"This is nonsense, Ethan! Kita dah sedia maklum yang Tuan Abil tak mahu projek ini diteruskan. Mengapa awak masih nak bangkang arahan dia yang mudah itu? Apa masalah awak sebenarnya, ni?" jerkahan yang kuat memenuhi ruangan bilik mesyuarat yang luas itu.
"Kita kena teruskan juga projek ni! Rugi kalau kita lepaskan macam tu saja. Semua syarikat dah beratur nak dapatkan peluang ni tak mungkin kita nak biarkan mereka dapat projek ni!" Ethan membidas kata-kata tersebut dengan pendirian tetapnya.
"Ethan! Ini bukan isu kerugian tapi peluang untuk dapat memang mustahil. Kalau betul awak mahukan sangat projek tu, beritahu saya tentang hospital di Lilleyna Island tu. Awak pernah nampak hospital tu?" soalan yang sungguh sarkastik diberi kepada Ethan.
"Saya...tak pernah nampak. Tapi kita boleh selidik mengenai hospital tu. Tak mungkin sebarang maklumat tentang hospital tu tak ada. Mesti ada!" dengan yakin Ethan menjawab.
"Kita tak mungkin dapat cari. Orang kaya yang masuk pulau tu pun tak pernah dedahkan secara terperinci tentang pulau tu. Apatah lagi hospital yang dipandang sebelah mata tu. Nak cari gambar? Pihak media pun tidak pernah berjaya masuk ke sana. Kamu nak hantar perisik? Impossible!"
"Saya tak akan mengalah! Kalau semua tak mahu beri kerjasama, tidak mengapa. Saya boleh buat sendiri!" Ethan masih berterusan dengan kedegilannya.
"Kamu hanya intern di sini! Jangan berlagak nak buat semua benda ni dengan sendiri. Cukup dengan perangai tak matang kamu yang memeningkan kepala saya. Pergi sambung kerja kamu semula. Saya tak mahu dengar tentang cubaan untuk teruskan projek ni lagi." arahan yang diberikan kepada Ethan nampaknya tidak memberi kesan kepadanya apabila dia langsung tidak berganjak dari tempatnya.
Aku yang memerhati lama adegan itu akhirnya meneruskan langkah untuk masuk ke bilik mesyuarat itu. Kehadiran aku disedari oleh Ethan dan lelaki di hadapannya. Setelah diberitahu oleh Atirah nama lelaki itu aku pun menegurnya secara sopan.
"Encik Zaki?" tegur aku.
"Yup." balas lelaki itu dengan ringkas.
"I'm Nara. Nice to meet you." ucap aku sambil tersenyum nipis.
"Saya tak sangka Cik Nara akan datang ke sini. Saya minta maaf sebab Cik Nara terpaksa lihat situasi yang tidak menyenangkan antara saya dan pekerja di sini. Saya perkenalkan ini Ethan salah seorang intern yang paling berkebolehan dalam syarikat ni. " jelas Encik Zaki yang dalam masa yang sama memuji Ethan. Marah-marah pun sempat puji.
Aku memandang ke arah Ethan dengan senyuman sinis. Sah! Ini Ethan yang aku kenal. Satu demi satu kejutan yang dia beri pada aku. Sekejap menghilang sekejap muncul.
"Ethan saya kenalkan ini ketua department kita yang baru iaitu Cik Nara. Hari ini merupakan hari pertama Cik Nara di sini." ucap Encik Zaki memperkenalkan aku kepada Ethan.
"Selamat datang Cik Nara. Saya Ethan." kata Ethan beserta senyuman nipis.
Aku menjongketkan kening. Oh, dia berpura tak kenal aku? It's okay, aku turutkan. Aku pun mengangguk sambil tersenyum ke arah Ethan dan Encik Zaki.
"Saya lihat Encik Zaki dan Ethan seperti membincangkan perkara yang penting. Boleh saya tahu apa perkara yang serius sangat tu?" aku menyoal mereka berdua.
Tanpa dipelawa aku mengambil tempat yang berdekatan dengan mereka namun masih mengekalkan jarak yang selesa. Atirah yang masih berdiri diarahkan untuk duduk di sebelah aku.
![](https://img.wattpad.com/cover/380169814-288-k991927.jpg)
YOU ARE READING
Message Of Love : Dia Pilihan Takdir
ActionAku...Hayna Fainarah. Tetapi dunia mengenali aku sebagai... Hayna Lyoneckha. Berdirinya nama itu sebagai satu figura yang semua idamkan... Akulah ikon wanita, Akulah cicit yang paling dikagumi, Akulah kebanggaan Lyoneckha, Siapa tak kenal Lyoneckha...