah untuk menyuruh kawan nya Amni untuk keluar makan tetapi dia tidak mahu dia juga masih berlarutan dengan kesedihan nya itu.
"Amni kau kalau nak tengok Adip sihat kau pun kena lah sihat jugak jom lah makan jaga kesihatan kau tu" ucap Aina yang sudah berkali-kali mencuba memanggil nya keluar.
Terlihatlah kawan nya sudah kelelahan dari malam hingga pagi memujuk nya dan bekerja seperti biasa.
Tetapi mereka tidak pernah mengeluh untuk menjaga kawan mereka.
Mereka tahu dia perlu kan masa dan ruang untuk merawat kembali diri nya sendiri.
Dan itu berlangsung selama 3 hari lama nya.
Adip pula masih berada dalam kondisi yang sama dia masih belum ada tanda-tanda untuk menyedarkan diri nya sendiri.
'Aku rindu akan hamba mu yang seorang itu ya Allah dia adalah penguat hidup ku ya Allah jangan lah engkau mengambil nya lagi' ujar Amni di dalam hati sewaktu menunaikan solat.
Air mata nya gugur begitu sahaja dia rindu akan perangai yang sangat lah random dari tunang nya itu tetapi sekarang dia hanya mampu berdoa untuk kesembuhan nya.
YOU ARE READING
The First Loves Zafran
RomanceDia soft spoken.. Dia loyal.. Dia garang.. Dia penyayang.. Dia tentera.. Dan dia Tengku Ammar Zafran Dia memang ada segalanya tapi satu perkara sahaja yang dia tiada iaitu pasangan katanya mencari pasangan itu sangatlah susah kerana ramai yang ti...