Aku yang ditemani angin malam di atas buaian hanya merenung kosong ke arah taman bunga yang menghiasi pandangan mata aku. Tiada rasa untuk membelai lembut bunga-bunga yang berada di situ.
Aku tersandar pada buaian yang berayun perlahan. Memandang ke arah langit. Bintang-bintang kelihatan menyinari langit malam yang sunyi dan gelap. Aku bersyukur masih diberikan nafas untuk melihat keindahan ciptaan Allah S.W.T. Biarlah yang pergi itu berlalu pergi. Bagi yang masih hidup, teruskanlah kehidupan seperti biasa. Aku cuba untuk tersenyum. Nampak pelik pula senyum sorang-sorang.
"Astagfirullah!" aku terkejut apabila ada yang seseorang yang menepuk bahu aku.
Terkejut aku apabila lelaki yang tidak aku kenali sedang berada di belakang aku. Wajah dia sahaja sudah menggerunkan aku. Tubuh dia berbadan besar dan sasa. Namun kulitnya berwarna putih kemerahan seperti orang eropah. Keningnya garang mengalahkan Master Owen.
Lelaki di belakangnya juga saling tak tumpah seperti lelaki di hadapan aku ini. Cuma yang dibelakang tu lebih muda manakala di depan aku lebih tua orangnya.
"Who are you?" aku menyoal dengan hairan.
"I'm Aubrey and he is my son Aaron. You're Hayna, right?" soal lelaki bernama Aubrey.
"Yes , I am." aku menganggukkan kepala .
"Akhirnya, Kita berjumpa. Saya adalah ayah kepada Harvy merangkap Pak cik kamu sendiri." aku memandang lelaki itu seakan tidak percaya.
"Wow, this is unbelievable! Now, my own uncle come to greet me? After this, what will happen? My dad?" aku duduk kembali di atas buaian.
Memicit kepala yang semakin berdenyut. Sakit sangat kepala aku memikirkan macam-macam.
"Hayna, watch your mouth! Jangan jadi kurang ajar dengan papa aku!" marah satu suara.
Melihat gerangan tersebut aku tergelak. Tidak silap nama dia Aaron. Nampaknya Aaron sama naik angin dia dengan aku.
"Kalau aku kurang ajar pun apa masalahnya? Kau nak pukul aku? Marilah, pukul!" kata aku cuba mencabar tahap kesabarannya.
"Aaron, kawal kemarahan kamu. Hayna bukan seseorang yang kamu boleh buat main. Dia bakal pemilik Pulau Lilleyna." halang Mr. Aubrey terhadap anak lelakinya.
"Ingat dia hebat sangat dapat kedudukan istimewa di mata Master Owen? She's better know her place." sinis kedengaran suara Aaron di telinga aku.
Aku tergelak. Gelak yang dibuat-buat. Aku nak lari daripada sini. Aku dah penat nak layan kata-kata mengarut mereka semua.
Gelak aku semakin sudah seperti orang gila. Aku tidak tahu mengapa aku jadi sebegitu. Mungkin aku terlalu tertekan?
Tiba-tiba, aku diam kembali. Aku beristighfar berkali-kali. Mengingat kembali pada Pencipta. Aku tak boleh lemah!
Tanpa aku sedari, Mr Aubrey dengan perlahan menghampiri aku lalu mencangkung di hadapan aku. Persis kanak-kanak yang sedang di pujuk oleh ayahnya ketika bersedih.
"Hayna, look at me. I'm sorry for Aaron's words. Uncle tahu yang Hayna tengah bersedih lagi. I'm here for you. Just let it all out. Jangan pendam sahaja." aku memandang Mr. Aubrey dengan genangan air mata.
Ah! Asyik menangis sahaja. Don't be weak! Kau tidak boleh begini.
"Can I let it all out, uncle?"
Mr. Aubrey mengangguk sambil tersenyum.
"Kenapa semua nak letakkan tanggungjawab yang besar ni pada Hayna? Hayna tak mahu! Kenapa Master Owen nak kena bangkitkan balik ayah Hayna yang dah lama hilang?! Hayna nak cari dia di mana? How? Dia ingat Hayna ni apa? Bangga dengan status Hayna yang menjadi owner baru di pulau kesayangan dia tu? Of course, that's not what I want. I want a normal life." aku meluahkan semua yang terbuku sambil memukul tanpa henti buaian yang sedang aku duduk.
![](https://img.wattpad.com/cover/380169814-288-k991927.jpg)
YOU ARE READING
Message Of Love : Dia Pilihan Takdir
ActionAku...Hayna Fainarah. Tetapi dunia mengenali aku sebagai... Hayna Lyoneckha. Berdirinya nama itu sebagai satu figura yang semua idamkan... Akulah ikon wanita, Akulah cicit yang paling dikagumi, Akulah kebanggaan Lyoneckha, Siapa tak kenal Lyoneckha...