BAB 9

17 4 0
                                    

Pagi-pagi hari lagi kami sudah dikejutkan untuk memulakan hari kami.

Hari ini tugas kami agak mudah kerana hanya mengawasi kawasan dahulu agar tidak ada nya lagi gempa bumi akan berlaku.

Dan jika tiada gempa bumi akan berlaku lagi baru lah akan memulakan misi penyelamatan beberapa orang yang masih belum dijumpai.

Jika ada maka kami terpaksa mengawalkan misi menyelamat.

"Bangun dah pagi" kata Damia kepada Zulaikha yang masih tertidur pulas.

"Ish la kau ni ada jugak yang aku simbah pakai air ais kang" walaupun Damia memberikan ugutan Zulaikha masih lagi tidak bangun jadi dia memutuskan untuk melakukan nya.

Air ais diambil lalu secara tiba-tiba air itu Damia tuang kan ke badan Zulaikha.

"Uish..sejuk nya!" Jerit Zulaikha kesejukan dia terus bangun dari katil nya itu.

Damia terus tertawa terbahak-bahak.

Zulaikha melihat itu terus mengambil baldi itu lalu mencampakkan ke Damia tapi malah disambut baik oleh Damia.

Terus sahaja Zulaikha melangkah pergi untuk mandi dan menukar pakaian nya.

Damia dengan baik hati nya pun menolong untuk menukarkan cadar yang sudah basah itu.

"Dah lain kali nak kejut aku jangan lah guna air ais tu boleh mati beku aku lama lama" kata Zulaikha dengan tegas memberi amaran.

"Ye..aku minta maaf lagipun tadi kau yang susah sangat nak bangun mimpi apa pun aku tak tau" kata Damia pula.

Kami berdua berlalu keluar untuk bergerak ke surau untuk menunaikan solat subuh.

Selesai sahaja menunaikan solat kami bergerak ke dewan makan untuk bersarapan pagi.

"Wey Damia kau tau ke Aina dekat mana?" Damia menoleh ke hadapan.

"Hmm..dengan Zaf mungkin tapi kan sampai bila kita nak lari dari Zaf?" Tanya Damia kembali.

"Tak tau lah kalau rajin esok la baru jelaskan dekat dia" balas Zulaikha dia terus menyuapkan makanan ke dalam mulutnya.

Selesai makan kami berdua terus menuju ke tempat berkumpul.

Disitu kami akan diberikan taklimat lagi pada kali ini.

"Okey..baik lah semua jadi hari macam semua orang tahu kita akan mengawasi kawasan yang berhampiran dengan tempat runtuhan jadi walaupun nampak senang kita tetap kena berhati-hati apa apapun selamat bertugas!" Ujar Jeneral dengan tegas memerintah anak-anak buahnya.

"Baik tuan!" Balas kami tidak kalah tegas dengan jeneral.

____

Pandangan diedarkan ke seluruh tempat mencari apa akan berlaku gempa bumi lagi pada kali beberapa juga kami semua memeriksa dengan teliti kerana tiada nampak seperti akan berlaku gempa bumi lagi maka kami semua akan kembali menyelamatkan nyawa rakyat di sini.

"Kau rasa memang betul ke tak ada apa-apa aku rasa tak sedap hati la" kata Damia kepada Zulaikha dengan gelisah.

"Tulah aku pun pelik macam ada yang akan tidak kena kalau kita bertugas nanti" kata Zulaikha pula.

Jauh fikiran kami melayangkan tetapi kembali tersedar kerana ingin mencari Aina.

Di sisi aku pula yang sedang bersama Aina tengah melepak di pondok kecil tidak tahu yang Damia dan Zulaikha sedang mencari Aina.

Lama mencari Aina akhirnya ternampak Aina yang bersama aku.

Damia dan Zulaikha yang melihat itu memilih untuk melihat dari jarak jauh.

"Wey Zu kau tengok kawan kita tu jumpa bf tak habaq"bisik Damia.

Zulaikha mengangguk mengiyakan kata-kata itu.

