SETELAH beberapa minggu berlalu, Elnara dan Hakim semakin selesa antara satu sama lain. Walaupun tidak selalu bertemu, setiap mesej yang dihantar membawa keceriaan dan rasa saling menghargai.
Elnara yang baru saja pulang dari kerja merebahkan tubuh ke atas sofa ruang tamunya. Telefon dari beg dicapai lalu dia melihat sebuah beg kecil di depan atas meja kopi di ruang tamu rumahnya. Tercatat di atasnya nama Hakim.
Dengan rasa ingin tahu, bingkas Elnara bangkit dari baringan lalu mencapai beg kecil tersebut. Tangannya cekap membuka beg tersebut dan mendapati ia berisi beberapa jenis makanan ringan juga terselit satu nota ringkas.
"Untuk memudahkan hari yang panjang. Hope you enjoy! - Ezra."
Elnara tersenyum tatkala merasakan kehangatan yang datang dari perhatian kecil itu. Dia membalas mesej Hakim dengan gambar makanan yang diterimanya.
"You're too sweet, Ezra! Terima kasih! Makanan ni cukup untuk hilangkan penat kerja."
Mesejnya dibalas laju oleh si jejaka yang sedang bersantai beribu batu darinya.
"Just thought it might cheer you up. Next time, I'll cook for you. But I promise it won't be burnt!"
Terlepas tawa Elnara saat membaca mesej itu. Rasa suka hatinya terhadap Hakim semakin mendalam. Ternyata, perhatian dan cara Hakim menjaga Elnara dengan cara yang halus membuatkan dia merasa istimewa.
KEESOKAN harinya, Elnara memutuskan untuk memberi Hakim satu kejutan kecil. Dia membeli kopi kegemaran Hakim dari kedai berhampiran sebelum bergegas ke tempat kerja.
Awalnya, Elnara bercadang untuk meminta alamat tempat kerja Hakim untuk dia membelanja lelaki itu secawan kopi tapi Hakim lekas memintas dengang mengatakan bahawa dia bakal bertemu Elnara di hadapan bangunan hospital gadis itu bekerja sebelum mulanya jam bekerja Elnara.
Elnara memberikan kopi tersebut kepada Hakim dengan senyuman.
"Surprise! Saya tahu awak sukakan kopi ini. Hope you're having a good day!"
Dia teringat sewaktu mereka pernah keluar bersama, terselit di dalam perbualan mereka tentang kopi kesukaan Hakim.
"Wow, terima kasih! Ada apa-apa yang saya boleh buat untuk balas jasa ini?"
Lekas Elnara menggeleng. "Ambil aje. Saya belanja."
Dalam cara yang sederhana ini, mereka mencipta kenangan manis yang membuatkan hubungan mereka semakin dekat.
Seiring berlalunya waktu, meskipun mereka masih belum menjadi pasangan, mereka semakin menyedari bahawa setiap interaksi kecil ini memberikan makna yang lebih dalam kepada hidup mereka.
Tamat saja waktu bekerja di sesi petang, Elnara menerima ajakan oleh Hakim untuk minum petang. Dengan sedikit keberanian, Elnara setuju. Bagaikan sirna segala kepenatan yang dialaminya setelah menerima mesej daripada lelaki itu.
"Okay, I'm in. Let's keep it casual, alright?"
"Definitely! Just us, some good food, and maybe a little laughter?" Tawa halus dilepaskan Hakim. Bersama Elnara, wajanya tidak akan pernah menjadi muram atau suram. Cuma diisi dengan kegembiraan dan cahaya.
Perjumpaan itu bukan sahaja memberikan mereka kesempatan untuk berbual lebih lanjut tetapi juga menambah warna dalam hidup mereka. Dalam setiap detik, setiap senyuman, ada harapan dan kemungkinan yang menanti.
Setelah mereka bersetuju untuk bertemu, Elnara merasa sedikit berdebar. Dia berusaha untuk kelihatan santai, memilih pakaian yang selesa namun menarik. Apabila mereka bertemu di kafe, Hakim sudah menunggu dengan senyuman lebar yang membuatkan hati Elnara berdebar lebih cepat.
![](https://img.wattpad.com/cover/381203834-288-k605314.jpg)
YOU ARE READING
Bahagia Tanpa Ragu
Romance[ON GOING] 7th story | Spin off Puspita Milik Ishaq | Elnara ialah seorang wanita yang penuh dedikasi terhadap kerjayanya, namun di sebalik kejayaan itu, hatinya kerap dirundung ragu. Menjadi salah satu asbab dia memilih untuk sendirian. Namun hadi...