TAJAM sorotan mata Hakim ke arah Qaidah sebaik mereka berjauhan dari kawasan orang ramai. Suaranya rendah tetapi penuh dengan amaran.
"Apa yang awak buat tadi tu melampau, Qai. Apa yang dah jadi dengan adik? Kak El bukannya marahkan adik pun. Dia cuma pesan dan tegur."
Qaidah mendengus kasar sambil memalingkan muka.
"Along tak nampak apa yang dia dah cakap dekat adik tadi ke? Perempuan tu tak layak masuk keluarga kita!"
"Cukup!" Hakim memotong, nadanya makin tegas.
"Qai yang melampau! Kak El cakap sikit aje yang adik nak sentap sangat, kenapa? Dan soal layak atau tidak itu, bukan urusan Qai. Along yang pilih dia, bukan Qai. Kalau Qai tak boleh hormat tunang along, Qai tak perlu ada dalam majlis kami nanti."
Qaidah terkejut mendengar kata-kata itu. Air matanya mula bergenang, tetapi dia menolak rasa bersalah yang cuba timbul dalam dirinya. Dia mendengus lagi sebelum berlalu pergi tanpa sepatah kata.
Hakim menghela nafas berat sebelum berpaling ke arah Elnara yang masih berdiri di situ, basah kuyup dan terdiam. Dia melangkah mendekat, matanya penuh dengan rasa bersalah.
"El... I'm so sorry. Dia tak patut buat macam tu."
Elnara tersenyum hambar sambil memandang ke lantai, cuba menahan air mata.
"It's okay, Ezra. Maybe she just needs time to accept me."
Hakim menggeleng, menanggalkan jaketnya dan menyarungkannya pada bahu Elnara.
"She has no right to treat you like that. I promise, I'll handle this. You don't have to worry about her lagi."
Tatapan Elnara jatuh pada tunangnya seketika, kemudian mengangguk perlahan. Walaupun hatinya perih, dia tahu Hakim berada di sisinya, dan itu sudah cukup untuk memberikan kekuatan.
Namun, jauh di sudut hati, Elnara tidak dapat mengelak dari memikirkan sama ada Qaidah akan benar-benar berubah atau menjadi halangan besar dalam perjalanan hidup mereka selepas ini.
Hakim membuka pintu kereta, namun Elnara masih berdiri di tepi jalan, kaku. Wajahnya jelas menunjukkan rasa bersalah yang teramat.
"El, please. Get in the car," ujar Hakim lembut, namun tegas.
Elnara menggeleng perlahan, matanya menunduk.
"Ezra... saya tak rasa saya patut kahwin dengan awak."
Hakim mengerutkan kening. "Apa awak cakap ni, El? Why would you say that?"
Air mata Elnara bergenang. "I'm not good enough for you. Tengok apa jadi tadi. Saya gaduh dengan adik awak. Kalau saya tak bidas cakap dia, benda tu takkan jadi. Saya malu, Ezra." Kepala ditundukkan, tidak mampu lelaki itu melihat wajahnya yang berura hendak basah dengan air mata.
"El, that wasn't your fault. Qaidah yang keterlaluan. Manja sangat. Saya yakin kalau ada orang lain yang dengar pertelingkahan kau orang tadi pun, orang itu akan pertahankan awak. Tapi kalau ada orang salahkan awak, maknanya dia yang bodoh. Buta. Tak faham, tak reti berfikir. Awak tak salah sebab awak hanya pertahankan diri."
"But that's the problem, Ezra! Saya selalu nak menang. Saya tak tahu bila nak diam. Saya takut... saya tak sesuai dengan awak atau keluarga awak."
Hakim menghela nafas, menatap gadis itu dengan sabar.
"Listen to me. Awak tak perlu jadi orang lain untuk saya. Saya pilih awak sebab saya nak awak, exactly as you are. Yes, you're bold, awak suka membidas. But that's what makes you, you. Saya tak nak awak ubah diri awak untuk sesiapa, even for me."
"Tapi Qaidah... she hates me. And saya takut hubungan awak dengan dia akan rosak sebab saya."
Hakim tersenyum nipis, namun matanya penuh ketegasan. "Qaidah is my responsibility. Saya yang akan settle dengan dia. Awak tak perlu risau tentang tu. Saya akan make sure dia terima awak. Kalau dia tak boleh terima, that's on me, not you."
Elnara terdiam, air matanya akhirnya mengalir. Hakim mengangkat tangannya, menyentuh pipi gadis itu dengan lembut.
