BAB 5

4 0 0
                                    

    Pada awal pagi lagi aku sudah bersiap untuk ke pejabat. Hari ini aku perlu menghadap Mr. Felipe pula. Nasib akulah!
Ruangan dapur dituju oleh aku. Walaupun jauh sungguh hendak ke dapur tidak mengapalah. Sekali sekala exercise! 

   Tiba sahaja di sana, aku lihat mereka sedang sibuk menyediakan hidangan sarapan buat keluarga besar ini. Apron yang berhampiran dicapai oleh aku. Pembakar roti yang berada di atas meja dihidupkan lalu roti yang sudah berada di dalam pegangan aku di masukkan ke dalam pembakar roti. Tiada sesiapa yang menyedari kehadiran aku sehinggalah...

Ting!

   

   Bunyi pembakar roti yang selesai menjalankan tugasannya. Semua menoleh ke arah bunyi itu dengan serentak. Aku tersengih seperti kerang busuk.


"Ledi?!!" serentak mereka menjerit memanggil aku. Serupa pancaragam.

"Erk...good morning everyone!" sapa aku sambil melambai perlahan kepada mereka.

"What are you doing here, Ledi?" soal chef yang bermisai lebat.

Setahu aku chef ni paling garang. Itulah yang dikhabarkan kepada aku.


"Breakfast?" kata aku sambil menunjukkan roti yang sudah selesai dibakar.

   

    Mereka menggeleng-geleng melihat aku. Aku hanya tersenyum manis. Aku mahu cepat ke pejabat jadi aku memilih untuk menyediakan sarapan 'segera'.

"I have to go now! Bye, everyone!" tergesa-gesa aku meninggalkan mereka sambil membawa roti yang hanya sempat aku salut dengan kaya.

   Sampai sahaja di pintu keluar, Sir Eero telah menunggu aku bersama kereta yang terparkir elok disebelahnya. Kali ini gaya Sir Eero nampak lain. Siap memakai suit hitam beserta kaca mata barunya. Belum pernah nampak dia guna kaca mata seperti itu. Kadang-kadang aku pun pelik Sir Eero ni tidak ada buah hati ke? Gaya pun ada. Umur letak belakang lah!

    

  Pintu kereta dibuka olehnya. Aku pun tanpa banyak soal masuk sahaja ke dalam kereta. Setelah memastikan aku telah masuk, pintu bahagian penumpang ditutup lalu Sir Eero menuju ke arah bahagian pemandu. 

"Sir Eero, mana pemandu yang biasa hantar Hayna? Dia cuti ke?" soal aku sambil mengunyah roti yang aku bawa tadi.

"Dia ditugaskan untuk menjemput seseorang. Jadi, uncle yang akan hantar Hayna ke tempat kerja pada hari ini." aku mengangguk .

"By the way, you look amazing today. Ada apa-apa ke?" aku tersenyum senget.

"Sebentar lagi uncle ada urusan. Tiada yang special pun. Hayna jangan fikir bukan-bukan." pintas Sir Eero cuba menghalang aku berfikiran lebih jauh.

"Lagi satu, malam ini Mr. Felipe akan mengadakan majlis. Hayna jangan nak mengelak pula. By hook or by crook, you have to be there!" tambah Sir Eero lagi.


"Sikit-sikit majlis! Kali ini majlis apa pula?" tanya aku kepada Sir Eero.

    Kepala terus disandarkan untuk bertenang. Suka sangat buat majlis besaran padahal benda yang hendak diraikan tu biasa sahaja. Mengalahkan perempuan Mr. Felipe tu.

Message Of Love : Dia Pilihan TakdirWhere stories live. Discover now