BAB 12

15 4 0
                                    

2 bulan sudah berlalu akan tetapi Damia dan Zulaikha masih selesa dalam lena nya.

Selama itu juga lah Zafran tak memaafkan diri kerana kesalahan nya telah membuat dua nyawa sedang dipertaruhkan.

Dan selama ini Aina dan Zafran masih belum lagi bertegur sapa setiap kali Zafran cuba untuk mendekatkan diri nya dengan Aina setiap itu juga lah dia mengelakkan dirinya.

Katanya 'jangan kacau saya selagi kawan-kawan saya belum sedarkan diri dan awak sudah meminta maaf kepada mereka berdua'.

Sakit..
Itu yang Zafran rasakan dia rasa bersalah kerana tidak mengambil tindakan ketika kawannya sudah lama tidak keluar dari bangunan itu.
Menyesal tentu dia sangat menyesal kerana tidak lebih awal menyelamatkan kawan nya.

"Ya Allah, kenapa ujian yang engkau berikan kepada hambamu ini sangat berat Ya Allah dan janganlah engkau mengambil nyawa kedua kawanku engkau berikanlah kesihatan kepada mereka ya Allah" ujar Zafran ketika dia sedang melakukan ibadah solat.

Air mata nya mengalir sebak apabila mengingat kawannya yang sedang terlantar tanpa menyedarkan diri.

____

Aina dan kawan-kawan nya yang baru sahaja keluar dari wad ICU melawat Damia dan Zulaikha itu pun termenung jauh.

"Daripada kita dok termenung tak tentu arah kat sini baik kita pergi cari makan" lerai Dania apabila melihat kesunyian terlalu lama.

Kami semua beredar ke arah kantin hospital untuk makan bersama-sama walaupun kekurangan 2 orang sahabat kami.

Dan untuk pengetahuan semua Mustaqeem dan Fawwaz pun sudah rapat dengan kami semua.

Sampai sekarang juga lah kami semua berjauhan dari Zafran agar dia menyedari segala kesalahan nya.

"Disebabkan kau orang aku orang baru perkenalkan diri" kata Mustaqeem sambil tersenyum lebar ke arah Imani.

"Hm..nama saya Imani saya bukan orang baru tapi orang lama saya tak muncul pun sebab belajar kat luar negara" ujar Imani dia agak malu bertemu dengan 2 jejaka ini.

"Ohh.. aku rasa kau dah kenal aku sebab kita kan senior junior dulu dan perkenalkan ini Fawwaz dia kawan baik aku" ucap Mustaqeem dan seperti biasa rambut nya mana pernah kemas kecuali pergi berkerja.

Imani hanya mengangguk mendengar percakapan Mustaqeem dia mencuba untuk menjadi ramah seboleh yang mungkin.

Aina, Mustaqeem dan Fawwaz berborak-borak tentang apa yang berlaku sewaktu di Lebanon kepada mereka semua.

"Yang paling aku kelakar waktu Zulaikha takut Damia tak keluar muka dia pucat gila aku yang tengok nak gelak tapi aku tahan la" kata Mustaqeem menceritakan kisah Damia dan Zulaikha sewaktu di sana.

Sedangkan Zafran dia hanya termenung dibalik cermin yang menghalang wad ICU itu.

'Damia, Zulaikha bila kau orang nak sedar aku betul-betul menyesal sebab tak ambil kisah pasal kau orang aku nak minta maaf dekat kau orang' ujar Zafran di dalam hati dan entah berapa kali hari ini dia menangis kerana hal ini.

Zafran berlalu pergi apabila sudah melihat kawannya dari jauh.

"Zafran!" Panggil Adip.

Zafran menoleh dia melihat Adip dan Afifitri sedang berjalan ke arah nya.

Mereka berdua memberikan senyuman mereka juga terus memeluk erat Zafran di situ.

Pelukan mereka tidak sampai di situ habis sahaja berpelukan mereka bersama-sama pergi untuk makan bersama-sama di restoran mamak berhampiran.

