Bab 24

187 20 2
                                    

KEESOKAN harinya, Elnara memutuskan untuk menunjukkan beberapa hasil lukisannya melalui mesej. Setelah menghantar gambar, dia tidak sabar untuk mendengar reaksi Hakim.

"Wow! These are incredible! You have such talent. I can see the emotions you put into each piece."

Kata-kata pujian Hakim membuatkan Elnara berasa dihargai. Dalam hatinya, dia merasakan semakin dalam rasa suka terhadap Hakim. Hubungan mereka semakin kuat, tetapi mereka berdua masih mengambil langkah perlahan.

Seminggu kemudian, Hakim mengajak Elnara untuk menghadiri satu acara seni yang diadakan di galeri tempatan.

"Ada pameran seni dekat galeri minggu ni. How about we go together? It'll be fun!"

"Sounds like a great idea! I'd love to check it out with you."

Hari pameran tiba, dan Elnara merasa berdebar. Dia memilih pakaian yang membuatnya merasa yakin, dan ketika Hakim muncul menjemputnya, dia terpesona dengan penampilannya yang kemas dan bergaya.

"You look stunning, El. Ready to get inspired?"

Bibir Elnara hanya tersenyum, merasakan jantungnya berdegup kencang. Mereka menjelajahi galeri bersama, mengagumi karya seni yang dipamerkan. Dalam suasana yang penuh kreativiti itu, mereka mula berinteraksi lebih mesra, bertukar pandangan tentang setiap karya yang mereka lihat.

Tiba-tiba mata Elnara tertumpu pada sesuatu lukisan yang amat menarik perhatiannya hingga dapat dia mendiskripsikan sesuatu erti melalui lukisan tersebut.

"Saya suka cara pelukis ini bermain dengan warna. Ia memberi perasaan tenang."

Hakim memandang lama sisi wajah Elnara yang ralit menikmati seni karya yang menarik di hadapan matanya.

"Yeah, it's like a visual representation of calmness. Just like being with you."

Nafas ditahan Elnara apabila merasakan ketegangan manis dalam kata-kata Hakim. Saat itu, dia tahu bahawa hubungan mereka sedang berkembang ke arah yang lebih dalam.

Saat mereka selesai menjelajahi galeri dan duduk di kafe berdekatan, perbualan berlanjutan, dan rasa minat antara mereka semakin kuat. Elnara merasakan bahawa mungkin, hanya mungkin, hubungan mereka ini akan membawa kepada sesuatu yang lebih istimewa daripada sekadar persahabatan.





SELESAI makan tengah hari, Hakim membawa Elnara ke Rooftop Café dengan Pemandangan Kota.
Suasana malam semakin dingin, tetapi lampu-lampu kota di kejauhan menyala, mencipta panorama yang memukau.

Mereka berdua duduk di sebuah meja kecil di sudut paling hujung kafe atas bumbung. Di depan mereka, pemandangan malam yang dipenuhi bangunan tinggi dengan bulan separa penuh menghiasi langit.

Hakim tersenyum kecil sambil memegang cawan kopinya. "Cantik kan? Tapi saya rasa, pemandangan sekarang ni kalah dengan yang ada depan mata saya sekarang ini."

Elnara memutarkan bola matanya seraya bibir mencebik membuatkan tawa kecil Hakim terletus.

"Cheesy as always."

Lelaki itu sekadar mengukir senyum manis bersama mata yang menatap tulus pada si gadis di depan mata.

"Honestly, El. Saya gembira dapat kenal awak, El. The way you work hard and care for others, itu buat saya rasa... well, it's impressive."

"Me too."

Ringkas balasan yang diberikan oleh Elnara walaupun tidak dapat dibohong lagi bahawa hatinya terasa muncul satu perasaan yang hangat mulai muncul dalam hati.

Hubungan mereka kekal dalam tempoh perkenalan, sederhana tapi penuh makna. Hakim tidak mendesak untuk bertemu dan menghormati ruang Elnara.

Tapi, mesej-mesej kecilnya, kadang-kadang sekadar bertanya khabar atau memberi kata semangat, perlahan-lahan membuka hati Elnara, membuatnya tertanya-tanya tentang masa depan hubungan ini.

Selepas beberapa minggu saling bertukar mesej dan berbual tentang perkara harian, Hakim semakin berani menunjukkan minatnya. Namun masih tetap dalam cara yang halus dan menghormati ruang antara mereka.

Beberapa detik berlalu, Hakim mula menyuarakan sesuatu yang bagaikan sudah lama dipendamnya. Kali ini, nadanya lebih rendah, seolah-olah dia ingin lebih dekat tanpa melangkaui batas.

