Aku melihat langit terang menerangi bumi Malaysia di luar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Di depan aku, tiga buah BMW berwarna hitam sedang menunggu di luar perkarangan lapangan terbang betul-betul di hadapan aku. Aku yang sangat merindui suasana di Malaysia terpesona sehingga tidak perasan mereka yang sudah bersedia untuk masuk ke dalam kereta.
"Excuse me!" aku terkejut apabila seseorang menegur aku yang sedang berdiri di tengah-tengah pintu keluar.
Aku lihat seorang gadis yang berambut hitam ikal mayang digayakan pula dengan baju Luis Vuitton memandang ke arah aku dengan amarah.
"Oh, I'm sorry miss." aku yang menyedari kesilapan sendiri memohon maaf dengan sopan kepada gadis itu.
"Good! Itu yang saya nak dengar. Lain kali jalan pakai mata bukan lutut. " balas gadis itu sebelum berlalu pergi dengan sombongnya.
Aku yang mengalami kejutan budaya menggaru perlahan kepala aku yang berbalut tudung. Aku ada ke langgar dia tadi? Aku rasa macam tak. Entah lah!
"Hayna! Berapa lama nak berdiri di situ? Tak mahu balik ke rumah baharu ke?" Aliya menjerit dari dalam kereta.
Aku nampak Harvy cuba menahan Aliya yang asyik bergerak untuk memanggil aku. Aku menepuk dahi. Lupa pula! Jakun sangat dah aku ni.
Aku menuju ke arah kereta yang menempatkan Sally. Pintu kereta aku buka lalu duduk dengan selesa bersebelahan dengan Sally. Sudah tentu aku bawa Sally sekali bersama aku. Aku tidak akan meninggalkan dia terkontang-kanting di sini. Kebebasan aku sepatutnya aku kongsi bersama dia.
Kereta kami mula bergerak meninggalkan lapangan terbang lalu menuju ke lebuhraya. Aku memandang ke arah Sally sambil tersenyum. Sally yang perasan akan pandangan aku turut menghadiahkan aku senyuman manisnya.
"Sally, saya tak sangka pada hari ini saya bebas daripada cengkaman mereka. Seumur hidup saya, saya tidak pernah rasa bahagia begini. Saya terlalu bersyukur!" kata aku dengan air mata kegembiraan.
"Saya pun tumpang bahagia, Ledi Hayna. Saya nak ucapkan juga terima kasih kerana membawa saya bersama Ledi Hayna. Terima kasih memberi saya peluang untuk menemani Ledi Hayna sehingga ke hari ini iaitu hari paling bahagia buat Ledi Hayna." Sally tergelak kecil sambil mengalir air matanya.
"Now, cukup untuk menangis ni! Kita kena happy-happy sahaja. Firstly, saya nak awak ubah panggilan itu. Say no more to Ledi Hayna or Miss Hayna. I want you call me Nara from now on. Please, saya berharap sangat ni!" aku memegang tangan Sally membuktikan yang aku bersungguh mengatakannya.
"Tapi Ledi..." Sally serba salah.
"Big no for that. Please, saya tidak mahu. Awak bukan lagi personal assistant kepada Hayna tapi sahabat baik kepada Nara short name for Fainarah. Understand?" Sally dengan perlahan-lahan mengangguk.
"Do it now. Saya nak dengar awak panggil saya Nara." aku memandang Sally dengan berharap.
"Nara... Macam itu?" aku menepuk tangan dengan bangga apabila Sally berjaya melakukannya.
"Yes, good job! Sayang Sally!" aku memeluk Sally dengan erat.
"Saya pun sayang Nara banyak-banyak!" ini tidak mahu mengalah juga. Suka hatilah Sally.
Aku menoleh ke arah tingkap dengan tenang. Tiada lagi rasa diperhatikan. Tidak pernah dia berada sungguh selesa seperti ini. Lama-kelamaan, mata aku semakin memberat hinggalah aku terlelap.
Aku tersedar apabila seseorang sedang mengetuk tingkap yang bersebelahan dengan aku. Aku yang mamai menggosokkan mata aku berkali-kali. Aku di mana? Aku kena balik mansion sekarang. Habislah kalau Sir Eero tahu aku balik lambat.
YOU ARE READING
Message Of Love : Dia Pilihan Takdir
ActionAku...Hayna Fainarah. Tetapi dunia mengenali aku sebagai... Hayna Lyoneckha. Berdirinya nama itu sebagai satu figura yang semua idamkan... Akulah ikon wanita, Akulah cicit yang paling dikagumi, Akulah kebanggaan Lyoneckha, Siapa tak kenal Lyoneckha...