"El, saya tahu awak rasa awak ada flaws. Tapi siapa yang tak ada? Saya pun ada perangai saya yang mungkin susah awak nak terima nanti. Tapi saya tahu satu benda. Saya nak kita buat benda ni sama-sama. No matter what. Trust me, can you do that?"
Elnara menggigit bibir, cuba menahan sebak, tetapi akhirnya dia mengangguk perlahan.
Hakim tersenyum kecil, menarik jaketnya dan menyarungkan ke bahu Elnara.
"Good. Now, let's get you home before you catch a cold. Kalau awak sakit, siapa nak layan saya makan nasi lemak esok pagi?"
Elnara tersenyum kecil dalam tangisannya. "Awak ni, kan... macam tak serious."
"Serious kalau tak ada nasi lemak tu," balas Hakim, mengenyit mata. Sambil membimbing Elnara ke dalam kereta, dia berbisik lagi. "You're mine, El. Jangan biarkan sesiapa, even yourself, fikir yang awak tak layak."
Kata-kata itu menyentuh hati Elnara. Walaupun dia masih meragui dirinya, Hakim membuatnya merasa sedikit lebih yakin untuk menghadapi apa yang akan datang, bersama.
DALAM kereta, suasana sunyi seketika. Hanya bunyi hujan renyai-renyai memecah keheningan di antara mereka. Hakim memandu dengan tenang, sesekali melirik ke arah Elnara yang masih diam membisu di sebelahnya.
"El," Hakim memulakan. "Are you okay?"
Elnara menghela nafas panjang, jari-jarinya sibuk menggulung hujung jaket yang dipakainya. "I'm okay. Just... thinking."
"Fikir apa lagi?" Hakim menoleh sekilas sebelum kembali memandang jalan. "Jangan fikir benda-benda tak perlu. Fokus dekat kita sekarang ni. The rest, I'll handle."
Elnara menoleh ke arahnya, matanya sedikit merah.
"Awak ni confident sangat, kan? Rasa macam semua benda boleh selesai just because awak cakap macam tu."
Hakim ketawa kecil. "Of course, I'm confident. Kalau saya tak yakin, siapa lagi nak bagi awak keyakinan?"
"Tapi Ezra..." Suaranya perlahan, nyaris berbisik. "Macam mana kalau saya buat silap besar nanti? Kalau keluarga awak tak boleh terima saya sampai bila-bila?"
Hakim memberhentikan kereta di tepi jalan, mematikan enjin sebelum memandang Elnara dengan penuh keseriusan.
"Dengar sini, El. Awak tak perlu bawa beban yang bukan tanggungjawab awak. Awak tak perlu perfect untuk jadi isteri saya. Yang penting, awak jujur dengan saya, dan kita sama-sama usaha untuk buat benda ni berjaya."
Elnara terdiam, terasa sebak di dada. Hakim menyambung, suaranya lebih lembut.
"Saya tak pilih awak sebab saya nak seorang isteri yang flawless. Saya pilih awak sebab saya nampak awak yang sebenar, dengan semua flaws dan kelebihan awak. Dan saya tahu, saya boleh bahagia dengan awak, as long as awak pun pilih saya."
Air mata Elnara akhirnya mengalir. Dia menutup wajah dengan kedua-dua belah tangan, cuba menyembunyikan tangisannya.
"Cry all you want, El. Tapi lepas ni, saya tak nak dengar lagi awak cakap awak tak layak. You're more than enough for me."
Elnara mengesat air matanya, memandang Hakim dengan mata yang masih berkaca.
"You really believe that, Ezra?"
Hakim mengangguk perlahan. "I do. 100%. So please, stop doubting yourself. Kalau ada sesiapa yang tak terima awak, itu masalah dia, bukan masalah kita."
Elnara tersenyum kecil, walaupun hatinya masih sedikit berat. Tapi kata-kata Hakim, penuh keikhlasan, memberinya rasa lega yang dia tidak pernah sangka dia perlukan.
Hakim menghidupkan enjin semula, sambil bergurau. "Okay, now let's get you home."
Kereta mula bergerak semula, membawa mereka pulang. Dalam diam, Elnara memandang keluar tingkap, hatinya berbisik, Mungkin aku bukan sempurna, tapi dengan Hakim, aku rasa aku cukup.
YOU ARE READING
Bahagia Tanpa Ragu
Romance[ON GOING] 7th story | Spin off Puspita Milik Ishaq | Elnara ialah seorang wanita yang penuh dedikasi terhadap kerjayanya, namun di sebalik kejayaan itu, hatinya kerap dirundung ragu. Menjadi salah satu asbab dia memilih untuk sendirian. Namun hadi...