BAB 18

2 0 0
                                    

     Sudah tiga hari berlalu, aku masih lagi tidak berkesempatan untuk berjumpa dengan Aliya. Padahal dalam satu rumah yang sama. Sejak kejadian itu, Aliya punya emosi makin tidak stabil kerana asyik memikirkan masalah keluarga ayahnya yang makin porak-peranda. Aku tahu pun disebabkan Harfi yang memaklumkan pada aku. Kami masih makan bersama namun masing-masing diam seribu bahasa. Tiada sesiapa yang berani bersuara kerana risau akan lebih merosakkan suasana. 

   Selesai sarapan pagi, aku pun berehat sebentar di ruang tamu untuk menghadam makanan yang baru sahaja ditelan. Sally turut menemaniku di sebelah. Telefon pintar yang tiba-tiba berdering membuatkan aku tercari-cari mana datangnya bunyi tersebut. Sally yang tersedar turut membantu aku mencari. Aku lihat poket baju Sally yang menyala.

"Sally! Your phone!" aku menunjuk ke arah poket Sally yang terletak elok telefon pintarnya.

"Eh? Telefon sayalah!" ucap Sally yang lekas menjawab panggilan tersebut sambil berlalu pergi menjauhi aku.

"Apa yang penting sangat sampai tak bagi aku dengar tu?" desis aku sambil memerhatikan Sally dari jauh.

"Nara kami pergi kerja dulu. Ada masalah roger!" laung Zafir yang sudah hampir dengan pintu keluar.

"Papa pergi dulu, Nara. Jaga diri." pesan Tuan Abil yang turut beredar dari situ.

"Kerja elok-elok juga, papa and Zafir!" aku membalas sambil melihat bayangan mereka yang semakin hilang daripada pandangan.

   Sally yang sudah selesai dengan panggilan telefonnya menghampiri aku. Dia menghampiri aku dengan wajah tersengih-sengih seperti kerang busuk. Mesti ada apa-apa ni!

"Ehem...Nara saya nak keluar sekejap sahaja. Boleh?" soal Sally yang mengerdipkan matanya berkali-kali ke arah aku.

"Keluar? Dengan siapa?" aku memandang ke arah Sally dengan hairan.

"Saya sorang sahaja. Tadi saya dapat panggilan telefon dari tempat yang saya mohon kerja. Mereka nak interview saya hari ini." jelas Sally dengan wajah yang gembira.

"Awak mohon sebagai apa?" aku bertanya dengan teruja.

"That's secret. Saya tak nak Nara serbu saya waktu saya tengah kerja. Big no!" ucap Sally dengan muka dibuat-buat tegas. Aduhai!

"Saya ke awak yang kaki serbu? Rasanya, mata saya tak buta lagi nampak awak lalu lalang depan kedai yang saya kerja. Don't deny it!" balas aku dengan menyampah. 

"Yelah, saya kaki serbu. For now, saya nak pergi bersiap. Nara doakan saya tau!" kata Sally lalu meninggalkan aku di ruang tamu. 

     Aku memandang sekeliling ruang tamu. Aku nak buat apa ni? Hari ini aku cuti kerana Kak Haura tutup kedai. Anak Kak Haura mengalami demam panas maka Kak Haura perlu menjaga anaknya di rumah. Aku boleh sahaja bekerja seorang tetapi Kak Haura tidak mahu aku menjaga kedainya seorang diri. Risau katanya.

     Lama aku termenung dengan tiba-tiba aku mendengar derap kaki seseorang melangkah di belakang aku. Aku menoleh dengan laju. Rupa-rupanya, Harfi yang sedang membawa secawan air bersamanya. Dia mengambil tempat di sebelah aku.

"Kau buat apa dekat sini sorang-sorang?" soal Harfi yang telah menghenyakkan punggungnya di sofa yang aku duduk.

"Tadi lepak dengan Sally. Sekarang dia tengah bersiap nak pergi interview kerja." balas aku sambil menekan remote televisyen untuk menghidupkan skrin gelap dihadapan kami.

"Kerja apa si Sally tu minta?" sambung Harfi lagi.

"Entah! Dia tak mahu beritahu. Aku pun malas nak tanya lebih-lebih. Biarkanlah." ujar aku yang sedang sibuk memilih movie di Netflix.

Message Of Love : Dia Pilihan TakdirWhere stories live. Discover now