"How's your first day? Papa harap kamu boleh biaskan diri di sini dengan mudah..." ucap Tuan Abil sambil tersenyum manis ke arah aku.
"Nara tengok semua pekerja papa baik dan sopan santun semuanya. Setiap kali Nara melintasi mereka manis betul senyuman yang dihadiahkan kepada Nara. Papa tak beritahu siapa Nara yang sebenarnya , kan?" aku menatap wajah Tuan Abil yang dihiasi dengan kening garang itu.
"Mereka tak tahu langsung yang Nara ada kaitan dengan papa. I already made a promise so I won't break it, princess. Sebarang masalah boleh inform papa, Harfi atau Zafir. Faham?" ujar Tuan Abil menggerakkan ekor mata ke arah Zafir dan Harfi yang berada di dalam bilik itu juga.Zafir sedang sibuk menjawab panggilan telefon manakala Harfi sedang menyemak dokumen yang bersepah di atas meja. Aku pun tak pasti apa yang disibukkan dua makhluk tu.
"Petang nanti papa dan Zafir akan ke Pulau Pinang. Ada urusan dekat sana. Dalam dua hari papa akan berada di sana. After that, I will directly going back."
Kata-kata Tuan Abil aku balas dengan anggukan.
Tiba-tiba, minda aku terlintas sesuatu.
"Papa... Nara nak tanya something. Boleh?" pertanyaan aku membuatkan Tuan Abil terus fokus ke arah aku.
"What is it?"
"Papa tahu mengenai projek hospital dari Mexico tu? Nara diberitahu yang papa tolak projek tu." bicara aku menarik perhatian Harfi yang tadinya khusyuk melakukan kerjanya.
"Nara sendiri tahu jawapannya. Papa tak rasa yang company tu nak berurusan dengan sesiapa. Syarat yang diberikan memang mustahil kita berjaya turutkan." balas Tuan Abil.
"Betul ke hospital di pulau tu tak pernah wujud?" soal Harfi tiba-tiba.
"Kau tak pernah ke pulau tu?" aku menyoal Harfi dengan pelik.
"Aku pernah pergi sekali. Seingat aku di sana memang tiada hospital. Pemilik syarikat tu sengaja nak permainkan kita ke?" jawapan Harfi membuatkan aku tersedar sesuatu.
"Kalau betul dia nak tipu, kenapa pilih nama Pulau Lilleyna? Kenapa tak sebut je nama hospital lain? Hospital yang tak wujud pula dia petik...."
"Kau jangan cakap yang kau akan ambil projek ni Nara." tegur Zafir yang hadir dalam perbincangan kami tanpa diundang.
Semua memandang ke arah aku setelah terdengar amaran daripada Zafir yang dituju khas kepada aku. Aku menelan air liur dengan kasar. Aku belum sempat menjana idea dah kantoi. Macam mana?
"Please listen to Zafir, Nara. Papa risau ini perangkap musuh untuk dapatkan Nara. Papa tak nak kehilangan Nara lagi. Cukup sekali papa tersilap langkah bukan untuk kali ini juga." sayu Tuan Abil meminta aku mendengar katanya.
Aku tersenyum manis ke arah Tuan Abil lalu menganggukkan kepala aku dengan perlahan.
"I will papa. Nara tak akan buat sesuatu yang boleh membahayakan nyawa Nara sendiri. Nara akan ikut cakap papa. I'm promise!" kata aku sambil mengangkat tangan seolah berikrar.

YOU ARE READING
Message Of Love : Dia Pilihan Takdir
ActionAku...Hayna Fainarah. Tetapi dunia mengenali aku sebagai... Hayna Lyoneckha. Berdirinya nama itu sebagai satu figura yang semua idamkan... Akulah ikon wanita, Akulah cicit yang paling dikagumi, Akulah kebanggaan Lyoneckha, Siapa tak kenal Lyoneckha...