Sebulan telah berlalu, Amira pun berjaya ditangkap atas pertuduhan cuba untuk membunuh. pada awalnya, orang upahan Amira tidak mahu memberi kerjasama malahan bertindak untuk mendiamkan diri. Aku yang lebih bijak telah merekod perbualan mereka yang bersangkut paut dengan Amira.
Dengan bukti yang ada, lebih menyenangkan tugas polis untuk menangkap Amira. Perkara ini langsung tidak diketahui oleh Aliya seperti yang dijanjikan. Apabila Aliya bertanyakan punca mereka menyerang, kami hanya memberi alasan yang mereka ingin mengancam aku. Mungkin itu lebih baik.
Aliya pula telah kembali seperti biasa. Harinya kembali ceria dengan anak dalam kandungan yang sangat sihat. Alhamdulillah, mak dan anak sama-sama dalam keadaan yang baik.
Aku yang baru pulang dari kerja melihat melihat ada sebuah Motorbike R15 V4 berwarna kelabu hitam terletak elok di sebelah kereta Harfi. Memang aku balik kerja sahaja ada tetamu ke?
"Assalamualaikum..." aku memberi salam kepada seisi rumah.
"Wa'alaikumussalam..." balas Harfi, Aliya dan Sally serentak.
"Siapa punya motorbike dekat luar tu?" soal aku tanpa berdalih.
"Oh, yang tu..."
"Harfi, mana tepung? Kau tak beli ke?" soal seseorang yang datang dari arah dapur.
Aku tercengang melihat gerangan yang bertanya itu. Raed?!
"Tepung? Eh, aku ada beli lah... Sekejap aku cari!" balas Harfi lalu menuju masuk ke dapur meninggalkan aku terpinga-pinga di situ.
Raed yang turut ditinggalkan Harfi terpaku memandang ke arah aku. Aku cuba mengelak daripada melihat mata pak arabnya itu. Jangan pandang Nara!
"Ehem..saya masuk dapur dulu." ujar Raed meminta diri.
Hilang sahaja bayang Raed, aku melangkah ke arah Aliya dan Sally yang sedang bermain congkak. Nampak bosan sangat sampai ke congkak dirembat mereka.
"Raed buat apa dekat sini?" soal aku kepada Aliya dan Sally.
"Dia nak buat kek. Tadi Harfi balik awal dengan bahan-bahan buat kek. Tiba-tiba sampai sudah hero malaya kita dekat depan pintu." jawab Aliya yang sedang fokus melihat Sally yang sedang memasukkan guli ke dalam kawasan rumah congkaknya.
"Siapa hero malaya?" aku memandang Sally pula dengan hairan.
"Salah tu Aliya... Hero malaya si Nara barulah betul! Siapa lagi kalau bukan Raed." balas Sally yang tiba-tiba gulinya terhenti pada lubang congkak yang kosong. Dah mati!
"Hish! Dahlah saya nak masuk bilik. Sambunglah main congkak ni sampai maghrib! Biar momok main sekali dengan korang berdua. Time tu jangan panggil Nara minta tolong pula." ucap aku yang sekadar ingin menakutkan mereka.
"Nara! Janganlah main-main!" jerit mereka dengan muka yang pucat. Sama macam aku rupanya. Penakut!
Aku hanya tergelak kecil sambil melangkah ke arah lif. Sewaktu aku melintasi dapur, aku terdengar suara Harfi yang bising bersama Raed.
Aku cuba mengintai situasi mereka di dapur. Boleh ke mereka berdua tu bakar kek? Zafir tu aku percayalah, ini dua makhluk yang aku belum pernah lagi nampak masuk dapur. Raed tu memang aku tak kenal namun Harfi tu aku memang yakin hanya tahu panaskan lauk sahaja. Hahaha!
"Harfi, pegang pemutar tu betul-betul. Pastikan kau berhenti waktu tekstur dia dah licin. Nanti kau masukkan pula creamcheese. Jangan salah pula. Dalam cup hijau tu creamcheese. Cup merah tu butter." pesan Raed.
![](https://img.wattpad.com/cover/380169814-288-k991927.jpg)
YOU ARE READING
Message Of Love : Dia Pilihan Takdir
ActionAku...Hayna Fainarah. Tetapi dunia mengenali aku sebagai... Hayna Lyoneckha. Berdirinya nama itu sebagai satu figura yang semua idamkan... Akulah ikon wanita, Akulah cicit yang paling dikagumi, Akulah kebanggaan Lyoneckha, Siapa tak kenal Lyoneckha...