BEBERAPA jam berlangsungnya acara tersebut, akhirnya ia tamat juga serentak tepukan dan sorakan gemuruh diberikan oleh penonton yang hadir. Hakim tersenyum lebar sambil menepuk tangan dengan begitu bangga sekali.
Tidak semena-mena, dia merasakan ada angin lembut yang menampar kulit leher dan wajahnya dari tepi. Sontak, kening Hakim berkerut halus seraya berpaling ke arah hadirnya ia.
"Eh, kenapa awak halakan kipas awak dekat saya?" soal lelaki itu pada Enara dengan riak wajah terkejut.
"Awak dah hampir lencun ni, Encik..."
"Hakim Ezra." Hakim tersenyum lebar.
"Ha, Encik Ezra. Nanti busuk!" Makin didekatkan kipas oleh Enara ke arah lelaki itu.
Tawa Hakim terlepas. Pertama kali dia mendengar seseorang memanggil nama belakangnya. Bukanlah nama utama seperti orang lain.
"Saya lelaki. Tak apa. Tapi kenapa awak panggil saya, Ezra?"
"Entah. Tak klise sangat." Enara tarik kembali kipas lalu dihalakan padanya. Keringat yang sudah membasahi pipinya dikesat dengan belakang tapak tangan.
Wajah Enara yang sudah kemerahan, dipandang Hakim lama sebelum akhirnya dia bersuara.
"Jom, kita..."
"Hurm?" Enara memandang lelaki di hadapannya itu.
Bicara Hakim tergantung seketika apabila memikirkan keputusan untuk membawa Enara ke dalam keretanya terlebih dahulu bagi mendinginkan sedikit gadis itu. Tapi bimbang Enara bakal tersalah tafsir niat baiknya pula nanti.
Belakang tengkuk diusap Hakim. Baru saja dia mahu berbicara pada Enara, muncul satu panggilan yang masuk dari telefon. Lekas, panggilan dijawab.
"Yes, Anyra?"
Enara diam saja memandang sisi wajah jejaka di depannya itu tanpa sebarang rasa.
"Alright."
Usai panggilan ditamatkan, Hakim menyimpan kembali telefon ke dalam kocek seluar sebelum dia menggamit Enara untuk mengikuti langkahnya.
"Jom, kawan awak dah panggil."
"Kita nak ke mana ni? Tadi kami datang naik grab aje."
"Tak apa. Saya hantarkan," pelawa Hakim.
Sebaik masuk saja ke dalam kereta, Anyra yang duduk di bahagian pemandu di belakang, bersuara. Awalnya tadi beria dia mendesak Enara duduk di hadapan. Kini, wajah rakannya itu sudah berubah masam mencuka.
"Kim, saya nak pergi beli air kejap. Awak teman–"
"Eh, apa pula saya teman Enara. Tak apa. Awak berdua tunggu aje dalam kereta. Saya pergi belikan," pintas Hakim laju.
Tidak sempat Anyra menghalang, Hakim sudah laju keluar dari perut kereta lalu dikuncinya dari luar. Ada dua anak orang yang sedang berada di bawah tanggungjawabnya tika itu. Jadi, dia haruslah berwaspada.
"Weh, Ara." Bahu Enara dicuit.
"Apa?"
Anyra tersengih seraya mengerling ke luar kereta sekilas.
"Macam mana? Okay?"
Berkerut kening Enara menjeling si rakan di belakang yang sudah tersengih seperti kerang busuk.
"Apa? Tak faham."
"Tinggi, handsome, baik, gentleman, polis, wangi pula tu–"
"Kau bau perfume dia, Ira?! Kau itu isteri orang, tahu tak?!" Meningkat oktaf suara Enara seraya tubuh dipalingkan menghadap rakannya.
YOU ARE READING
Bahagia Tanpa Ragu
Romance[ON GOING] 7th story | Spin off Puspita Milik Ishaq | Elnara ialah seorang wanita yang penuh dedikasi terhadap kerjayanya, namun di sebalik kejayaan itu, hatinya kerap dirundung ragu. Menjadi salah satu asbab dia memilih untuk sendirian. Namun hadi...