Aku yang terlelap tersedar apabila kedengaran bunyi sesuatu yang pecah. Mata aku melilau ke sekeliling. Baru aku sedar aku di dalam bilik. Selepas menghantar pemergian Aliya dan Harfi aku membuat keputusan untuk sambung menonton Netflix di dalam bilik sambil mengunyah biskut red velvet kegemaran aku.
Aku perlahan-lahan bangun dari katil lalu menyarungkan tudung sarung di kepala. Aku rasa tak sedap hati. Aku yakin ada yang tak kena. Aku keluar dari bilik dengan penuh berhati-hati. Derap langkah aku pastikan langsung tidak berbunyi.
Bunyi kaca pecah tadi macam dari tingkat bawah. Aku menuju ke bilik stor yang berada sebaris dengan tingkat bilik aku. Bilik ini aku persiapkan untuk sebarang kemungkinan yang akan terjadi. Nama sahaja bilik stor tapi luasnga macam bilik biasa yang lain juga.
Telefon pintar yang aku genggam aku set dalam mod silent. Telefon aku yang sentiasa bersambung dengan CCTV di dalam rumah dibuka. Aku lihat CCTV di bahagian ruang tamu. Kosong. Dapur juga kosong. Aku buntu. Mana datang bunyi kaca pecah tu? Aku mengingau ke?
Tiba-tiba, aku lihat bayang-bayang kaki yang melintas di hadapan pintu stor itu. Bukan satu, tapi lebih! Sah punca bunyi tadi datang daripada mereka. Apa niat mereka? Membunuh atau mengincar?
Kalau aku hubungi sesiapa sekarang pun tak berguna. Lambat laun mereka akan berjaya menjumpai aku juga. Aku hanya diam tidak berkutik untuk mengelakkan sebarang bunyi. Sedikit sahaja bunyi, memang silap besarlah!
Belum sempat aku bertindak, tiba-tiba pintu dikuak dengan kasar. Aku yang menyorok di dalam almari hanya mampu berdoa supaya tidak diketahui tempat persembunyian aku.
"Find her! This is master order! Dia mesti ada dekat mana-mana! Jangan sampai terlepas." arah satu suara garau.
Kedengaran semua perabot digeledah. Aku mula berdebar-debar. Is this the end? Aku terasa seperti almari ini cuba dibuka.
"She's there! On the second floor!" jerit satu suara wanita yang menyebabkan terbatalnya niat seseorang yang cuba membuka almari ini.
Semua meninggalkan bilik stor itu dengan pantas. Aku yang masih di dalam almari menarik nafas lega. Siapa yang dia maksudkan tu? Ada sesiapa ke di tingkat dua? Aku rasa Aliya dan Harfi belum pulang lagi. Ke dia cuba tolong aku? Ah, jangan mengarut!
Aku perlahan-lahan membuka pintu almari selepas memastikan tiada sesiapa yang berada di situ. Berpeluh aku dibuatnya! Tiba-tiba, telefon aku menyala menandakan ada panggilan masuk.
"Nara! Kau dekat mana?" soal Harfi dengan melulu.
"Aku dalam rumah lagi. Kau pula?" soal aku dalam keadaan berbisik.
"Aku on the way balik ni. Aku tergerak nak tengok CCTV tadi, ada orang dah pecah masuk Nara! Aku dah call police. Dalam bila-bila masa mereka akan sampai." terang Harfi.
"I got it. Aku kena off sekarang. Bye." tanpa sempat Harfi membalas aku telah memastikan talian.
Semasa membuat panggilan dengan Harfi aku dengar bunyi derap kaki seseorang. Aku menyorok disebalik kotak-kotak yang bersepah. Kelihatan seorang lelaki yang berambut kerinting sedang memandang dengan bengis sekelilingnya.
Semua kotak ditendang dengan kasar sehinggalah tiba giliran kotak aku, aku membalingnya dengan kasar. Lelaki itu tidak bersedia lalu matanya terhalang dengan kotak yang dibaling oleh aku. Dengan pantas aku menendang kakinya sehingga terdengar bunyi patah.
Dia jatuh terduduk. Namun, dia tidak mengalah apabila cuba menarik kaki aku pula. Aku memijak tangannya dengan kuat.
"Don't touch me with your dirty hand." kata aku separuh berbisik.
YOU ARE READING
Message Of Love : Dia Pilihan Takdir
ActionAku...Hayna Fainarah. Tetapi dunia mengenali aku sebagai... Hayna Lyoneckha. Berdirinya nama itu sebagai satu figura yang semua idamkan... Akulah ikon wanita, Akulah cicit yang paling dikagumi, Akulah kebanggaan Lyoneckha, Siapa tak kenal Lyoneckha...