"Lepaskan aku!" aku menjerit kuat ke arah lelaki yang berkepala botak yang sedang memijak kaki aku tanpa belas kasihan. Badan dahlah besar! Pijak kaki aku yang kecil ni pula!
"Shut your mouth, kid! You're so noisy!" marah lelaki botak itu.
"Apa noisy pula?! Kau yang cari pasal!" lawan aku dengan geram. Dahlah aku kena ikat pula dekat tempat gelap ni.
"I said SHUT UP!!!" lelaki botak itu mula naik angin lalu cuba menendang aku.
Belum sempat kaki dia sampai kepada aku, ada badan yang cuba menghalang. Aku terkejut apabila lelaki ini telah melindungi aku daripada tendangan keras lelaki botak itu.
"Awak! Astagfirullah!!!" dengan berbekalkan kaki aku mengengsot ke arahnya.
Dia telah terbatuk-batuk sehingga terkeluar percikan darah. Aku yang seriau melihat darah itu cuba menepis rasa takut pada darah ketika itu.
"If you don't want to be like him, just listen to me! Understand?" kata lelaki botak itu sambil tersenyum sinis.
Tiba-tiba, dia mendapat panggilan daripada seseorang. Setelah bercakap dalam nada yang seperti bergaduh dia terus berdiri menuju ke arah pintu. Panggilan tersebut dimatikan olehnya.
"Don't go anywhere! If you try to run, I will kill him!" pesan lelaki botak itu lalu meninggalkan bilik yang menempatkan aku dan lelaki itu.
Hilang kelibat lelaki botak itu, aku menyambung semula membantu lelaki itu untuk duduk. Namun, tiada gerakan daripada lelaki itu. Dah mati ke?
"Hey, awak? Hidup lagi tak tu?" aku menyoal dengan nada yang risau.
"I'm okay. Huk!!" balasnya sebelum terbatuk lagi.
Kepala dia yang berdarah aku pandang dengan genangan air mata. Aku tahu dia dikurung bersama aku ketika dia masih dalam keadaan dipenuhi dengan darah. Sehingga kering aku lihat darah dia.
"Awak, selamatkan diri awak sekarang. Mereka hanya mahukan saya. Tidak perlu libatkan diri awak dalam masalah saya. Biarkan Allah selamatkan saya ketika ini. Jika benar hari ini adalah ajal saya, saya redha. Paling penting awak selamat." kata aku bersama air mata yang mengalir perlahan.
Dalam keadaan yang samar-samar aku lihat dia cuba untuk duduk. Dia sandarkan dirinya di dinding dengan lemah. Aku dapat dengar nafasnya yang turun naik seakan tidak stabil. Tiba-tiba, dia memanggil aku.
"Hayna, saya tahu awak risaukan saya tapi awak tahu atau tak yang besar lagi risau saya pada awak? Jika betul awak redha dengan ajal awak yang bakal tiba, saya juga redha dengan ujian yang sedang saya hadapi. Mungkin saya adalah insan yang Allah kirim untuk datang membantu awak? " aku terpaku mendengar kata-katanya.
"Saya yang pilih untuk berada di sini. Selagi saya masih bernafas, saya akan cuba bertahan. Mungkin saya insan yang baru sahaja awak kenal pada saat ini. Namun, jujur dari hati awak adalah insan pertama yang hadirkan perasaan ini pada saya,"
" Rasa ini bukan berniat untuk memiliki awak sepenuhnya tetapi sekadar meminjam daripada Allah S.W.T dengan ikatan yang halal dan benar di sisi-Nya. Namun, andai ditakdirkan Kita tidak bersama saya terima yang kita tiada jodoh kerana awak milik Yang Maha Esa." aku tersentuh mendengar ayat-ayat yang diluahkannya.
"Walau apa pun yang berlaku, you have to be strong. Remember that , La Riante ." sambung dia lagi.
Belum sempat aku menjawab, pintu itu ditendang kuat. Lelaki botak itu membawa pistol bersamanya. Dengan marah dia mengacu pistol ke arah lelaki di sebelah aku.
"What have you done?!!" jerit lelaki botak itu seperti orang gila sebelum menembak ke arah lelaki di sebelah aku.
Dengan cepat aku cuba menghalang namun lelaki itu dengan tangkas menolak aku daripadanya. Aku terus meluru ke arahnya yang telah rebah. Aku meraung melihat keadaan dirinya yang sudah tentu terlalu teruk.
YOU ARE READING
Message Of Love : Dia Pilihan Takdir
ActionAku...Hayna Fainarah. Tetapi dunia mengenali aku sebagai... Hayna Lyoneckha. Berdirinya nama itu sebagai satu figura yang semua idamkan... Akulah ikon wanita, Akulah cicit yang paling dikagumi, Akulah kebanggaan Lyoneckha, Siapa tak kenal Lyoneckha...