BAB 22

160 8 1
                                        

Hari ini sudah seminggu sejak kemalangan Adip walau bagaimanapun Aina dan Zafran tetap akan melangsungkan pertunangan mereka yang akan dilaksanakan pada hari ini.

Rumah keluarga Aina terlihat meriah dengan kehadiran kawan-kawan serta saudara mara nya yang datang.

Kali ini tema majlis mereka berwarna hijau.

Termasuk lah dengan semua keluarga dan rakan memakai pakaian berwarna hijau.

"Aina kamu dah siap ke belum?" Tanya ibu nya dari luar bilik.

"Dah ibu sekejap lagi Aina keluar la" balas Aina pula dia terus mengambil kasut tumit tinggi yang akan dipakai nya nanti.

Memandang kan sekarang dia berada di dalam rumah memang tidak akan lah sesuai untuk memakai kasut bertumit tinggi.

Suasana disini terlihat indah seperti yang dirancang kan.

"Aina jom lah tangkap gambar dengan kita orang" ajak Dania mengajak nya untuk bergambar bersama 5 orang rakan nya yang lain.

"Kali ini aku jadi photographer jadi aku terpaksa suruh orang tangkap kan kalau nak bergambar sama-sama" ujar Damia dia menunjukkan kamera yang berada di tangan nya itu.

Entah daripada mana nya muncul lah Afifitri dan rakan-rakan.

"Kalau macam tu biar lah saya yang tangkap kan" ucap Afifitri pula tanpa berkata apa-apa dia mengambil kamera itu dan menyuruh mereka bergaya sesuai keinginan mereka.

Sebab tak yang mungkin gambar ditangkap untuk kenangan kami.

Susah untuk dapat peluang macam ni lagi pun masing-masing sibuk dengan kerja yang perlu dilakukan.

"Terima kasih sebab tolong kami" ucap Damia kepada Afifitri sambil tersenyum lebar.

Afifitri mengangguk dia mengembalikan kamera itu dan kembali bergabung dengan kawan-kawan nya.

"Dah jom kita pergi ke pelamin dahulu aku dengar pihak lelaki dalam perjalanan" ucap Ayu yang baru sahaja mendengar pertuturan dari ibu Aina.

Kami semua berjalan beriringan bersama Aina yang membuatkan seperti dia mempunyai pengawal di sekelilingnya.

"Assalamualaikum" tiba sahaja di pelamin terdengar lah ucapan salam dari pihak lelaki yang baru sahaja sampai di sini.

"Waalaikumussalam" balas semua orang yang berada di situ.

Terlihatlah Zafran yang berada di tengah-tengah kedua ibu bapa nya itu manakala adik nya berada di belakang nya sahaja.

Terbitlah senyuman ikhlas dari hati mereka berdua.

Sedangkan kawan-kawan mereka yang lain sudah seperti orang yang tidak wujud.

"Wey kita ni ajak Aini ke tak?" Tanya Zulaikha yang sedang turun dari pelamin selepas menghantar kawan nya itu tadi.

"Dah ajak mungkin sibuk kot" jawab Dania yang datang dengan makanan di tangan nya.

"Assalamualaikum kawan-kawan lama ku" ujar Aini yang datang dari arah belakang kami tanpa disedari oleh kami sendiri.

"Waalaikumussalam" balas kami berlima serentak.

"Kau ni datang dari mana?" Soal Damia dia agak terkejut dengan kehadiran kawan nya itu.

"Dari belakang" selamba sahaja jawapan yang diberi Aini mengambil kerusi lalu duduk di antara kami semua.

"Dah lah dari sibuk fikir pasal dia ni baik kau pergi jalan kan tugas dahulu Damia" pesan Danisha pula yang melihat aku masih terbengung di situ.

Damia mengangguk dia berlalu pergi diikuti oleh Zulaikha yang menjadi pembantu Damia.

Mereka semua berborak-borak sambil menunggu acara dimulakan oleh pengacara majlis pertunangan ini.

