"Terima kasih." ucap pelanggan yang kesepuluh membeli bunga di kedai ini.
Pulang sahaja pelanggan itu, aku menuju ke arah Kak Haura yang sedang menikmati makan tengahari miliknya. Kali ini dia tak layan pula drama. Sibuk video call dengan anaknya yang berada di rumah mertua. Tamat sahaja panggilan telefon Kak Haura memandang ke arah aku.
"Tak makan ke Nara?" soal kak Haura.
"Tak ada selera nak makan. Akak bawa bekal apa tu?" aku menyoal Kak Haura kembali.
"Spageti meatballs. Nara nak rasa ke?" pelawa Kak Haura.
"Eh, tidak mengapalah. Rajin akak masak pagi-pagi. Sempat masak spageti pula tu."
"Ini suami akak yang masak. Dia tiba-tiba nak masakkan bekal untuk akak. Akak ni pun layan sajalah dia nak buatkan bekal. Dia kata sebagai tanda penghargaan. Apa-apa sajalah dia.." balas Kak Haura sambil tergeleng-geleng.
"Untung akak dapat suami sweet macam tu. Bila lagi Nara ni orang nak masakkan bekal, eh?" kata aku yang sedang beragan.
"Merajuk Aliya dengar tu. Dahlah dia rajin hantar bekal pada kamu. Suami dia tak kisah ke Aliya asyik hantar bekal pada kamu? Mana tahu cemburu..." usik Kak Haura sambil tergelak kecil.
"Akak kalau nampak saya dengan suami dia memang tak akan aman. Ada saya kisah suami dia tu cemburu? Saya cekik baru tahu." kata aku dengan selamba. Siap buat gaya cekik.
"Mak Oii! Ganas betul kamu ni Nara." ketawa Kak Haura melihat telatah aku.
"Akak... Nara nak cakap sikit ni." ujar aku yang telah mengambil tempat di hadapan Kak Haura.
Kak Haura yang telah selesai menghabiskan bekalan makanannya menyimpan segala bekas yang berada di atas meja. Kini, perhatian diberikan sepenuhnya kepada aku."I guess Nara nak cakap pasal berhenti kerja, kan?" teka Kak Haura sambil tersenyum.
"Macam mana akak tahu?" aku terpinga-pinga.
"Dah nah masuk tiga bulan Nara kerja di sini. Nara sebelum ni memang dah beritahu akak perihal perkara ni. Akak pun sedar hari yang akan Nara utarakan benda ni akan tiba tak lama lagi. That's why, akak yakin sangat Nara akan maklumkan pada akak sekarang. "
Aku tergamam. Tiba-tiba rasa sayu pula di hati nak meninggalkan Kak Haura. Insan yang telah banyak membantu dan ikhlas berkawan denganku. Tak pernah sombong dan pemurah orangnya. Aku yang baru saja mengenali dirinya pun mudah rapat dan cepat masuk dengan sifat mesra alam Kak Haura.
Sewaktu pertama kali aku menjejakkan kaki di kedai bunga Kak Haura aku tak yakin yang aku akan dapat bekerja di sini kerana aku telah menetapkan untuk bekerja maksimum tiga bulan sahaja di kedai bunga ini. Aku tak yakin yang pemilik kedai bunga ini akan bersetuju dengan matlamat aku itu.
Alangkah terkejutnya aku ketika Kak Haura bersetuju dengan niat aku yang tidak akan bekerja lama di sini. Dia dengan senang hati menerima aku walaupun aku pada awalnya tidaklah terlalu ramah dengan dia. Sehinggalah ke hari ini, dia masih tersenyum memandang ke arah aku walaupun ia merupakan hari terakhir aku di sini.
"Dah tiba masa Nara untuk bekerja dengan family. Nara tahu yang papa nak sangat Nara kerja dengan dia walaupun dia senyap dan ikut sahaja kehendak hati Nara. Dah tiba masanya Nara balas semua jasa baik dia." ucap aku menghilangkan keheningan suasana.
"Tidak mengapa, akak faham sangat. Nara jangan risau dekat akak ni. Tak lama lagi akan ada orang yang akan gantikan Nara untuk kerja di sini. Cuma akak nak pesan jangan lupa pula akak dekat sini. Jenguklah akak ni kalau ada masa." kata Kak Haura sambil memegang bahu aku dengan lembut.
YOU ARE READING
Message Of Love : Dia Pilihan Takdir
ActionAku...Hayna Fainarah. Tetapi dunia mengenali aku sebagai... Hayna Lyoneckha. Berdirinya nama itu sebagai satu figura yang semua idamkan... Akulah ikon wanita, Akulah cicit yang paling dikagumi, Akulah kebanggaan Lyoneckha, Siapa tak kenal Lyoneckha...