Disitu kami terus memperhatikan sehingga lah Mustaqeem datang mengejutkan kami sehingga aku dan Aina menyedari kehadiran kami.

'Mampos kali ni memang mampos lepas ni memang aku belasah mamat ni buat gulai' bisik Zulaikha di dalam hati sambil side eye Mustaqeem.

"Kau orang intip aku ye nak kena kau orang ni push up 100" kata aku memberikan mereka hukuman.

"100 jugak" sampuk Mustaqeem sambil tersenyum lebar melihat kami didenda.

"Aina awak nak beri hukuman sekali jugak ke tak?" Tanya aku kepadanya.

"Boleh jugak tambah lagi 100" kata Aina dengan selambanya.

300 push up itu lah yang Damia dan Zulaikha tengah lakukan sekarang nampak nya semakin membesar lah otot tangan mereka.

Apabila hampir tiba di 300 push up kami akhirnya menyerahkan diri tanda tidak akan mengintip dan menjelaskan perkara sebenar.

"Kau orang tau tak yang kau orang ni salah faham!" Ujar Zulaikha dengan tegas.

"Apa yang salah nya kau orang berdua kan dah kantoi mengintip" bidas aku pula tanpa rasa bersalah.

"Heh..kau yang curi kawan kita orang lepas tu hukum macam ni eh macam tak logik doh dan lagi satu kita orang bukan intip tapi tidak sengaja tau tak kalau tadi kita orang pergi time dia orang tengah bersweet -sweet tetap kena marah kan jadi aku nak tanya lah memang kau orang berdua ni selalu salah faham kan dekat kami!" Damia pula kini membidas Mustaqeem dan aku membuatkan kami terdiam.

Aina yang melihat itu merasa bersalah dengan kawan-kawannya tapi apakan daya dia juga salah menghukum.

Damia dan Zulaikha terus berlalu pergi tanpa berpamitan.

"Zu malam ni kita beli je makanan tak payah turun aku dah penat kena push up tadi" kata Damia dengan nada yang lemah.

Kami terus terlelap di sofa tempat penginapan kami.

____

1 minggu sudah berlalu..

Dan kini Damia,Zulaikha aku dan Mustaqeem masih lagi belum berbaikan.

Sedangkan Aina dia sudah memujuk aku dan Mustaqeem berkali-kali untuk meminta maaf sebelum terlambat.

Kami sehingga sekarang masih lagi tidak bersapa kerana kejadian itu yang membuatkan mereka seperti tidak lagi menganggap kami adalah kawan mereka.

Mungkin ini lah yang dikatakan patah hati terbesar seorang perempuan.

" Zaf..kau rasa betul ke pilihan kita untuk tidak ambil kisah pasal dia orang" aku tau Mustaqeem hanya menginginkan kepastian.

"Ya aku yakin lagi pun dia orang punya salah bukan kita" tegas aku berkata kepada Mustaqeem.

Mustaqeem hanya mengangguk.

Entah kenapa aku berasa tidak sedap hati akan Damia dan Zulaikha berasa seperti akan berlaku sesuatu kepada mereka tapi aku endahkan agar fikiran aku tidak teralihkan.

Pekerjaan kami siap kan untuk kali ini jadi mereka hanya tersenyum.

Menu makanan di sini agak sedap akibat sebelum ini ada yang kata makanan di sini tidak terlalu sedap yang membuatkan makanan pada hari ini agak sedap juga.

"Damia kita lepas ni rehat dekat bilik la kan" kata Zulaikha.

"Ya.. dan lepas ni pulak kita pergi solat asar" ucap Damia pula.

Cepat sahaja makanan dihabiskan terus kami berdua bergerak ke bilik untuk berehat buat sementara.

Di bilik penginapan..

"Penat nya hari ini" ujar Zulaikha dia terus membuka baju nya yang tebal itu meninggalkan t-shirt nya sahaja.

"Tulah hari ni agak.penat esok macam mana aku tak pasti" kata Damia sambil menanggalkan stokin nya untuk dibasuh.

Kami berdua akhirnya naik ke atas untuk menyalin pakaian kepada pakaian biasa.


The First Loves Zafran Where stories live. Discover now