"EZRA?"
Elnara menatap penuh wajah lelaki yang sudah hampir sebulan tidak dia jumpa itu. Tapi kini, elok saja Hakim yang tampan berbaju kemeja biru lembut santai yang tiga butang atas dibiarkan lepas dipadankan dengan seluar putih longgar. Lengan baju disingsing ke pangkal lengan kekarnya.
Tiba-tiba muncul di Hospital Kuala Lumpur (HKL), tempatnya bekerja. Selambanya Hakim hadir mahu menemuinya. Mujurlah ketika itu dia baru saja berura hendak keluar makan tengah hari. Malah, hari ini sudah genap sebulan lelaki itu menghilangkah diri.
"Kenapa, El?" Hakim menongkat dagu, merenung gadis di hadapannya.
Tuhan, ini merupakan pertama kali dia berteman rapat dengan seorang perempuan hingga sebegini sekali. Sering berbalas mesej, bersua muka.
Moga segala masa yang dia habiskan bersama Elnara, tidak sia-sia dan membazir tapi bakal berakhir dengan pengakhiran yang sering dia harapkan sejak pertama kali hatinya berasa tertarik pada gadis itu.
"Kenapa awak tiba-tiba muncul ni? Ada urusan penting dengan saya ke?" Elnara jongketkan sebelah keningnya. Riak wajahnya dingin dan tidak manis seperti selalu.
Terjungkit sedikit kening Hakim mendengarkan itu. Bukan ini reaksi yang diberikan Elnara sebaik dia pulang yang dia harapkan. Sebaliknya, dia berharap gadis itu akan menunjukkan bahawa dia sedang merinduinya.
"Saya baru selesaikan tugas saya, El. Selama ni pun kita dah biasa jumpa untuk spend time together, right?"
"Oh. Okay. Tapi saya tak rasa nak jumpa awak pun. Kenapa awak muncul?"
"Sebab rindukan awak." Tanpa berkias, Hakim yang memulakan langkah meluahkan rasa di hati.
Bibir Elnara mencebik. Bohonglah kata dia tidak merindui susuk lelaki yang baru saja menyapa ruas matanya ini. Tapi dia lebih mengutamakan ego.
"Saya tak rindu awak. Jadi, awak boleh pergi." Tangan dibawa naik berpeluk tubuh sebelum langkah diatur untuk masuk semula ke ruang bekerja.
"Elnara Syaairah." Tegas dan dominan. Tapi masih terselit kelembutan di situ.
Elnara abaikan.
Lekas Hakim mengejar langkah si gadis yang semakin menjauh. Tidak tahu sama ada Elnara hendak memarahinya atau sedang merajuk dengannya ketika ini disebabkan dia yang tiba-tiba menghilang terlalu lama.
Manakan Elnara tidak terkejut apabila lelaki yang sering berbalas mesej dengannya selama ini tiba-tiba menghilangkan diri daripadanya?
Pastilah gadis itu menganggap bahawa Hakim sengaja hendak memainkan dirinya sebagai seorang perempuan. Ternyata cuma itu yang difikirkan Hakim saat ini di benak fikirannya.
"Awak marahkan saya, El? Sebab saya mendiamkan diri lama sangat ke?" Hakim menghalang laluan Elnara dengan berdiri di hadapan gadis itu.
Dinding pipi digigit Elnara perlahan dari dalam. Perlahan, wajahnya menunduk.
"Awak rindu saya, El?" duga Hakim.
Dapat dia baca melalui seraut wajah jelita itu dan riak wajah yang dipamerkan Elnara sedari tadi. Pasti lah terkejut saat tiba-tiba wajahnya memenuhi kornea mata itu sedangkan sudah lama dia mendiamkan diri.
"Saya tahu. Saya pun rasa perkara yang sama. Tapi demi tanggungjawab, tak semudah tu saya boleh lepaskan." Lembut tutur kata Hakim.
"Hey, janganlah tunduk. Hampir sebulan saya tak jumpa awak, lepas itu awak menunduk aje. Marah saya ke?" Hakim cuba mengintai sedikit wajah itu.
Elnara mengigit perlahan bibir bawahnya. Sepasang mata kemudiannya dipejamkan.
Tuhan, apa kena dengan dia ni?
Mengapa dia boleh merasakan kerinduan yang terlalu dalam terhadap seorang lelaki yang tidak sampai tiga bulan pun dia kenali?
"Saya minta maaf. Janji, selepas ini saya akan update awak andai saya ada tugas atau operasi perlu dilaksanakan. Tapi... kalau saya tiba-tiba menghilang itu, maksudnya saya memang tak sempat–"
"Awak polis apa sebenarnya, Hakim Ezra?" Laju Elnara mencantas bicara Hakim seraya mengangkat kembali wajah, memandang seraut wajah tampan itu.
