Aku tercongok memandang bangunan gah di hadapan aku. Boleh tahan besar juga bangunan ni. Kenapa aku tak tahu kewujudannya?
Bunga yang berada dalam pelukan aku perhatikan. Aku dah sampai tempat yang dikatakan. Sekarang nak buat apa pula? Jelmaan orang tu pun tiada...
Kalau tengok pesanan yang dia baru hantar sebelum aku gerak tadi, dia suruh aku masuk sahaja. Katanya dia tunggu di lobi. Masuk sahajalah!
Masuk sahaja ke perkarangan lobi, aku dah tak tahu nak letak mana muka ni. Siap bawa bunga sejambak dalam pelukan memang menarik perhatian semua orang. Pandangan mata jangan cakaplah dah macam aku tengah buat benda tak baik pula. Padahal aku tengah bawa tanggungjawab ni.
Aku yang dah segan berdiri lama-lama mengambil keputusan untuk duduk di mana-mana kerusi yang tersedia di situ. Nombor customer tersebut aku dail menggunakan telefon pintar aku. Macam biasalah tidak berangkat!
Tiba-tiba, datang seorang lelaki yang mengambil tempat di hadapan aku. Aku memandang dia dengan hairan. Dia pula sudah tersengih memandang ke arah aku. Nampak macam tak betul pun ada.
"Hai awak! Lama ke tunggu?" soal lelaki itu yang aku tak faham langsung maksudnya.
"Ha? kau ni siapa? Datang sini tiba-tiba tanya aku macam tu. Aku kenal kau ke?" balas aku yang cuba bangun daripada situ.
"Eh, awak nak pergi mana? Saya dah tunggu awak lama dekat lobi ni. Lepastu nak pergi begitu sahaja?" kata lelaki itu yang cuba menghalang aku.
"Kau ke yang suruh aku hantar bunga ni sampai sini?" aku menunjukkan bunga yang berada dalam pegangan aku.
"Bukan. Tapi kawan saya cakap nanti ada seseorang yang pegang bunga tunggu saya datang sini. Katanya gadis tu secret admirer saya." jawapan lelaki itu membuat aku ternganga tak percaya.
"Siapa kawan kau tu! Kau cakap!" marah aku dengan bengang.
"Ish, garangnya awak ni! Nanti saya beritahulah...sekarang ni saya nak tanya awak. Berapa lama dah minat dekat saya?" soal lelaki yang aku rasa betul-betul lurus itu.
"Aku tak kenal kau. Nah, ambil bunga ni kau bagi pada kawan kau tu! Kau pesan dengan kawan kau tu jangan cuba main-main dengan aku! Faham?" ujar aku memberi amaran.
Tanpa menanti balasan daripada lelaki itu aku berlalu pergi. Orang sekeliling yang sedang memandang ke arah kami tidak aku hiraukan. Aku meninggalkan perkarangan lobi itu dengan laju untuk menuju ke kereta.
Aku tidak menyedari bahawa lelaki tadi cuba untuk mengekori aku. Tahu-tahu tangan aku sudah ditarik olehnya. Nasib baik berlapik!
"Kau lepaskan tangan aku!" kata aku yang masih sedang bersabar.
"Aku tak akan lepaskan kau! Kau mengaku jelah yang kau suka aku! Kenapa nak kena lari dari aku? Kau nak cakap kawan aku tipu akulah?!" tengking lelaki itu yang sudah merah mukanya akibat marah.
"Terimalah kenyataan yang kawan kau dah tipu kau! Aku tak tahu siapa kawan kau tu! Bahkan kau pun aku tak tahu langsung datang dari mana!" jelas aku yang sudah melepaskan diri daripada lelaki itu.
"Dia tak akan tipu aku! Kau jangan nak fitnah dia! Habistu siapa hantar kad ucapan dengan segala bunga pada aku! Bunga dalam tangan kau ni sama macam bunga yang aku dapat. Apa lagi yang kau nak nafikan?" balas lelaki itu yang sedang merenung tajam ke arah aku.
Sah lelaki ni psiko! Apa yang aku cakap semua dia tak percaya! Percaya sangat pada kawan dia yang dah tipu dia hidup-hidup.
Aku yang cuba untuk masuk dalam kereta ditahan laju oleh tangan kekar lelaki itu. Dah kata orang gila dia ni! Aku cuba untuk membuka pintu kereta aku sekali lagi. Kali ini dengan kekuatan yang semaksimum mungkin.
YOU ARE READING
Message Of Love : Dia Pilihan Takdir
ActionAku...Hayna Fainarah. Tetapi dunia mengenali aku sebagai... Hayna Lyoneckha. Berdirinya nama itu sebagai satu figura yang semua idamkan... Akulah ikon wanita, Akulah cicit yang paling dikagumi, Akulah kebanggaan Lyoneckha, Siapa tak kenal Lyoneckha...