Makan malam kami pada kali ini agak berlainan sedikit. Sebelum ini berenam sekarang bertujuh. Faham? Aku memandang ke arah nasi yang telah dihidangkan di hadapan aku. Masih termenung memikirkan kematian ayah kandung aku yang sungguh tragis. Tiba-tiba, hilang pula selera.
Apabila melihat juadah yang pelbagai tu tak jadi pula nak ikutkan hati yang tak ingin makan. Lebih baik aku isi perut ni daripada menyesal tak kesudah nanti.
Aku terleka dengan minda sendiri sehingga tidak menyedari semua telah menadah tangan untuk membaca doa makan. Cepat-cepat tangan aku angkat untuk mengikut bacaan doa yang dibacakan oleh Harfi.
Selesai doa, semua mula menikmati hidangan masing-masing. Aku masih terkial-kial mencari lauk yang berkenan di hati. Aku baru perasan ada lauk masak lemak ayam yang aku belum pernah rasa lagi. Aku tak pasti sama ada pedas atau tidak namun aku dah terliur tengok menu tu.
Malangnya, sungguh jauh masak lemak tu dengan kedudukan aku. Tangan pun bukan panjang mana...
Tiba-tiba, ada tangan yang menghulur mangkuk berisi masak lemak itu ke hadapan aku lalu diletakkan dengan perlahan. Aku pantas melihat ke arah pemilik empunya tangan.
Raed memandang aku sejenak kemudian menyambung semula suapan ke dalam mulut. Aku diam-diam tersenyum. Wahai wanita di luar sana, ini yang dikatakan act of service!
"Nara, sedap ke masak lemak tu?" soal Sally separuh berbisik kepada aku.
"Sedap. Kenapa? Nak ke?" aku meletakkan mangkuk berisi masak lemak di hadapan Sally pula.
"Saya dah ambil tadi. By the way, masak lemak tu Raed yang masak tau..." kata Sally sambil tersenyum senget.
Aku tersedak mendengar kata-kata Sally. Terbatuk-batuk aku dibuatnya. Nasib baik tak pedas kalau tak icu dah aku sekarang ni. Segelas air jus aku capai lalu disuakan ke dalam mulut. Fuh, lega tekak aku!
"Sally, saya tengah makan tau! Sudahlah tu kenakan saya." aku menjegilkan mata ke arah Sally.
Sally tidak menghiraukan amarah aku. Dia menyambung semula suapan ke dalam mulut. Aku yang malas nak bergaduh lebih-lebih hanya mendiamkan diri menikmati makanan sehingga habis.
Selesai makan malam, aku membantu Cik Dayah mencuci pinggan mangkuk di dapur. Aku ni tak pandai masak maka cuci pinggan ni sudah cukup membantulah, kan? Ingat aku pemalas masuk dapur ke?
"Kamu tak ke depan ke Nara? Borak-borak dengan mereka. Dengar macam rancak sahaja bunyinya. Sampai ke dapur dengar gelak tawa tu." tanya Cik Dayah yang hampir siap mencuci pinggan.
"Tak nak lah, cik. Segan ada si Raed tu...mahu dia nampak perangai tak semenggah Nara memang buat malu sahaja. Tujuh keturunan Nara hadap malu tu nanti." balas aku sambil mengelap pinggan yang siap dicuci.
"Agak-agaklah Nara sampai tujuh keturunan." ketawa Cik Dayah.
"Wah, seronok nampaknya Cik Dayah. Borak apa tu?" tegur Raed yang tiba-tiba muncul di dapur.
"Tak ada borak apa pun. Kamu tu buat apa dekat sini, Ed? Ada nak apa-apa?" tanya Cik Dayah.
"Saya nak ambil brownies dalam peti sejuk tu Cik Dayah. Harfi tak sabar nak bagi Aliya lepaskan mengidam dia tu." balas Raed yang sedang menuju ke arah peti sejuk di sebelah aku.
Alamak salah tempat aku berdiri! Aku pun berdiri ke tepi sedikit memberi ruang kepada Raed untuk membawa keluar brownies dari dalam peti sejuk. Brownies itu dibawa ke atas meja untuk dipotong.
YOU ARE READING
Message Of Love : Dia Pilihan Takdir
ActionAku...Hayna Fainarah. Tetapi dunia mengenali aku sebagai... Hayna Lyoneckha. Berdirinya nama itu sebagai satu figura yang semua idamkan... Akulah ikon wanita, Akulah cicit yang paling dikagumi, Akulah kebanggaan Lyoneckha, Siapa tak kenal Lyoneckha...