Spaghetti yang masih berbaki aku letakkan di tepi. Aku dah terlebih kenyang ni. Jus strawberry yang hampir separuh aku sedut dengan perlahan. Daripada tadi tidak berganjak air aku tu. Mungkin sikit sangat aku sedut. Biarkanlah!
Kini, tinggal aku berseorangan di meja bulat yang besar ini. Mereka yang bersama dengan aku sebentar tadi sudah bergerak pergi. Kemungkinan berjumpa dengan pemilik hotel ini.
Selesai sahaja upacara perasmian , mereka memaksa aku untuk memberi ucapan sepatah dua kata. Aku yang tak bersedia memang menggelabah lah. Nasib baik Sally awal-awal sudah sediakan skrip. Kalau tidak, sudah pasti aku menjadi patung di tengah pentas itu.
Aku lihat jam di tangan. Rasanya, aku dah boleh berangkat pulang. Perut yang lapar pun aku dah penuhkan. Alhamdulillah! Dengan lekas aku menghubungi Sally.
"Sally, saya nak balik ni. Awak ada di mana?" soal aku kepada Sally yang berada di hujung talian.
"Saya ada di luar. Miss Hayna sudah selesai ke?" jawab Sally.
"Saya dah selesai ni. Tak mahu saya berlama-lama. Nanti banyak pula yang ajak berborak. Saya malas nak melayan." kata aku separuh berbisik.
"Apa Miss Hayna? Saya tak dengar!" kata Sally dengan kuat.
"Ish, cakap perlahan sikit lah! Kalau ada yang dengar macam mana?" marah aku kepada Sally.
"Bukan mereka faham pun." balas Sally selamba.
Aku terpaku. Betul juga! Aku lupa pula!
Tiba-tiba, bahu aku dilanggar. Aku menoleh ke arah gerangan yang telah melanggar aku. Berani dia langgar aku!
"I'm sorry!" belum sempat aku hendak menegur insan itu , kedengaran suara dia terlebih dahulu memohon maaf.
"It's okay." balas aku yang tidak jadi untuk marah.
Dia menyedari kesalahannya sudah cukup buat aku. Belum sempat aku hendak melihat wajahnya dia telah berlalu pergi meninggalkan aku. Aku hanya terpinga-pinga di situ. Pergi macam itu sahaja? Suka hati kau lah!
"Miss Hayna!" panggil suatu suara.
Aku menoleh ke arah datangnya suara itu. Rupanya Sally yang memanggil aku. Berlari-lari dia ke arah aku.
"Miss Hayna okay ke? Ada apa-apa yang terjadi?" soal Sally dengan risau.
"Tiada apa pun. Kenapa awak berlari sampai ke sini?"
"Miss Hayna tak jawab langsung semasa saya bercakap di talian. Saya fikir terjadi sesuatu kepada Miss Hayna." terang Sally.
"Sudah. Mari balik. Saya nak kena bersiap untuk ke majlis Mr. Felipe pula. Nanti Sir Eero bising pula." arah aku.
"Baiklah." jawab Sally sepatah.
Aku dan Sally pun bersama-sama melangkah ke arah jalan keluar daripada hotel tersebut. Setiap ahli korporat yang bertembung tidak penat menghadiahkan senyuman buat aku. Peramah semuanya. Sesetengah daripada mereka memang sangat menghormati dan peramah.
Akhirnya kami tiba di perkarangan tempat letak kereta. Hotel ini memiliki basement untuk meletakkan kereta namun aku lebih gemar di tempat yang lapang seperti di luar hotel ini. Memandangkan pemandangan di sekeliling luar hotel ini sungguh cantik. Ketika musim sejuk mungkin lebih terserlah keindahannya.
Dari jauh aku dapat lihat kereta hitam yang setia menanti terparkir elok di bawah pohon besar yang sunyi kawasannya. Aku yang berjarak beberapa meter daripada kereta itu tanpa bicara terus berhenti. Sally turut melakukan perkara yang sama.
"Sally, mana driver?" Sally terkejut mendengar soalan aku.
"Itulah driver kita." balas Sally dengan blur.
YOU ARE READING
Message Of Love : Dia Pilihan Takdir
ActionAku...Hayna Fainarah. Tetapi dunia mengenali aku sebagai... Hayna Lyoneckha. Berdirinya nama itu sebagai satu figura yang semua idamkan... Akulah ikon wanita, Akulah cicit yang paling dikagumi, Akulah kebanggaan Lyoneckha, Siapa tak kenal Lyoneckha...