Selesai bersiap aku keluar menuju ke arah majlis yang bertempat di dewan besar tingkat pertama. Aku hanya mengenakan dress berwarna ungu yang dipadankan dengan shawl putih. Sepanjang perjalanan aku tersenyum manis apabila bertemu dengan tetamu yang lalu-lalang.
Dapat aku lihat Master Owen sedang berbual bersama tetamu yang hadir walaupun dalam keadaan berkerusi roda. Aku memutuskan untuk menuju ke tempat lain. Buat masa ini aku tidak bersedia untuk menghadap Master Owen.
Aku menuju ke tempat buffet yang tersedia. Terus bersinar mata aku melihat kek red velvet yang berada di situ. Rezeki aku ! Piring yang tersusun aku ambil satu lalu memotong kek red velvet yang masih elok tidak disentuh. Meja yang kosong aku duduki. Makan di majlis orang kena sopan! Aku menyuap satu sudu kek ke dalam mulut. Muka aku berkerut. Rasa red velvet ke ni?
Aku yang terlupa mengambil air dengan segera mencari-cari air. Tiba-tiba, segelas air berada di hadapan aku. Aku memandang orang yang meletakkannya. Ethan tersenyum ke arah aku .
"Kenapa pandang? Minumlah air yang saya bawa ni." tegur Ethan.
"Terima kasih. Buat susah-susah sahaja." balas aku sambil meneguk air yang diberikan. Lega tekak aku!
"Baru sampai ke? Saya tengok awak tiada pun daripada tadi." soal Ethan sambil mengambil tempat di hadapan aku.
"Haah, saya baru sahaja sampai. Ada urusan yang tidak dapat dielakkan tadi. Awak pula kenapa berada di sini? Tidak ikut Mr. Felipe berborak di sana?" Soal aku kembali sambil menunjukkan arah Mr. Felipe berada.
"Sebenarnya, saya sedang mengelak daripada mereka. Saya tidak bersedia untuk jumpa dengan semua orang. Lagipun, minggu depan saya nak pulang ke Malaysia." terang Ethan sambil bersandar di kerusi dengan lemah. Nampak penat gayanya!
"Ethan, boleh saya tanya awak sesuatu?"
"Awak nak bertanya? Tanya apa?" Ethan membetulkan duduknya bersedia mendengar soalan aku.
"Betul ke Madam Anne ibu kandung awak? Saya nampak macam dia muda sangat pula untuk jadi ibu kandung awak. Lagi satu, saya tak nampak pun awak bertegur dengan dia. Awak bergaduh dengan dia, ke?"
Ethan terdiam. Mungkin tidak menyangka soalan yang aku keluarkan. Aku pun main lepas cakap sahaja! Jahat mulut ni!
"Hmmm... perkara tu saya tak mampu nak jawab. Ini berkaitan dengan dia dan saya sahaja. You know, personal matter. Ramai juga mempersoalkan isu ini. Namun, saya lebih suka berdiam diri. I'm sorry, Hayna. I'm not ready to tell you."
"I'm sorry, Ethan. Saya tidak sepatutnya tanya soalan seperti itu pada awak. Maklumlah saya jenis straight to the point." aku memohon maaf dengan tindakan aku yang bersikap lancang.
"It's okay. Awak tak salah pun." Ethan tersenyum ke arah aku menampakkan gigi taringnya. Murah sungguh Ethan dengan senyuman.
Baru sahaja aku ingin membuka mulut, kedengaran telefon milik Ethan berbunyi nyaring. Ethan meminta diri kepada aku untuk berlalu pergi bagi menjawab panggilan telefon. Kini, aku berseorangan semula di meja yang kosong ini.
Aku meneliti setiap tetamu yang keluar masuk. Semua serupa model aku tengok. Semua tinggi serupa tiang malahan wajah memang sesuai masuk majalah dunia. Hendak dibandingkan dengan aku? Macam langit dengan bumi.
Tekun aku meneroka serata ruang itu, mata aku tertumpu pula pada sosok tubuh gadis bertudung yang bersebelahan seorang lelaki. Eh? Apabila wajah gadis itu lebih jelas di pandangan mata aku, aku berdiri. Wait, who is she?
Aku lihat mereka menuju ke arah suatu ruang yang agak terpencil di situ. Aku yang sentiasa bersifat ingin tahu mengambil langkah untuk pergi ke tempat mereka berada. Tambahan pula, Mr Felipe dan Master Owen menuju ke arah mereka.
YOU ARE READING
Message Of Love : Dia Pilihan Takdir
ActionAku...Hayna Fainarah. Tetapi dunia mengenali aku sebagai... Hayna Lyoneckha. Berdirinya nama itu sebagai satu figura yang semua idamkan... Akulah ikon wanita, Akulah cicit yang paling dikagumi, Akulah kebanggaan Lyoneckha, Siapa tak kenal Lyoneckha...