Bab 9

792 49 1
                                    

USAI beberapa minit di bilik rehat, Elnara tertidur sebentar disebabkan keletihan yang menguasai dirinya. Sementara itu, Aidan tidak jauh dari pintu sesekali menjenguk untuk memastikan Elnara masih rehat dengan tenang. Dia tak mahu Elnara bangun terlalu cepat atau kembali ke tugasnya tanpa betul-betul pulih.

Setelah hampir setengah jam, Elnara bangun biarpun masih terasa sedikit lemah tetapi lebih segar. Lantas, dia bangkit perlahan dan mendapati Aidan menunggu di luar bilik, seakan memastikan dia tidak kembali bekerja begitu sahaja.

"Dr Aidan... awak tunggu sini ke?" tanyanya sedikit terkejut, tidak menyangka Aidan benar-benar mengambil berat sampai begitu sekali.

Aidan mengangguk. "Of course. Saya tak akan biarkan awak pergi mana-mana tanpa pastikan awak betul-betul okey."

Elnara menghela nafas, merasa serba salah. "Saya hargai keprihatinan doktor, tapi saya betul-betul tak suka menyusahkan orang lain. Saya... sepatutnya lebih kuat."

Aidan tersenyum lembut, memandang Elnara dengan penuh simpati. "El, kekuatan bukan sekadar dalam kerja atau dedikasi. Kadang-kadang, kekuatan itu juga dalam menerima bantuan daripada orang lain." Dia berhenti sejenak, kemudian menambah, "Kalau awak terus bebankan diri sendiri, itu bukanlah kekuatan tapi itu beban yang tak perlu."

Elnara terdiam, memikirkan kata-kata Aidan yang tepat pada sasarannya. Dia tahu Aidan betul, namun perasaannya yang ingin berdikari sering kali membuatnya enggan bergantung kepada orang lain.

Namun, ada sesuatu dalam cara Aidan memandangnya yang membuat dia rasa dihargai.

Aidan yang menyedari bahawa Elnara mungkin tak selesa membicarakan perkara ini lebih lama, mengubah topik.

"What if saya belikan awak teh herba di kantin? Mungkin boleh buatkan awak rasa lebih segar."

Elnara tersenyum, mengangguk perlahan. "Boleh juga. Terima kasih, doktor Aidan."

"Nah. Panggil Aidan aje. Tak perlu doktor sangat."

Ketika mereka berjalan menuju kantin, suasana di antara mereka lebih santai. Aidan memanfaatkan peluang ini untuk mengenali Elnara dengan lebih mendalam, bertanyakan hal-hal ringan seperti hobi dan minatnya di luar kerja.

Walaupun Elnara sering kali menutup diri dengan kurang menceritakan perihal dirinya, dia mula membuka sedikit ruang untuk perbualan mesra dengan Aidan.

Di kantin, Aidan menghidangkan secawan teh herba kepada Elnara, sambil tersenyum. "This is on me. Anggap aje ini sebagai cara saya hargai kerja keras awak."

Pandangan Elnara terhadap Aidan berubah menjadi riak terharu dengan perhatian yang diberikan. Walaupun dia tidak memiliki perasaan romantik terhadap Aidan, dia mula menghargai kehadirannya sebagai seorang rakan yang prihatin dan menyokong.

Bagi Elnara, mempunyai seseorang yang memahami dirinya di tempat kerja adalah satu anugerah yang jarang ditemui.

"Aidan... terima kasih sebab selalu ambil berat. Saya mungkin tak selalu tunjuk, tapi saya hargai," katanya bersama segaris senyumannya kali ini lebih ikhlas.

Aidan tersenyum kembali, merasa lega kerana dapat berkongsi saat tenang itu bersama Elnara. Meskipun dia sedar mungkin perasaannya tak berbalas, dia memilih untuk menghargai kehadirannya di sisi Elnara dengan cara yang sederhana, tanpa mengharapkan lebih.

Lelaki itu hanya tersenyum nipis, pandangannya jatuh ke lantai sebelum kembali kepada Elnara.

"Well, someone's gotta make sure you're okay. Kalau bukan saya, siapa lagi?"

Elnara tersenyum kecil. "Saya ni bukan fragile sangat, tahu? Tapi... I appreciate it, really."

Aidan angguk perlahan, sengaja mengalih pandangan untuk menyembunyikan apa yang dia rasa.

"Noted. Tapi tak salah nak ada backup sekali-sekala, kan?"

Terletus tawa kecil Elnara. "I guess not. Thanks, Aidan."