"I thought of you today. Something about this evening, the way the sun was setting... just reminded me how I haven't seen you for a while. Rasa macam ada something missing."

Dengan debaran kecil Elnara mendengar mesej tersebut. Cara Hakim menyampaikan perasaan tanpa terus terang membuatnya merasa sesuatu yang manis, seakan ada harapan yang mulai bertunas.

Pada masa yang sama, dia mula memikirkan tentang betapa Hakim sentiasa ada walaupun hanya melalui mesej dan panggilan ringkas.

Walaupun masih dalam peringkat mengenali, perbualan mereka mula memberi rasa tenang dan manis, seperti Elnara dapat bergantung pada seseorang tanpa perlu terlalu rapat.

Dalam hati Elnara, walaupun Hakim bukanlah seorang lelaki yang selalu berada di depan mata, dia mula menjadi seseorang yang penting.

"El, boleh saya tanya sesuatu?"

"Sure, selagi tak ceroboh privasi saya."

Terletus tawa kecil Hakim. Tangan kiri bergerak menyugar rambut sendiri yang tidak kemas disisir seperti selalu itu.

"Kenapa awak masih single? Tak pernah bercinta?"

Sontak, berkerut kening Elnara. Sudip di tangan yang digunakan untuk menggaul masakannya tadi, diletakkan ke tepi.

"Apa ni? Kenapa soalan awak ni macam soalan budak sekolah aje ni?"

"Saya tahu. Memang cringe. Tapi saya perlukan jawapan. You know, I am just wondering."

"Ayah saya sendiri tak pernah yakinkan saya apatah lagi tunjuk bahawa dia boleh dan akan sentiasa ada untuk saya, lindungi saya. Jadi, apa yang boleh meyakinkan saya yang akan ada lelaki yang boleh saya percaya untuk dia lindungi saya dan selalu ada untuk saya?" Panjang lebar. Tetapi penuh makna.

Hakim terkesima seketika. Saliva melalui celahan kerongkong terasa perit buatnya. Sudah dia faham mengapa pintu hati gadis itu begitu keras untuk dia lenturkan sekali gus memiliki.

"Awak selalu ke mana-mana, sendiri?"

"Ya."

"Awak tak takut?"

"Tak. Sebab saya dah terbiasa. Dan saya tahu, Allah akan sentiasa jaga saya. Buktinya, sampai sekarang saya masih ke mana-mana, sendirian dan masih selamat."

"Andai kata, suatu hari nanti yang Allah hantarkan sebagai pelindung awak itu ialah saya. Masih awak nak tolak saya hanya sebab awak tak percaya saya?"

Berat. Soalan ini berat buat Elnara jawab secepatnya dan semudahnya.

"Look, El. Saya... yakin. Allah jaga awak untuk saya. Yes, saya tahu awak boleh berdikari, ke mana-mana sendirian. Tapi mesti ada masa, awak akan tumbang juga kan? Awak tak rasa, kehadiran saya ke dalam hidup awak ini bakal memberikan bahagia tanpa ragu antara kita?"

Tidak semena-mena, tubir mata Elnara berkaca. Dia tidak sukakan perasaan ini. Kerap kali ia cuba ditepis tapi masih gagal.

"Ezra, stop. Saya tak suka cakap tentang ini. Saya tak nak menyesal lagi! Boleh tak, awak berhenti? Jangan! Jangan pernah cuba untuk..." Dia hilang kosa kata saat esakan terlepas.

Dia sudah terbiasa sendiri.

Dia sudah terbiasa tanpa insan bernama lelaki di sisi.

Dan kini, Hakim Ezra hadir ke dalam hidupnya cuma untuk membiarkan dia menunjukkan kelemahannya di hadapan lelaki itu?

Tidak lama keemudian, Hakim mengeluarkan sesuatu dari poket jaketnya iaitu sebuah kotak kecil berwarna biru gelap.

Elnara memandang kotak itu, kemudian wajahnya bertukar serius. Kotak itu dibuka Hakim perlahan-lahan lalu mendedahkan sebentuk cincin berlian kecil tetapi elegan.

"Elnara... saya tahu kita masih belajar kenal satu sama lain. Tapi saya yakin, awak adalah orang yang saya nak habiskan hidup saya bersama. Will you marry me?"

"Bila saya cakap yang saya ada untuk awak, saya tak bermain, Elnara Syaairah. Izinkan saya, menembusi tembok yang telah lama awak cipta disebabkan kisah silam awak. Boleh?"

Elnara hilang diksi.

Bahagia Tanpa Ragu Where stories live. Discover now