KEESOKAN paginya, Elnara bersiap awal untuk ke tempat kerja. Setelah menyiapkan sarapan ringkas, dia keluar menuju hospital dengan penuh semangat, cuba melupakan kejadian dengan Kasrina semalam.
Di hospital, Elnara bertemu dengan rakan-rakan sekerjanya yang memberi ucapan tahniah atas kenaikan pangkatnya.
Sebagai Ketua Jururawat, tugasnya hari itu lebih mencabar. Namun, Elnara menunjukkan ketenangan dan profesionalisme, menangani kes-kes pesakit dengan penuh dedikasi.
Berlalunya masa yang diisi dengan aktivit yang menyibukkan, sudah masuk waktu makan tengah hari. Saat itu juga mesej oleh Hakim masuk melalui telefonnya.
"Lunch dengan saya hari ni? Saya jemput awak kejap lagi."
Dengan senang hati Elnara tersenyum, berasa terharu dengan perhatian Hakim. Walaupun sibuk, Hakim sentiasa ingat untuk memastikan Elnara terjaga dan bahagia.
"Okay, boleh. Tapi simple aje ya. Saya pakai baju uniform kerja ni."
Seiring waktu berlalu, Hakim tiba tepat waktu. Lelaki itu menunggu Elnara di lobi hospital. Mereka menuju ke sebuah kafe berdekatan untuk menikmati makan tengahari bersama.
Sambil menjamu selera, Hakim mendengar cerita Elnara tentang tugas-tugas barunya sebagai Ketua Jururawat, memberi kata-kata semangat dan nasihat.
"Awak dah buat keputusan yang betul, El. Ini cuma permulaan. Saya tahu awak akan jadi pemimpin yang hebat." Senyuman manis dilemparkan buat gadis itu.
Memincing mata Elnara lontarkan pandang pada Hakim.
"Awak ni memang pandai ambil hati, kan?"
Reaksi lelaki itu cuma tersenyum bangga sambil menjongket bahu. Dia tahu bicaranya akan sentiasa menyenangkan orang dan itulah yang akan sering dia kekalkan dalam diri.
Selepas makan, mereka kembali ke hospital dan Hakim memastikan Elnara kembali bekerja dengan senyuman. Hari itu menjadi lebih indah buat Elnara, kerana sokongan daripada seseorang yang benar-benar menghargainya.
Biarpun Hakim tidak selalu mengajak Elnara keluar, tapi dia masih menunjukkan keprihatinan. Mereka mula berbual lebih kerap melalui teks. Lelaki itu selalu menjaga nada sopan.
HARI yang berat sudah berlalu bagi Elnara. Baru saja tubuh direbahkan ke atas tilam, muncul mesej oleh Hakim menyedarkannya. Lantas, mesej tersebut dibaca.
"How was your shift? Harap awak okay. I know these nights can be tough." Prihatin Hakim bertanya.
"It was... a bit of a rough night. Banyak kerja, banyak kes. But I'm fine."
"Good to know. But don't hesitate to reach out kalau nak luahkan. Somehow it helps. And trust me, I won't mind."
Senyuman kecil muncul tanpa sengaja di wajah Elnara. Perbualan itu ringkas, tetapi cukup membuatkan dia rasa dihargai dengan cara yang halus.
Namun adakalanya apabila Elnara melalui situasi sukar dengan pesakit, dia akhirnya tergerak hati untuk bercerita dengan Hakim.
"Remember you said it's okay to reach out? Hari ni memang tough..."
Hakim mendengar dengan sabar, membalas dengan nada yang menenangkan.
"I'm glad you told me. Kadang-kadang, kita tak boleh kawal semua, El. You did your best, and that's enough!"
Hany senyuman kelat yang mampu diukirkan Elnara. Bukan dia tidak menghargai ujaran oleh jejaka itu tetapi rasa tidak layak disebabkan jarang sekali dia menerima pujian dan kata semangat sebegitu oleh orang terdekatnya.
YOU ARE READING
Bahagia Tanpa Ragu
Romance[ON GOING] 7th story | Spin off Puspita Milik Ishaq | Elnara ialah seorang wanita yang penuh dedikasi terhadap kerjayanya, namun di sebalik kejayaan itu, hatinya kerap dirundung ragu. Menjadi salah satu asbab dia memilih untuk sendirian. Namun hadi...