KESURAMAN malam perlahan-lahan mengundur diri, memberi laluan kepada cahaya yang mula menjengah lembut ke serata ruang kamar. Sepoi angin pagi yang menyelinap masuk membawa ketenangan, seakan membisikkan harapan baru di ufuk fajar.
Hakim sudah menjanjikan untuk bertemu di taman berdekatan rumah Elnara dan gadis itu menurut saja. Dicari kelibat lelaki itu sebelum Hakim tiba-tiba muncul di hadapan Elnara dengan sebuah beg besar. Senyuman manis terlakar di seraut wajah tampan itu.
"I'm ready for my duties, boss," katanya dengan wajah serius, walaupun senyuman nakal masih bermain di bibirnya.
Elnara hanya mengangkat kening, rasa pelik dengan sikap Hakim yang berubah menjadi terlalu bertenaga.
"Awak ni apa lagi, Hakim? Pagi-pagi dah macam ni?"
Hakim menghulurkan beg tersebut kepada Elnara. "Saya bawa barang. For our day together, of course. I've got all the essentials in here. Don't worry, everything is well planned."
Elnara melihat beg besar itu, mencongak apa yang ada di dalam. "This better be good."
Dengan senyuman penuh kemenangan, Hakim membuka beg itu perlahan-lahan. "First, I've got us lunch. Not just any lunch. I've researched this, okay? It's from your favorite place. Laksa kari."
"Macam mana awak tahu saya suka laksa kari?"
Hakim menyeringai. "Saya ada cara saya sendiri. Plus, I listen when you talk about food. Now, let's eat. Tapi selepas itu, I've got even better plans."
Elnara menggeleng, tersenyum kecil. "You're serious about this, huh?"
"Of course," jawab Hakim sambil meletakkan kotak laksa di meja. "Sekarang, jom makan. You've been working hard, El. You deserve a break."
Mereka duduk berdua, makan bersama dengan penuh kegembiraan. Dengan segala cara Hakim berusaha mencairkan ketegangan yang pernah ada di antara mereka. Setiap kali Elnara sedikit pun tersenyum, dia rasa seperti sudah berjaya mencapai satu pencapaian besar.
Selesai makan, Hakim berdiri di hadapan Elnara. "Okay, time for round two."
Elnara memandangnya, bingung. "Round two? Nak buat apa lagi?"
Terletus tawa kecil Hakim. Elnara masih mendongak kepala untuk memandangnya dengan wajah berkerut tipis dek kebingungan ditambah sinar matahari yang memancar.
"I'm taking you out. A proper outing. Saya tahu tempat menarik dekat sini, kita jalan-jalan sana. Kalau awak taknak, saya boleh ajak pergi... well, anywhere you want."
Elnara teragak-agak, hati yang keras mula melunak sedikit demi sedikit. "I'm not sure about this, Ezra."
Sengaja Hakim menayangkan riak wajah konon kecewa sebaik mendengarkan bicara Elnara seakan mahu menolak pelawaannya sekali gus tidak berasa yakin dengan segala usahanya.
"What, you don't wanna hang out with me? I thought we were getting somewhere."
Melihatkan ekspresi 'kecewa' Hakim yang berlebihan itu, Elnara terpaksa menahan senyuman. Sedangkan saja dia mahu mengusik lelaki itu.
"Fine. Let's go, but this is the last time, okay? Anak dara, tak boleh balik lewat. Nanti tak pasal-pasal, umi saya tu overthinking melampau bila anak dara dia ni balik lewat."
Dengan wajah penuh kemenangan, Hakim menarik tangan Elnara dengan penuh semangat. "That's the spirit! I promise, I'll make this day unforgettable."
Tiba-tiba Hakim mengerutkan kening sedikit tatkala menyedari sesuatu di dalam bicara Elnara tadi.
"Eh, tapi bukan ke awak balik rumah sewa awak? Kenapa umi awak..."
"Memanglah. Tapi housemate saya tu dibayar tau oleh umi untuk maklumkan semua tentang keadaan saya. Sebab saya selalu lupa nak update daily life pada umi. Sampai umi overthinking. Tambah pula, I am her only daughter yang belum kahwin lagi."
Terjongket kecil kening Hakim apabila mula berasa tertarik dengan topik yang dibualkan gadis itu ketika ini.
"Awak seorang aje? Adik-beradik awak ada berapa?" soal lelaki itu, penuh minat.
"Ramai. 6 orang. 2 lelaki, 4 perempuan. Saya ada dua orang adik. Seorang lelaki, seorang perempuan. Tapi adik yang perempuan dah kahwin."
