QAIDAH mengerling pada abangnya yang sedari tadi tersenyum lebar membalas mesej di telefon. Rancak jemari jantan milik Hakim bergerak menaip sesuatu di atas dada telefon.
"Mama! Looks like your eldest son is falling in love right now!" Sengaja Qaidah mengatakan sebegitu dengan frekuensi yang kuat agar didengari Datin Serina yang sedang berada di dapur.
Manakala, Hakim yang terlalu leka melayan anak dara orang di telefon tidak langsung menyedari bahawa dia yang menjadi mangsa Qaidah.
"Apa, sayang?" Laju saja Datin Serina keluar ke ruang tamu dan mendekati anak-anaknya di situ.
Qaidah sekadar tersenyum nakal. Tangannya dilingkarkan ke atas bahu si abang bagi mencuri peluang untuk membaca perbualan antara Hakim dan Elnara.
Lekas saja Hakim yang perasankan hal itu, menjauhkan diri dari adiknya dengan wajah berkerut hendak memarahi Qaidah yang telah mencorobohi privasinya sambil berdecit.
"Apa awak ni, adik. Sibuk baca mesej along."
"Jadi, siapa gadis malang tu?" Qaidah tidak endahkan marah si abang kerana dia tahu abangnya itu sentiasa susah hendak betul serius memarahinya.
Kening dijongket berkali."Yes! Mama nak tahu siapa dia?" Datin Serina turut menyampuk.
Manakan tidak teruja apabila mengetahui bahwa satu-satunya anak lelakinya akhirnya jatuh cinta dan memilih untuk tertarik pada seorang gadis.
Hakim menoleh ke arah Datin Serina yang sudah berkilau sepasang matanya.
"Siapa cakap? Mana ada along cakap tengah bercinta," nafi Hakim.
"Habis, yang sampai tersengih tu siapa? Mana pernah along tersengih, tersenyum gedik semata sebab layan mesej lawak kawan-kawan along. Jadi, ini kalau tak lain tak bukan mesti sebab perempuan! Dan along sukakan dia kan?" Laju Datin Serina membuat tekaan.
Bola mata diputarkan ke atas sebelum melepaskan helaan nafas lembut. Telefon di tangan disimpan ke sisi badan. Sekadar untuk melindungi dari dirampas insan-insan di hadapannya ini. Bahaya!
"Ya, along sukakan dia. I love her. Tap–"
"Oh my Allah. You love her?!" Qaidah pula yang lebih teruja.
Ini sememangnya pertama kali. Pertama kali melihat si abang mengucapkan kata cintanya pada seorang gadis biarpun sudah ramai yang beratur hendak mencuba. Siapa yang mahu menolak anak kepada Komander Pasukan Operasi Khas, iaitu Pegawai Kanan dalam unit elit?
Hakim terdiam apabila dicantas begitu. Tapi sepasang matanya tercenung ke hadapan dengan bersinar sekali bersama senyuman indah terlakar di wajah tampannya.
"Tak tahulah nak kata cinta ke tapi, rasa kosong kalau sehari tak mesej dia, tak berbual dengan dia. Faham tak rasa tu? Rasa macam nak kena halalkan cepat-cepat." Lelaki itu tertawa lepas. Tergeleng-geleng kepalanya mengingatkan ayat yang diungkapkannya tadi.
Betulkah dia sedang jatuh cinta atau dilamun cinta sekarang ini?
"Ha, halalkan ajelah." Datin Serina mencantas laju.
Hakim sekadar tersenyum tipis saja memandang mama dia. Perlahan, kepala menggeleng.
"Tak nak gelojoh, ma. Kena slow-slow sebab Kim pun tak tahu sama ada Kim ni bertepuk sebelah tangan atau tidak." Dia tidak mahu berharap lebih melainkan usaha lebih.
Benar. Akan dia usahakan untuk menambat hati gadis bernama Elnara Syaairah itu hingga berjaya. Andai kata jika benar gadis unik dan jelita itu sudah lama tertulis bersebelahan dengan namanya.
YOU ARE READING
Bahagia Tanpa Ragu
Romance[ON GOING] 7th story | Spin off Puspita Milik Ishaq | Elnara ialah seorang wanita yang penuh dedikasi terhadap kerjayanya, namun di sebalik kejayaan itu, hatinya kerap dirundung ragu. Menjadi salah satu asbab dia memilih untuk sendirian. Namun hadi...