"Jawab, Ezra!"
Hakim menghela nafas, cuba menahan keresahan yang muncul di wajahnya.
"Elnara, saya tak boleh beritahu semua... bukan sekarang," katanya perlahan, seperti teragak-agak.
"Awak tak boleh atau tak mahu?" Elnara membalas, matanya tajam memandangnya.
"Saya...," Hakim terhenti, mencari kata-kata.
"Percayalah, ada sebab kenapa saya tak boleh jawab sekarang. Bila masanya tiba, saya janji, saya akan jelaskan semuanya."
Elnara terdiam, sedikit terguris tapi menahan diri.
"Kalau awak cuma seorang aset negara yang hanya nak mempermainkan perasaan dan hati seorang gadis biasa macam saya, jangan berani tunjuk muka awak depan saya dah selepas ini."
Hilang diksi Hakim dibuatnya apabila Elnara melontarkan ayat yang begitu tajam menusuk ke relung hatinya. Riak wajahnya semakin jelas memancarkan kekecewaan.
Niat baiknya yang mahu mengenali Elnara dengan lebih dekat, begitu mudah sekali disalah faham oleh gadis itu.
"Saya tak ada niat sedikit pun nak permainkan awak, Elnara. Saya ikhlas nak kenal dengan awak. Saya–"
"Then, what?"
"Mengangkat awak sebagai isteri saya."
Giliran Elnara pula yang kehilangan kosa kata. Dia memandang Hakim lama sebelum akhirnya pandangan dilarikan ke arah lain.
"Baru kenal dua bulan. Awak mengarut apa nak kahwin dengan perempuan yang macam saya ni?"
Elnara menjeling tajam, nada suaranya hampir sinis.
Dia ketawa kecil, tapi ada nada sarkastik di hujung tawanya."So, tell me, Ezra. Awak ni betul-betul serius ke atau just here for fun?"
"Macam mana saya nak percaya pada lelaki yang hilang sebulan tanpa kata? Awak ingat saya ni apa? Tempat persinggahan sementara?" sambung Elnara lagi dengan nada jelas tidak berpuas hati.
Hakim terdiam, keliru dengan perubahan sikap Elnara. "Bukan macam tu, El. Saya–"
"Then, prove it. Jangan berikan saya alasan, Ezra." Elnara mencelah, matanya penuh cabaran.
"Kalau awak betul-betul serius, awak takkan buat saya tertanya-tanya macam ni. Awak takkan biarkan saya kelihatan bodoh, menunggu seseorang yang tak tahu nak hormat masa saya."
Nafas yang panjang cuba dijujut Hakim sebaiknya, menahan diri dari membalas dengan emosi. Dia cuba bersabar biarpun dia tak sangka Elnara akan begitu menyakitkan hati.
"Saya ada alasan, tapi awak kena faham bukan semua saya boleh cerita sekarang. Saya tak pernah ada niat buat awak rasa macam tu. Tapi tugas saya memang..."
"Excuses. That's all I hear. Semua alasan lelaki yang tak tahu nak berterus terang. Lelaki yang betul-betul serius takkan buat perempuan rasa macam ni." Elnara memotong kasar, suaranya penuh dengan sinis sekali.
"Kalau tugas awak lebih penting dari orang yang awak cuba dekati, mungkin kita patut berhenti saja sebelum apa-apa. Saya tak nak bazir masa saya."
Hakim terkedu, tapi dia masih berusaha menjelaskan. "It's not like that, Elnara. I'm trying my best to balance everything."
Lekas Elnara mengangkat tangan, memberi isyarat agar Hakim berhenti. "Save it. Kalau nak buat alasan, simpan untuk orang lain. Saya tak perlukan lelaki yang buat saya rasa macam ni. Either you figure out what you want, or leave me alone. Simple as that."
Hakim memandangnya, terkesan dengan kata-kata itu tapi akhirnya mengangguk perlahan, sedar Elnara memang takkan berubah pandangan.
Dia memalingkan wajahnya, seolah-olah sengaja ingin memberi kesan dingin pada Hakim. "Dan kalau awak betul-betul faham saya, awak takkan berani ulang lagi kesilapan ni."
YOU ARE READING
Bahagia Tanpa Ragu
Romantizm[ON GOING] 7th story | Spin off Puspita Milik Ishaq | Elnara ialah seorang wanita yang penuh dedikasi terhadap kerjayanya, namun di sebalik kejayaan itu, hatinya kerap dirundung ragu. Menjadi salah satu asbab dia memilih untuk sendirian. Namun hadi...