Bab 28

65 11 2
                                    

Negative comments can really discourage a writer from continuing their story.

So if you don't have anything good to say, shut up. I don't need your opinion. This is my story, and it belongs to me.

MATA yang tadi dipejam, dicelikkan kembali apabila  terasa ribanya ditindih oleh sesuatu yang agak berat dan besar. Perlahan, raut wajah Elnara berubah kepada riak terkedu. Lantas, dipandang wajah encik tunang yang sedang tersenyum di depannya.

"Ya Allah, Ezra. Apa lagi ni?"

"Apa?" Lelaki itu menyoal sambil tertawa kecil.

"Kenapa sampai kena bagi saya bag hampir cecah lima angka ni?"

"Eh, awak tahu?"

"Tengok brand pun saya dah tahu, Ezra."

Namun Hakim kekal tenang. Suasana di restoran Tamarind Hill tersebut serba sedikit menambahkan ketenangan dan privasi buat mereka menjadikan keadaan antara mereka lebih romantis.

Elnara memandang bergilir-gilir wajah Hakim dan beg tangan Lady Dior Large yang dihias khas dengan perincian ekslusif berwarna biru lembut itu. Warna kegemarannya.

"Hari itu, awak dah bagi saya basikal karbon high-end brand Cervelo. Dan saya bukan tak tahu berapa besar harganya, El. Jadi, hari ini saya kena balas benda yang sama."

Memincing mata Elnara pada Hakim. Sejujurnya, dia tidak pernah terfikir langsung bahawa dia akan membelanjakan wang yang begitu besar buat lelaki selain bapa dan abangnya.

Tetapi disebabkan seringkali dia menerima mesej berkenaan aktiviti Hakim yang sangat aktif dalam bidang sukan berbasikal. Malah, minat lelaki itu dalam sukan berbasikal juga begitu mendalam sehinggakan segala aktiviti, berita atau acara yang melibatkan berbasikal, lelaki itu akan jadi paling terawal.

"Habis, awak guna tak?"

"Of course! Setiap kali saya ada masa free, mesti saya akan cycling and brag dekat kawan-kawan yang bakal isteri saya ni ada taste mahal." Sebelah kening dijongetkan bersama senyuman nakal terukir di wajah.

Suasana di restoran Tamarind Hill itu semakin menenangkan hati Elnara. Dekorasi kayu tradisional yang elegan dan bunyi air pancut di sudut restoran menambahkan privasi dan romantis buat mereka berdua.

"But this is too much for me."

"Fair and square, El. You gave me something priceless, so today, saya berikan dengan something sama level."

Elnara menjeling sambil memeluk tubuh. "Saya tak pernah fikir nak belanja lelaki barang mahal macam tu. Never in my life. Except maybe my dad or my brother."

Hakim mengangkat sebelah kening, senyuman nakal terukir di wajahnya. "Tapi saya special case, kan?"

Elnara mendengus kecil. "Entah kenapa saya rasa awak ni memang pandai buat orang rasa bersalah kalau tak layan karenah awak."

Hakim ketawa lagi. "Tapi kan awak happy buat benda tu? Admit it, El. Saya tengok muka awak masa awak pilih basikal tu hari tu. You were glowing."

Bibir Elnara mencebik. "Jangan perasan sangat. Saya cuma fikir awak tak habis-habis hantar gambar aktiviti cycling dekat saya, takkan saya tak support."

Lembut senyuman dan tatapan yang Hakim hantarkan pada perempuan kesayangannya itu. Tidak pernah diduga pertemuan singkat antara mereka telah membawa mereka hingga ke hubungan yang sejauh ini.

"El, kalau awak tahu macam mana saya hargai effort awak... you would know it's not about the price. It's about you thinking of me. Itu dah lebih dari cukup."

Kata-kata Hakim membuatkan Elnara terdiam seketika. Wajahnya sedikit memerah, dan dia cepat-cepat mengalih pandangan. Dia bukan jenis yang mudah terpengaruh dengan kata-kata manis, tapi bila Hakim yang bercakap, hatinya selalu rasa tak keruan.

"Okay, enough about that. Let's talk about you," Hakim menyambung sambil mengangkat sudu, menyuap hidangan Grilled Wagyu Beef Tenderloin, yang disajikan dengan pelbagai sos khas seperti truffle sauce yang halal ke mulutnya.

"Apa plan awak minggu depan? Kerja okay?"

Elnara menghela nafas perlahan. "Kerja macam biasa. Tapi ada seorang patient baru masuk ICU yang agak critical. I'll be busy, for sure."

Hakim mengangguk, wajahnya penuh perhatian. "Kalau awak penat sangat, make sure to tell me. Saya tak nak awak stress."

Elnara tersenyum kecil. "Yelah tu kisah. Awak pun sibuk dengan kerja awak sendiri."

Hakim tersenyum sambil memandangnya dalam-dalam. "I always care about you, El. No matter how busy I get."

Selesai makan, Hakim mengeluarkan sebuah kotak kecil dari poket jaketnya. Dia meletakkannya di atas meja dengan gaya tenang, namun matanya sedikit nakal.

"Apa ni?" tanya Elnara, memandang kotak itu dengan penuh tanda tanya.

"Open it," jawab Hakim ringkas, senyuman tipis terukir di bibirnya.

Kotak itu dibuka Elnara perlahan, dan matanya terbeliak sedikit melihat isi di dalamnya. Sebentuk cincin emas putih dengan batu berlian kecil yang elegan dan tidak terlalu besar, tapi rekaannya sangat eksklusif dan klasik.

"Ezra..." suaranya perlahan, hampir berbisik. "Apa ni?"

Hakim bersandar ke kerusi, wajahnya tenang tapi penuh makna. "Saya nak awak pakai cincin ni. Sebab saya nak awak tahu, setiap hari, saya hargai awak. Untuk semua yang awak buat, semua cara awak buat saya rasa dihargai... Saya cuma nak awak tahu awak penting."

Elnara terdiam. Dadanya terasa sesak dengan emosi. Dia bukan jenis perempuan yang mudah terkesan dengan hadiah, tapi ini lebih daripada sekadar hadiah. Kata-kata Hakim membuatkan dia rasa seperti dunia ini tiba-tiba menjadi sedikit lebih kecil dan hanya ada mereka berdua di dalamnya.

"Ezra, you didn't have to—"

"I know. Tapi saya yang nak. Because you deserve it." Hakim lekas mencelah.

Elnara mengeluh perlahan, air mata mula berkaca di matanya. "Awak selalu buat saya rasa macam saya ni special. Macam... saya tak pernah buat salah."

Hakim ketawa kecil. "You're far from perfect, El. But you're perfect for me. That's all that matters."

Elnara tergelak kecil sambil menyeka matanya. "You're impossible, Ezra."

"Dan awak dah nak kahwin dengan saya. Jadi, siapa yang sebenarnya kalah sekarang?" balas Hakim sambil tersenyum penuh keyakinan.

Elnara menggeleng perlahan, senyuman tidak dapat disembunyikan lagi. "Saya rasa saya menang. Sebab saya ada awak."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: 2 hours ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Bahagia Tanpa Ragu Where stories live. Discover now