Terletus tawa kecil Hakim dek tidak percaya bahwa adik perempuan Elnara boleh pula langkah bendul.
"Boleh pula macam tu, ya?"
Perlahan, senyuman Elnara memudar. Pandangannya dihalakan ke depan. Kosong. Seperti memikirkan sesuatu yang menerbitkan rasa hambar di hatinya.
"Adik saya tu cantik. Cantik sangat. Dari kecil, semua orang sayang dia, suka dia. Sebab dia cantik. Ramai lah lelaki beratur nakkan dia. Saya aje... tak berapa laku. Saya tak tahu macam mana. Sampaikan, waktu dia kahwin, anak buah sulung saya tanya kenapa makcik dia yang tu yang kahwin dulu."
Berbinar mata Hakim merenung sisi wajah yang sentiasa tampak manis di penglihatannya itu. Tidak Elnara sedari bahwa gadis itu juga sebenarnya memiliki kecantikan dan keunikannya yang tersendiri.
"Cantik itu subjektif, El. Ada orang rasa awak biasa aje, ada orang rasa awak cantik. And luckily, saya lah orangnya yang rasa awak cantik tu. Sampai saya rasa saya kena halalkan awak cepat-cepat."
Lekas Elnara berpaling ke arah Hakim apabila tanpa berkias ayat yang dituturkan oleh lelaki itu. Jelas Hakim benar serius dengan hubungan yang dibina antara mereka berdua ini walaupun sama ada dia atau Hakim tidak pernah klarifikasikan hubungan mereka sebagai pasangan bercinta.
Cuma teman. Teman tapi mesra. Begitulah kira-kira.
Rumit.
"Saya belum bersedia. Kita kawan dulu?"
Laju Hakim mengangguk tanpa terlihat langsung riak kekecewaan terbias di seraut wajah tampannya itu. Tenang dan penuh kesabaran. Menanti si gadis yang dicintai menerimanya sebagai pelengkap hidup.
"Boleh. Saya akan sentiasa tunggu, El. Asalkan awak tak jauh dari saya. That's all I ask for. It's enough for me."
Lekas Hakim membantu Elnara untuk mengemas segala sisa makanan di taman tersebut. Lewat ekor matanya mengerling ke arah gadis tersebut apabila segala barang sudah dimasukkan kembali ke dalam beg yang dibawanya tadi.
"Tapi jangan lama sangat. Umur saya makin lanjut, El."
Mencebik bibir Elnara. Bola mata diputarkan dek rasa menyampah.
"Awak tu lelaki. Tak akan mati pun hormon testosteron awak tu sampai tua bangka!"
Terkejut Hakim yang mendengarkan ayat tidak bertapis dan penuh selamba yang dilontarkan oleh Elnara itu. Lekas dia mematikan langkah di hadapan gadis itu sekilap membuatkan kaki Elnara terpasak di lantai secara tiba-tiba.
"Hello? What did you just say? When did I ever imply I wanted to marry you quickly just because of desire?" Kening berkerut serius.
"Saya cuma tak nak kita berdua tanpa ikatan terlalu lama, El. Saya takut kita terjebak dalam sesuatu yang Allah tak redha." Hakim menghela nafas, memandang tepat ke dalam mata Elnara, nada suaranya rendah tetapi penuh makna.
"Saya tak nak hubungan kita jadi sebab saya tanggung dosa atau awak jauh dari rahmat-Nya. Kalau awak belum bersedia, saya akan tunggu. Tapi kita kena jaga batas kita, El. Bukan sebab saya tak percayakan kita, tapi sebab saya nak hubungan kita diberkati." Panjang lebar Hakim menutur kata, meluahkan asbab dia mahu segera menghalalkan si gadis.
Bukanlah disebabkan nafsu atau bagi memenuhi kehendak batinnya saja sebagai lelaki tapi memahukan hubungan mereka dihindari dari perkara yang dimungkar Tuhan.
"Awak selalu salah ertikan niat suci saya, El. Tapi tak apa. Saya faham. Awak ada trust issues, right? Saya boleh baca dari setiap tingkah laku dan percakapan awak. Tapi itu tak bermakna saya akan putus asa untuk memperisterikan awak."
YOU ARE READING
Bahagia Tanpa Ragu
Romance[ON GOING] 7th story | Spin off Puspita Milik Ishaq | Elnara ialah seorang wanita yang penuh dedikasi terhadap kerjayanya, namun di sebalik kejayaan itu, hatinya kerap dirundung ragu. Menjadi salah satu asbab dia memilih untuk sendirian. Namun hadi...