Akhirnya, kami tiba di destinasi tepat pada pukul tiga petang. Keluar sahaja daripada kereta aku lihat sebuah rumah agam tersergam indah di hadapan mata aku. Di sebelah kanan aku ada kolam ikan yang bersenikan tema jepun manakala di sebelah kiri aku utuhnya sebuah gazebo yang dihiasi dengan langsir putih berbunga. Perlahan-lahan kaki aku melangkah pula ke arah pokok bunga yang tersusun cantik di dalam pasu.
Harvy dan Aaron yang sibuk mengeluarkan barangan dari dalam bonet tidak aku hiraukan. Sebelum sampai ke rumah kami sempat membeli barangan keperluan aku dan Sally. Alhamdulillah, semua mereka belanja. Semoga mereka murah rezeki!
Setiap bunga aku sentuh. Ada bunga Raya, Orkid, Tulip, Anggerik dan pelbagai jenis lagi. Aku bau bunga-bungaan. Wanginya! Dari jauh aku lihat ada bunga yang diletakkan secara terpencil . Aku mendekati kawasan itu. Aku terpegun melihat bunga mawar yang mekar itu. Sungguh terang warna mawar merah dan putih yang cantik itu . Subhanallah! Geramnya tengok!"Argh!" aku menjerit kecil apabila tanpa sengaja aku terkena duri mawar yang tajam itu di jari telunjuk.
Aku sekadar ingin menyentuh tekstur kelopak bunga itu namun tidak menyangka duri mawar itu akan mengena pada jari. Aku menekan dengan kuat untuk mengeluarkan darah yang kuat pula mengalir."Hayna? Kenapa tu?" Aaron memandang ke arah aku dengan raut risau.
"Jari aku terkena duri mawar ni. Ala, sikit je." balas aku sambil mencari paip untuk mencuci luka yang masih mengalirkan cecair merah yang pekat.
"Aduh, dah letak situ pun kena lagi? Meh, sini." tangan aku ditarik oleh Aaron lalu dibawa ke paip air di sebelah gazebo.
Aku hanya mengikuti langkahnya tanpa banyak soal. Dia mencuci jari aku dengan perlahan-lahan. Penuh kelembutan dia meniup pula jari aku. Aku merenung semua perbuatannya dengan lama."Zafir?" panggil aku.
Terhenti tindakan Aaron yang sedang membersihkan luka kecil aku. Dia memandang aku dengan terkesima.
"Macam mana Hayna ingat?" soal dia sebelum melepaskan tangan aku dengan perlahan.
"Sebelum ni, ada seorang gadis kecil yang suka duduk di gazebo ini. Sampaikan, tuan rumah ni hiaskan gazebo ni dengan langsir putih bunga-bunga. Sebab apa? Gadis kecil tu suka bunga, kan?" Aaron termangu mendengar cerita aku.
"Sehinggalah, isteri kepada tuan rumah ni beli pokok bunga mawar khas untuk menghiasi gazebo itu. Namun, dia terlupa gadis kecil itu sukakan bunga sangat-sangat. Akhirnya, duri mawar terkena pada lengan si gadis dan calar yang panjang berada pada lengannya. Meraung gadis kecil itu kesakitan menarik perhatian seisi rumah. Kebetulan pula, ada seorang hero kecil yang tolong cucikan tangan gadis itu dengan air. Tunjuk macho sebagai abang penyayang!" sambung aku sambil ketawa.
"Nasib baik, aku ada waktu tu dekat kolam ikan! Kalau tidak banjir rumah ni dengan darah kau sahaja tau." jeling Aaron atau nama sebenarnya Zafir Arfan.
"Mesti papa menangis kalau dia tahu kau masih ingat pada kami. Kau tak rindu ke nak panggil dia 'daddy' maklumlah anak kesayangan daddy." gurau Zafir .
"Kau jangan, bang! Sekali aku guna panggilan daddy memang hilang takhta kau sebagai anak kesayangan dia. Aku tahu kau manja dengan papa, kan?" aku ketawa mengekek.
"Sedap mulut kau sahaja kata aku anak manja! Meh, sini kau!" aku yang awal-awal dah buka kekuda laju meninggalkan Zafir yang menjerit memanggil aku.
Tanpa kami sedari ada mata yang memerhatikan kami.
"Dah kenapa dua ekor tu? Main kejar-kejar pula." tanya Aliya yang bersebelahan dengan Sally.
YOU ARE READING
Message Of Love : Dia Pilihan Takdir
ActionAku...Hayna Fainarah. Tetapi dunia mengenali aku sebagai... Hayna Lyoneckha. Berdirinya nama itu sebagai satu figura yang semua idamkan... Akulah ikon wanita, Akulah cicit yang paling dikagumi, Akulah kebanggaan Lyoneckha, Siapa tak kenal Lyoneckha...