Kaki aku melangkah satu persatu ke arah ruangan biskut di supermarket yang menjadi sasaran Zafir untuk membeli barangan basah. Malam ini, kami akan merasai air tangan Zafir sendiri yang tidak pernah aku rasai. Mungkin bagi papa dan Harfi itu perkara yang biasa namun tidak bagi aku. Zafir telah bersetuju untuk menghidangkan Siakap Stim dan Tomyam pada makan malam nanti. Aliya yang tiba-tiba mengidam Mee Goreng Basah turut Zafir layankan. Mengidam katanya. Aku pun pening siapa laki si Aliya tu. Zafir ke Harfi? Zafir pula rajin melayan perangai Aliya.
Sally tidak bersama aku kerana aku ingin dia berehat sahaja di rumah menemani Aliya. Harfi pula sudah keluar kerana ada urusan. Aku pula dengan senang hati mengikuti Zafir ke sini. Biskut yang terpampang di mata aku tidak menarik minat aku. Aku tak tahu nak beli apa untuk dijadikan snek tengah malam. Aku, Sally dan Aliya dah rancang nak lepak bersama malam ni. Rahsia ni kami sahaja tahu. Para lelaki tak tahu.
"Hmmm...biskut ni nampak macam sedap." desis aku sambil menarik keluar lima balang biskut red velvet almond dari tempatnya.
Kemudian, aku ke tempat roti untuk mengambil roti yang mungkin kena dengan tekak aku, Sally dan Aliya. Roti vanilla, coklat, strawberi dan anggur aku ambil lalu masukkan ke dalam troli yang awal-awal telah aku sediakan. Akhir sekali, aku ke tempat minuman. Air susu aku belikan untuk Aliya manakala air Calpis bersaiz 1 liter untuk aku dan Sally. Aku punya perisa anggur manakala Sally perisa mangga. Tak nampak macam tamak, kan?
Aku melihat sekeliling mencari keberadaan Zafir. Aku pun melihat dia yang berada di tempat bahan basah. Macam mana aku boleh kesan dia dengan mudah? Tengok penampilan dia sahaja dah meyakinkan itu dia. Baju hitam yang dipadankan dengan seluar bawah lutut yang juga berwarna hitam. Topi hitam yang tersarung pada kepalanya lagi menyerlahkan dirinya di khalayak umum. Selipar dia aku rasa bukan sebarang selipar. Tak silap aku itu selipar jenama mahal yang hampir beratus harganya.
Belum sempat aku ingin ke arah Zafir berada tidak tahu mana datang seorang perempuan yang telah melanggar aku sehingga aku hampir melanggar troli orang lain. Hish! Siapa pula minah ni!
"Hei! Ke tepi lah! Menghalang laluan orang je!" marah wanita itu tanpa nampak kesalahan dia sendiri.
"Excuse me, you're the one who hit me. Saya tak menghalang laluan Cik. Nampak luas ruang yang saya bagi ni?" aku cuba membela diri dengan menyatakan perkara yang benar.
Sangat jelas bahawa dirinya yang bersalah. Ramai orang yang menyaksikan kejadian itu lalu berbisik-bisik.
"Kau, ni! Badan kau yang terlampau besar sampai aku nak lalu pun tak muat! Dah badan besar tak nak mengaku pula." bidas wanita itu tanpa bertapis.
"Aku badan besar? Laluan yang aku bagi ni muat-muat untuk tiga orang lalu tau. Aku rasa kau yang badan besar, right?" sinis aku membalas sambil merenung ke arahnya dengan tajam.
"Kau pula nak cakap yang aku badan besar? Wow, impressive! Do you know who I am?" kata wanita itu dengan angkuh.
Aku menjeling ke arahnya. Ingat aku kisah dia siapa? Anak Tan Sri? Anak Perdana Menteri? Bukan dia yang beri aku duit untuk makan.
"Hey! How dare you?! You jeling dekat I?" wanita itu tercabar dengan perlakuan aku.
"Apa? Tak puas hati? Mesti anak bapa itu yang kacau sikit je dah merengek. " balas aku tanpa rasa takut.
Dia yang tidak tahan dengan kata-kata aku dengan beraninya ingin menampar muka aku. Belum sempat tangannya menghinggap muka aku ada suatu suara yang menegur.
"What happened?"tegur Zafir sambil berkerut mukanya.
"Zafir? Tak sangka boleh jumpa you dekat sini. You buat apa dekat sini?" soal wanita itu dengan tiba-tiba melupakan kejadian tadi.
YOU ARE READING
Message Of Love : Dia Pilihan Takdir
ActionAku...Hayna Fainarah. Tetapi dunia mengenali aku sebagai... Hayna Lyoneckha. Berdirinya nama itu sebagai satu figura yang semua idamkan... Akulah ikon wanita, Akulah cicit yang paling dikagumi, Akulah kebanggaan Lyoneckha, Siapa tak kenal Lyoneckha...