____

Amni yang sedang berehat di taman hospital itu baru lah teringat akan majlis pertunangan Aina yang dilaksanakan di  rumah keluarga Aina.

Dia terburu-buru ingin ke majlis pertunangan Aina tetapi dia dikejutkan lagi dengan khabar bahawa Adip telah sadar dari koma nya.

Akhirnya Amni memutuskan untuk berjumpa dahulu dengan Adip agar tidak membuatkan diri nya sakit hati.

"Assalamualaikum Adip" ujar Amni dengan agak perlahan agar tidak menganggu nya.

"Waalaikumussalam" balas Adip dengan suara yang agak serak maklum lah dia belum dapat meminum setitis air lagi.

"Boleh tak saya nak air" pinta Adip dengan lembut.

Amni tersenyum kecil lalu air mineral yang sudah di beli nya tadi diberikan kepada Adip.

"Macam mana dah rasa lebih baik?" Tanya Amni yang mengambil tempat duduk di kerusi yang disediakan.

"Adalah okay sikit" balas Adip pula dia berasa agak kasihan kerana mata Amni terlihat seperti orang yang tidak cukup tidur.

Akan tetapi rasanya dia tahu apa yang berlaku pada diri tunang nya itu.

____

Setelah majlis pertunangan Aina dan juga Zafran selesai Damia dan Zulaikha pun disuruh oleh Zafran untuk menolong kawan-kawan mereka yang lain di dapur untuk membasuh pinggan mangkuk dan beberapa orang dari kami mengemas ruang tamu yang digunakan tadi.

Tanpa Zafran ketahui dua orang anak buah nya sedang merancang sesuatu untuk nya Damia dan Zulaikha kelihatan bersemangat untuk mengerjakan ketua mereka alias Zafran yang sedang duduk bersembang di tepi rumah yang sudah dibubuh sebuah pondok bersama orang yang baru sahaja menjadi tunang nya itu alias Aina kawan kepada Zulaikha dan juga Damia.

"Wey kau ikut belakang aku ikut depan lepas tu aku baling air kau baling ais batu last sekali kalah dia orang marah kita start kereta and bla" ujar Zulaikha dia merancang segala nya untuk membalas kan sakit hati nya sewaktu di Lebanon hari itu.

Dengan muka yang tidak bersalah Zulaikha berlari selaju yang mungkin setelah melemparkan air kepada Zafran.

Damia pula hanya mengikuti dari arah belakang yang membuatkan Zafran menahan amarah nya.

Kami berdua akhirnya ketawa terbahak-bahak melihat Zafran yang sudah seperti orang yang baru sahaja mandi kolam sekarang.

"Hahahaha.. padan muka dia akhirnya terbalas jugak dendam aku" Zulaikha dan Damia menyambung ketawa mereka sambil berlalu pergi menjauh dari sana.

"Aku harap dia cepat pindah pangkalan biar tak boleh seksa kita" ujar Damia sambil menadah kan tangan nya.

"Amin" dengan suara yang agak lantang Zulaikha mengaminkan doa tersebut.

Mereka berdua pun menghabiskan masa selama beberapa minit untuk mengawal kembali diri mereka yang gelak tidak ingat akan dunia.

Agak terkejut Damia apabila melihat panggilan telefon daripada Amni dan beberapa pesanan dari Amni juga yang menyuruhnya untuk ke hospital.

Mereka berdua yang telah kembali semula ke mood serius itu terus keluar dari rumah untuk ke hospital segera.

Aina yang melihat itupun pelik namun dia berhenti untuk berfikiran negatif kerana melihat mesej dari Amni.

Dia akhirnya memutuskan untuk ke hospital juga bersama dengan Zafran yang akan memandu nanti.

____

Hospital Columbia Asia..

Aina dan juga Zafran masuk ke dalam wad yang ditempati oleh Adip selepas memberikan salam.

Terlihatlah kawan kawan Aina yang lain sedang berada di situ bersama para jejaka seperti Mustaqeem, Afifitri, Ikmal dan juga Fahim yang sudah pun berada di situ lebih awal.

The First Loves Zafran Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang