Selesai sahaja makan bersama aku ikut membantu mama membasuh pinggan mangkuk yang telah digunakan walaupun sempat dihalang oleh mama.
"Ish.. kamu ni Zaf mama dah suruh kan duduk dekat depan bersembang dengan abah dan adik kamu tu kenapa pulak ikut sibuk dekat dapur ni" Tegur mama kerana melihat aku sedang membasuh niatnya hanya membantu tapi malah dihalau.
Setelah siap membasuh pinggan dan mangkuk yang berada di dalam sinki itu terus aku melangkah ke ruang tamu dimana tempat abah dan adik aku berada.
"Raf kamu ni dengan Zaf ni dah besar tak ada ke nak mencari menantu dekat mama dan abah ni?" Tanya abah.
"Zaf memang dah umur 25 tahun abah tapi maklum lah kerja Zaf ramai orang yang tak boleh terima.." balas Zaf pula.
Abah hanya mengangguk sambil mengambil air teh o yang disediakan oleh mama.
____
"Kau orang sekarang dah nak petang ni jam pun dah pukul 1.30 kau orang balik la dulu aku pukul 4 petang karang baru balik" Ujar Aina lalu bergegas pulang ke bilik nya untuk menyambung kerja.
"Kau orang pula shif sampai pukul berapa?" Tanya Danisha.
"Aku pukul 2 habis shif Dania pula pukul 6.." balas Amni.
"Okey lah aku dengan Zu nak gerak balik pangkalan dulu nanti takut ada call dari komander" Kata Damia lalu mengajak Zulaikha berlalu pergi pulang ke pangkalan masing-masing.
Sewaktu dalam perjalanan hendak keluar dari hospital Damia dan Zulaikha ternampak aku seperti sedang mencari seseorang terus sahaja Damia dan Zulaikha menyapa aku.
"Eh..Zaf apa yang kau buat kat sini?" Tanya Zulaikha sambil melihat sekeliling.
"Aku cari sorang perempuan ni dia doktor yang kawan aku carikan untuk gantikan dia" balas aku sambil menayangkan gambar Aina yang berada di dalam telefon aku.
"Ohh.. Aina bilik dia dekat tingkat ni je kau just terus ke depan je kalau nampak bilik belah kiri itu lah bilik dia"kata Damia kepada aku sambil tersenyum ramah.
"Ohh... Okey terima kasih tolong aku" aku terus mengucapkan terima kasih atas pertolongan mereka dan aku juga tertanya nya macam mana dia orang kenal Aina.
Damia dan Zulaikha pun ikut menghantar aku ke bilik Aina katanya ingin berjumpa sebelum berpisah.
Sampai sahaja di bilik Aina aku terus memberi salam dan aku juga melihat dia sedang menyusun dokumen pesakit nya.
Aku duduk di kerusi yang berada di situ aku nampak dia sudah menoleh ke arah aku entah bagaimana aku bagaikan jatuh cinta pandang pertama terhadap dia cantik itu yang aku tidak boleh nafikan dia sangat cantik.
Entah sejak bila aku sudah tersenyum seorang diri Damia dan Zulaikha yang melihat itu pun terus meminta diri untuk ke pangkalan.
____
Keesokan paginya.. Di kem tentera.
Semasa aku sedang termenung tiba-tiba datanglah dua orang sahabat aku semalam yang terserempak di hospital terus sahaja mereka mengejutkan aku.
"Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh tuan Zaf" Ucap Damia dan Zulaikha bersamaan.
"Astaghfirullahalazim!?" Riak terkejut aku tayangkan kepada kedua-dua kawan/anak buah aku.
"Jauh kau termenung Zaf," Kata Zulaikha dengan asyik nya mengambil tempat duduk disebelah aku dengan Damia.
"Haah.. Zaf jarang kau termenung macam ni fikir siapa hmm?" Tanya Damia kepada aku.
"Bukan hal kau orang la tak ada kerja ke apa kacau aku pagi-pagi kat sini?" Bukan mereka mendapat jawapan malah disoal kembali oleh ketua mereka.
"Eh.. kita orang tak ada kerja la jumpa kau kalau tak tak ada jumpa kau lagipun mana tau kau tu tengah terangan-angan dengan bidadari semalam tu.." Zulaikha pun mengusik aku tentang perkara yang berlaku semalam.
ANDA SEDANG MEMBACA
The First Loves Zafran
RomanceDia soft spoken.. Dia loyal.. Dia garang.. Dia penyayang.. Dia tentera.. Dan dia Tengku Ammar Zafran Dia memang ada segalanya tapi satu perkara sahaja yang dia tiada iaitu pasangan katanya mencari pasangan itu sangatlah susah kerana ramai yang ti...
