Aku perhatikan penampilan di hadapan cermin. Nampak cantik...eh perasanlah kau Nara!
Aku memakai blazer berwarna cream yang menutupi kemeja putih yang sedang aku sarungkan lalu aku padankan dengan kain labuh jenis cotton yang juga berwarna cream. Shawl satin yang dihiasi warna matte gold menjadi pelengkap.
Puas dengan penampilan aku, tanpa membuang masa tingkat bawah aku tuju. Dari jauh aku dah nampak Aliya yang sedang duduk di sofa sambil menikmati air susu. Bau susu tu mengalahkan bau kopi.
"Nara!" panggil Aliya yang sedang cuba untuk bangun dari duduknya.
"Tak payah bangun! Duduk situ diam-diam biar Nara yang datang situ." arah aku yang cepat menghalang Aliya daripada bangun.
"Hehehehe... Sorry menyusahkan Nara pula nak kena datang sini." kata Aliya dengan tersengih-sengih.
"Tak menyusahkan pun. Ha, kenapa panggil Nara?" soal aku yang sedang berdiri di hadapan Aliya.
"Aliya nak cakap selamat bekerja di tempat baru Nara! Jangan stres-stres tau? Sentiasa ingat untuk jaga kesihatan diri, jaga keselamatan diri, jangan paksa diri sampai memudaratkan diri dan paling penting jaga hubungan dengan Allah. Aliya sayang Nara sangat-sangat...jadi jangan lupa apa yang Aliya pesan tau?" ucap Aliya sambil tersenyum manis.
"Gaya Aliya pesan macam Nara ni nak pergi berperang. Nara pergi kerja dekat syarikat papa je tak ke mana pun..." balas aku sambil menjeling manja ke arah Aliya.
"Ala... saja nak buat macam dalam drama melayu yang Aliya tengok semalam." aku menepuk dahi. Patutlah!
"Astaghfirullah... Yelah Aliya memang Nara je yang rajin layan perangai pelik Aliya ni." balas aku sambil ketawa.
"Pagi tadi nak buat pada Harfi tapi awal-awal dah kena warning. Tak sukalah!" Aliya mencebik.
"Suka ke tak suka suami awak juga..." usik aku.
"Nasib baik sayang!" ucap Aliya. Aku bantai gelak. Adoi!
"Nara minta diri dulu, Aliya. Assalamualaikum." aku meminta diri sesudah selesai melayan kerenah Aliya.
"Waalaikumussalam, Nara!" balas Aliya sambil melambai-lambaikan tangannya ke arah aku.
Driver yang telah ditugaskan untuk menghantar aku ke tempat kerja awal-awal telah berdiri menunggu aku di luar. Aku pesan pada papa yang aku akan pergi ke tempat kerja sendiri tanpa mereka.
Tuan Abil yang risau aku akan tersesat mengarahkan aku ke tempat kerja menggunakan driver miliknya untuk hari pertama. Apabila aku sudah biasa dengan jalan ke syarikat papa, baru aku dibenarkan untuk naik kereta sendiri untuk ke sana.
Masuk sahaja ke dalam kereta , driver pun menjalankan tugasnya untuk menghantar aku ke syarikat Tuan Abil. Perjalanan kami mengambil masa tiga puluh minit untuk sampai ke destinasi. Boleh tahan jauh juga. Mungkin traffic light yang melambatkan perjalanan kami. Kalau tiada traffic light aku agak dalam dua puluh minit dah sampai.Sebaik sahaja turun daripada kereta , aku menuju ke arah pintu masuk syarikat Tuan Abil atau nama sebenarnya The Cullinan Group. Berbelit lidah aku nak menyebut.
Masuk sahaja ke dalam aku terpesona. Cantiknya design! Di ruangan lobi dipenuhi dengan tumbuhan hijau dan mesra alam pengguna. Ruangan solat pun ada di sini yang memudahkan orang Islam yang keluar masuk dapat menunaikan solat dengan segera. Lantai jangan cakap. Mungkin boleh main ice skating sebab licin dan bersih. Ramai betul pekerja dekat sini sampaikan aku dah tak ada tempat nak duduk. Tempat kosong tu memang ada tapi majoriti lelaki yang duduk. Aku segan!
![](https://img.wattpad.com/cover/380169814-288-k991927.jpg)
YOU ARE READING
Message Of Love : Dia Pilihan Takdir
ActionAku...Hayna Fainarah. Tetapi dunia mengenali aku sebagai... Hayna Lyoneckha. Berdirinya nama itu sebagai satu figura yang semua idamkan... Akulah ikon wanita, Akulah cicit yang paling dikagumi, Akulah kebanggaan Lyoneckha, Siapa tak kenal Lyoneckha...