Dua puluh minit di atas jalan raya, akhirnya kami tiba di destinasi. Aku membantu Aliya yang sedang cuba untuk keluar dari dalam kereta. Wajahnya yang kelihatan tidak sabar itu aku tatap dengan senyuman kecil. Seronok sangat nak jumpa orang tersayang.
Aliya yang tanpa pamitan itu laju sahaja meluru masuk ke dalam cafe yang bertemakan secret garden. Sally turut mengikuti Aliya yang pantas hilang daripada pandangan mata kami.
Sampai sahaja di dalam cafe, aku menyaksikan kemesraan antara Aliya bersama semua pekerja di situ. Mereka berpelukan dengan gembira. Aku tersenyum nipis. Berbeza sungguh dengan aku. Jika di Rusia aku langsung tidak berkesempatan untuk merasai hubungan yang akrab seperti itu. Masuk sahaja ke pejabat apabila mendengar derap kasut aku yang melangkah bahkan semua kakitangan diam seribu bahasa.
Aku yang tidak mahu mengganggu mereka mengambil tempat di penjuru cafe. Berdiam diri menghayati keindahan perhiasan cafe Aliya.
Tiba-tiba mata aku tertancap pada deretan kek yang berada bersebelahan dengan kaunter.
Aku bangun daripada duduk lalu melangkah ke deretan kek yang cantik belaka. Aku lihat satu persatu nama yang diletakkan pada setiap kek sehinggalah aku terhenti pada kek yang sudah lama aku idamkan.
Red Velvet Cake!
"Tengok apa tu Nara?" tegur Sally dari arah belakang.
"Look, Sally! My favourite cake!" ujar aku dengan teruja.
"Nara nak ke? Ambil sahajalah. Aliya belanja." tawar Aliya yang baru sahaja tiba di sebelah aku.
"Eh, tak mengapa ke? Serba salah pula Aliya bagi macam itu sahaja. Nara boleh bayar." tolak aku yang ingin dibelanja oleh Aliya.
"It's okay. Ambil! Bukan rugi pun Aliya beri pada Nara. Tak perlu segan lagipun kita keluarga. Tak ada istilah berkira dalam keluarga. Faham?" kata Aliya sambil tersenyum manis.
"Kak Aliya... tu siapa?" tanya salah seorang pekerja Aliya.
"Oh, lupa nak perkenalkan! This is my sister-in-law. Her name is Hayna Fainarah and you can call her Nara." Aliya memperkenalkan aku kepada semua pekerjanya.
"Hai Cik Nara! Saya Sarah. Nice to meet you!" ucap gadis yang bertanya tadi.
"Nice to meet you too, Sarah. Minta maaf sangat sebab ganggu gathering awak semua dengan Aliya. Saya dah ditanggungjawabkan untuk jaga Aliya pada hari ini." kata aku dengan serba salah.
"Eh, kami tak kisah pun! Kami berbesar hati dengan kedatangan Cik Nara ke sini. Jarang-jarang dapat tengok keluarga Kak Aliya datang sini. Cik Nara adik kepada Abang Harfi ke?" soal Sarah lagi sekadar ingin membuka bicara bersama aku.
"Kami beza setahun sahaja. Basically, I'm his sister not by blood. Kami adik- beradik kerana berkongsi susu ibu yang sama. That's why , awak baru pertama kali nampak saya." jelas aku dengan ringkas.
"Ohh... sebelum ni Cik Nara duduk mana? " soalan Sarah membuatkan aku terdiam.
"Sarah, no more questions." tegur Aliya.
"Saya minta maaf Kak Aliya, Cik Nara. Saya tak sedar soalan saya agak sensitif. I'm very sorry!" tidak putus-putus Sarah memohon maaf kepada aku.
"Its okay, saya tak kisah pun. Saya baru sahaja berada di Malaysia sebelum ini saya tidak tinggal di sini. Selebihnya tu agak complicated." aku membalas dengan senyuman.
![](https://img.wattpad.com/cover/380169814-288-k991927.jpg)
YOU ARE READING
Message Of Love : Dia Pilihan Takdir
ActionAku...Hayna Fainarah. Tetapi dunia mengenali aku sebagai... Hayna Lyoneckha. Berdirinya nama itu sebagai satu figura yang semua idamkan... Akulah ikon wanita, Akulah cicit yang paling dikagumi, Akulah kebanggaan Lyoneckha, Siapa tak kenal Lyoneckha...