____

"Macam mana kau boleh tak ambil tindakan Zaf dia orang tu kan anak buah kau alias kawan kau kot biar betul kau ni!" Adip berasa tidak puas hati akan apa yang Zafran lakukan sewaktu itu.

"Aku just risau kan Aina dia tak makan lagi" ucap Zafran.

Afifitri mengeluh berat.

"Kau kena ingat walau bagaimanapun Aina kan dah minta pertolongan kau jadi just go on bro!" Afifitri cuba untuk memberikan semangat kepada Zafran untuk tidak terlalu memikirkannya.

"Betul tu kata Afifitri itu yang kau harus lakukan buat jangan leka ingat dia orang tu kawan baik orang yang kau sayang yang suka tau!" Pesan Adip kepada Zafran dia terus pergi memesan makanan untuk dimakan.

Makanan yang dipesan Adip ialah nasi goreng kampung 2 dan nasi goreng cina 1 itu yang dipesan katanya ' sekarang kan dah tengahari jadi kita makan lah nasi'.

Terpaling jaga makan..

"Lepas ni kita nak lepak mana?" Tanya Zafran merenung kedua orang kawan nya itu.

"Subway!" Jerit Adip tanpa rasa malu membuatkan satu kedai mamak itu melihat ke arah nya.

"Sorry! sorry!" Kata Adip dengan malu nya.

Zafran dan Afifitri hanya menggelengkan kepala melihat perangai tak senonoh Adip itu.

Kami terus menghabiskan makanan.

Lalu perjalanan kami diteruskan mengikut plan Adip untuk pergi ke Subway.

Setibanya di Subway laju sahaja Adip keluar untuk mendapatkan burger di situ.

"Bang! Burger ayam satu ye dengan air cola-cola satu" order Adip dia terus mengambil tempat duduk untuk menunggu.

"Wah.. kau untuk kita orang tak order pun eh?" Kata Afifitri menyindir Adip.

"Bang tambah burger ayam 2 lagi dengan air cola-cola 2 ye!" Jerit Adip dari tempat duduk nya.

Entah kenapa hari ni urat malu nya sudah terputus.

Siap sahaja pesanan terus kami makan buat kali kedua lama-lama duduk dengan Adip boleh gemuk kalau tak exercise.

"Haih.. kau ni dah kenapa Adip tak betul ke apa ke kena sampuk dengan jin hari ni" kata Afifitri curiga dengan perangai tak senonoh Adip itu.

"Hehehehe..aku sebenarnya tak makan dari pagi sebab tu lah urat malu aku putus kalau lapar sorry menyusahkan kau orang pulak jadinya" Adip tersengih lebar sambil berkata kepada Afifitri dan Zafran.

____

Di sisi lain ..

Damia dan Zulaikha akhirnya sudah dikeluarkan dari wad ICU tapi masih lagi belum menyedarkan diri dari tidur nya.

Itu khabar yang Aina sampaikan kepada kawan-kawannya.

"Aku harap kau orang boleh bersabar macam mana aku bersabar" kata Aina sambil tersenyum lebar kepada rakan-rakannya.

Dia tahu bukan sahaja dia yang menanti khabar baik tentang kesihatan rakannya tetapi keluarga dan rakan-rakan Damia dan Zulaikha juga menanti perkara yang sama.

"Damia, Zulaikha cepat lah bangun kau tak rindu ke nak bergurau senda dengan aku" ucap Aina sambil menahan tangisan nya yang ingin keluar sudah 2 bulan dia menanti tetapi mereka masih lena dengan tidur nya.

Aina sangat berharap jika dia menangis akan ada Damia dan Zulaikha yang membuka mata lalu mengelapkan air mata nya sambil memarahi nya kerana menangis.

Akan tetapi semua nya sia-sia mereka tidak akan mudah untuk bangun.

"Jangan lah selalu menangis tak baik tau kesian kat dia orang pun mesti sedih tengok kau menangis macam ni" teguran Danisha dari belakang Aina bukan nya membuatkan diri nya semakin tidak menangis malah sebalik nya habis air mata dia keluar kan pada hari itu.













The First Loves Zafran Where stories live. Discover now