Dia balas dengan anggukan ringkas, berpuas hati dengan jawapan itu. Buat Aidan, cukup untuk jadi teman bicara dan beri sedikit sokongan, walaupun dari jarak yang dia tahu akan tetap ada.

Mereka duduk dalam diam sejenak, masing-masing membiarkan suasana tenang menyelimuti. Aidan perhatikan Elnara dari sisi matanya, melihat dia yang tampak lebih relaks daripada biasa.

"Kadang-kadang saya lupa macam mana nak relax," Elnara tiba-tiba bersuara, seolah dapat membaca fikirannya. "It's like... I always have to be on guard."

Aidan mengangguk, senyum tipis. "Well, awak kena ingat, El. Life's not a battlefield every second. Sekali-sekala, it's okay to just breathe."

Elnara memandang Aidan, sedikit terkejut dengan kata-katanya.

"I guess... saya tak biasa ada orang ingatkan saya benda-benda macam tu."

Aidan angkat bahu. "Then I'll remind you. Sampai awak betul-betul faham."

Elnara tersenyum, lebih lembut kali ini. "Thanks, Aidan. I'll keep that in mind."

Aidan senyum sambil menyandar, tangannya disilangkan di dada. "Kalau macam tu, bila awak nak start relaks ni?"

Elnara ketawa kecil. "Tak tahulah. Mungkin bila kepala saya ni tak penuh dengan semua benda kerja."

Aidan angkat kening. "Alright. So, apa kata kita test sekarang?"

Elnara memandangnya, bingung. "Test?"

Aidan angguk dengan senyuman senget.

"Yup. Saya challenge awak untuk let go semua benda dalam kepala tu... just for the next five minutes."

Elnara mencebik, tapi akhirnya menghela nafas panjang. "Okay, fine. Five minutes. Tapi kalau saya tak boleh, jangan gelak."

Aidan tertawa kecil. "Deal. But trust me, El. You might surprise yourself."

Lantas, Elnara menutup matanya seketika, cuba menikmati ketenangan bersama Aidan. Walaupun lima minit mungkin tak cukup, dia rasa lebih ringan, setidaknya untuk saat itu.

Beberapa minit kemudian, Elnara membuka matanya perlahan lalu melihat langit yang mula berubah warna, seakan turut tenang bersama mereka. Dia hembus nafas panjang, rasa lega yang jarang dia rasa.

"Macam ni rupanya bila tak fikir apa-apa," Elnara berkata, lebih kepada dirinya sendiri.

Aidan tersenyum sambil mengangguk. "See? Tak susah sangat pun. Kadang-kadang, kita je yang lupa cara nak rehat."

Elnara memandangnya sejenak, sedikit kagum. "Awak ni nampak macam tahu banyak benda, kan? Macam dah lama practice buat benda ni."

Aidan ketawa kecil, bahunya terangkat. "Practice? Maybe. Tapi kadang-kadang itulah yang saya buat bila semua rasa berat. Find a quiet place, clear my head. Tak salah kalau cuba."

Elnara terdiam, pandangan matanya sedikit lembut. "Thank you, Aidan. Saya rasa... saya kena buat benda ni lebih kerap."

Aidan tersenyum puas. "Anytime, El. Kalau perlukan reminder lagi, saya ada."

Elnara tersenyum kecil, rasa terharu yang tak dapat disembunyikan. Dia tak pernah sangka, di antara kesibukan dan tekanan yang selalu mengekang dirinya, ada orang yang sudi mengingatkannya untuk berhenti sejenak, dan hanya bernafas.

"Susah nak jumpa orang macam awak, Aidan," katanya perlahan, nada suaranya lebih lembut daripada biasa.

Aidan balas senyuman itu, sederhana tapi tulus. "I'm just glad I could help. Kadang-kadang, kita semua cuma perlukan seseorang yang memahami kita."

Elnara mengangguk, dan dalam hati, dia tahu dia sudah mendapat seorang teman yang dia boleh harap, meski tanpa syarat atau harapan lebih.

"Thanks again, Aidan. I owe you one," katanya sambil berdiri.

Aidan hanya mengangkat tangan, seolah mengisyaratkan tak perlu terima kasih yang berlebihan.

"Just take care of yourself, El. That's all I ask."

Mereka saling memandang antara satu sama lain sekali lagi sebelum berpisah, membawa rasa tenang yang masih tersisa dari perbualan mereka.

Bahagia Tanpa Ragu Where stories live. Discover now