Seminggu telah berlalu, Harfi yang tidak mahu isterinya menghadapi kejadian yang sama telah menghalang Aliya keluar melainkan bersama dirinya. Aku yang melihat keadaan Aliya hanya mampu bersimpati. Untuk menghiburkan hari Aliya aku selalu mengajak dia menonton wayang di rumah bersama aku dan Sally. Setiap kali aku cuti kerja, aku akan menghabiskan masa menemani Aliya sahaja.
Kini, aku telah bekerja di salah satu kedai bunga yang berhampiran dengan kawasan rumah kami. Jarak antara rumah dengan tempat kerja aku hanya mengambil masa sepuluh minit sahaja untuk sampai kalau menaiki kereta.
Kadangkala, Sally dan Aliya datang untuk menjenguk aku yang sedang bekerja. Itupun selepas mendapat kebenaran Harfi. Selepas jenguk aku memang dia dipaksa untuk terus pulang. Aliya yang gemar memasak suka menghantar bekalan makanan untuk aku. Sudah tentu Sally membantu. Aku rasa Aliya sahaja yang mampu menghalang Cik Dayah daripada memasak. Ilmu apa yang Aliya guna pun aku tak tahu.
Papa ada mengajak aku untuk bekerja di syarikatnya namun aku masih belum bersedia untuk masuk ke dunia pekerjaan yang sentiasa sibuk itu. Aku lebih rela memilih pekerjaan yang biasa sahaja. Kerja di kedai bunga pun sudah cukup bagi aku. Aku gemar dengan bunga-bungaan jadi tidak menjadi masalah untuk aku biasakan diri bekerja di sana.
Tepat pukul 9:30 pagi aku sudah bersedia untuk ke tempat kerja. Aku melihat pantulan cermin yang memaparkan seluruh tubuh aku. Jelas kelihatan aku sedang mengenakan jubah biru tua bersama shawl silver yang nampak cantik di mata aku. Puas dengan penampilan aku tanpa membuang masa aku bergerak ke tingkat bawah.
Sally dan Aliya yang sedang menonton television aku tegur.
"Aliya, Sally...saya pergi dulu!" kata aku sambil menuju ke arah pintu keluar.
"Hati-hati Nara!" balas kedua-duanya serentak.
Aku mengintai dari pintu keluar ke arah garaj kereta yang terdapat di dalamnya deretan kereta milik Harfi dan Zafir. Tuan Abil pun tidak tamak seperti dua anak lelakinya. Aku tercari-cari kereta BMW milik papa.
Setelah aku mula bekerja, papa membenarkan aku untuk menggunakan kereta BMW yang telah lama dia tidak gunakan. Aku pula lagi suka guna kereta yang simple tu. Aku bukan nak cakap dia simple sangat pun. Hendak dibezakan BMW tu dengan kereta lain di garaj tu memang sakit mata aku tengok kereta yang bersusun tu.
Ada Porsche, Lamborghini, Mercedes, Bugatti dan lain-lain lagi. Nasib baik tiada kapal terbang yang terparkir di situ.
Aku menuju ke arah tempat letaknya semua kunci kereta. Sah BMW tiada. Kunci pun hilang entah ke mana.
Nombor papa aku hubungi. Namun tidak berjawab. Mungkin sedang mesyuarat. Aku berfikir untuk menghubungi Zafir atau Harfi. Apabila memikirkan Harfi yang tidak pernah serius dengan aku, keputusan untuk memilih Zafir lebih meyakinkan.
Aku cuba untuk menghubungi Zafir pula. Nasib menyebelahi aku apabila talian bersambung.
"Zafir!" aku menjerit kecil memanggil namanya.
"Apa? Ada masalah ke?" soal Zafir perlahan.
"Kau meeting ke?" tanya aku dengan serba salah.
"Yup. Kau nak cakap apa? Cakap jelah." balas Zafir.
"Mana BMW papa? Aku nak guna tapi kereta tu dah tak ada. Kau tahu dekat mana?" aku pun bertanya kepada Zafir.
"BMW? Wait...bukan Harfi dah tanya kebenaran kau ke nak guna BMW tu." ujar Zafir dengan hairan.

YOU ARE READING
Message Of Love : Dia Pilihan Takdir
ActionAku...Hayna Fainarah. Tetapi dunia mengenali aku sebagai... Hayna Lyoneckha. Berdirinya nama itu sebagai satu figura yang semua idamkan... Akulah ikon wanita, Akulah cicit yang paling dikagumi, Akulah kebanggaan Lyoneckha, Siapa tak kenal Lyoneckha...