BAB 17

1 0 0
                                    

Tutup sahaja kedai, aku pun bergerak pulang ke rumah. Sempat aku belikan buah-buahan untuk Aliya. Sebaik sahaja aku tiba, terpampang depan mata aku ada sebuah kereta biru gelap yang terparkir elok di depan pagar rumah agam kami. Itu menandakan di rumah adanya tetamu yang bertandang.

Aku pun memulangkan kembali kereta Porsche ke tempat asalnya semula. Perlahan-lahan kaki aku melangkah ke arah pintu rumah yang bertutup. Cuba mengintai keadaan di dalam rumah. Aku hanya mendengar suara yang bercakap namun bayang tidak pula kelihatan.

"Woi." terkejut aku mendengar teguran yang entah datang dari mana.

Aku menoleh ke belakang. Alhamdulillah manusia yang menegur bukannya jin. Aku menjeling ke arah Zafir.

"Terkejut aku! Nasib baik jantung aku kuat lagi." balas aku sambil mengurut dada yang berdegup laju kerana terkejut.

"Aku perhati dari tadi kau mengintai dekat dalam tu. Kenapa tak masuk?" Zafir menyoal aku.

"Siapa ada dalam tu? Aku segan nak masuk. Buatnya rombongan meminang untuk aku ke. Naya!" gurau aku.

"Bukan rombongan meminang tetapi rombongan meminta maaf. Ada faham?" jawab Zafir yang ingin melangkah masuk.

"Tak faham. Cuba explain betul-betul."

Pening aku dengan statement Zafir.

"Kalau kau tak masuk dalam rumah sekarang memang tak akan faham sampai esok, wahai puteri Nara. Dipersilakan masuk untuk faham situasi yang berlaku. Masuk!" arah Zafir sambil menarik beg tangan aku dengan kuat sehingga aku terdorong ke dalam rumah.

Semua menoleh ke arah aku yang terkial-kial masuk ditarik oleh Zafir. Aku menyaksikan di hadapan mata aku ada seorang lelaki yang hampir seusia Tuan Abil dan seorang wanita yang mungkin berbeza sepuluh tahun daripada usia mereka sedang berada di situ. Mereka hairan melihat kehadiran aku.

Aku baru perasan kehadiran Aliya dan Tuan Abil yang duduk diam seribu bahasa. Aliya dengan wajah yang hanya memandang ke arah lantai manakala Harfi yang sedang berdiri sudah berwajah tegang. Sally pula hilang tiada bayang. Apa dah jadi?

Buah-buahan yang masih dalam pegangan aku letakkan di atas meja berhampiran. Aku melangkah ke arah mereka yang sedang berada dalam situasi tegang itu bersama Zafir.

"Baru balik Nara? Dah makan?" tegur Tuan Abil yang melihat aku sudah pulang.

"Yes, pa. Nara belum makan lagi." jawab aku.

"Nara pergilah makan dulu. Nanti papa kenalkan tetamu kita pada Nara."

Aku memandang ke arah dua orang tetamu yang tidak aku kenali itu sebelum mengangguk. Zafir yang berada di sebelah aku merenung tajam ke arah wanita yang bersebelahan dengan lelaki berusia itu.

"Kenapa kau pandang mak cik tu semacam?" bisik aku dengan perlahan di tepi Zafir.

Zafir tidak menjawab pertanyaan aku namun dia hanya tersenyum sinis. Aku pula hairan tengok senyuman dia tu.

"Dato' Farid, saya minta Dato' balik sekarang. Sebelum saya hilang sabar tolong balik. Saya tak mahu amarah menguasai saya sehingga saya boleh mencederakan orang sekeliling saya. Don't make me repeat my words." ucap Harfi tiba-tiba yang sedari tadi senyap sahaja.

"Ayah datang ke sini sebab nak minta maaf dengan Aliya. Ayah tahu Amira ada jumpa Aliya tempoh hari. Ayah mengaku ayah salah sebab biarkan dia jumpa Aliya dalam keadaan Aliya yang sedang mengandung." ucap Dato' Farid dengan kesal.

Message Of Love : Dia Pilihan TakdirWhere stories live. Discover now