RASA kecewa yang semakin menyesakkan dada ditelan Hakim. Tetapi dalam pada masa yang sama juga dia cuba untuk menenangkan diri.
"Awak takkan faham situasi saya sepenuhnya, Elnara. I'm trying to do my best here, but there are things I can't share... demi keselamatan semua orang, termasuk awak."
Elnara mendengus kecil seraya mata menjeling tajam lelaki di hadapannya itu.
"Safety? Please, Ezra. Saya tak pernah minta awak protect saya. Jangan gunakan saya sebagai alasan untuk semua ni. Kalau awak nak teruskan dengan rahsia-rahsia awak, go ahead. Tapi jangan expect saya nak tunggu someone yang keep hiding things."
Hakim terdiam disebabkan hatinya yang terguris. Dia tak sangka Elnara akan begitu dingin dan keras kepala.
"El, tak semua benda dalam hidup ni boleh dijelaskan dengan mudah. I just need a little trust from you." Hampir saja matanya hendak berkaca tika ini apabila Elnara membina benteng ego yang sangat kuat hingga sukar untuk gadis itu memahaminya.
Barangkali kerana dia belum menjelaskan lagi segalanya berkenaan dirinya. Maka itu membuatkan Elnara berasa ragu dengannya.
Elnara menggeleng perlahan seraya berdecit halus. "Trust? That comes with honesty, Ezra. Kalau awak tak boleh bagi tu, then I'm not wasting my time."
Hakim cuba bersabar walaupun hatinya semakin terluka. Malah semakin dalam jadinya.
"Saya cuba yang terbaik untuk faham awak, Elnara. But maybe this is just too hard for you to understand."
Elnara tersenyum tipis seraya bahu dijongket. "Good that you finally get it. I don't do mind games, Ezra. Kalau awak tak boleh bagi kepastian, then don't expect anything from me."
Hakim menggenggam erat tangannya, menahan rasa kecewa yang semakin menggigit jiwa. Dia tahu, sekeras manapun dia mencuba, dia mungkin tidak akan dapat menembusi dinding ego dan keraguan yang Elnara bina.
"Saya faham... mungkin awak takkan percaya pada saya sepenuhnya," katanya perlahan, suaranya mulai kendur. "Tapi satu hari nanti, bila semua ni jelas, awak akan tahu kenapa saya tak boleh cerita sekarang."
Elnara ketawa kecil, namun nadanya kekal sinis. "Satu hari nanti? Saya tak hidup dalam fantasi, Ezra. Saya takkan tunggu satu hari yang tak pasti. Either you're here with everything laid out, or you're out."
Hakim menarik nafas panjang, merasakan kehilangan perlahan-lahan meresap dalam dirinya. Dia benar-benar rasa tercabar sebagai seorang lelaki ketika ini.
"Awak... betul-betul serius tak nak beri saya peluang untuk buktikan diri saya, El?"
Dia memandangnya tajam, tanpa sedikit pun keraguan di wajahnya.
"Saya ulang, I don't need to be with someone yang keep secrets. Kalau hidup awak penuh dengan rahsia, mungkin saya tak layak ada dalam hidup awak."
Hakim tersenyum pahit, menyedari bahawa apa pun yang dikatakannya, mungkin tiada yang mampu mengubah keputusan Elnara. "Kalau itu yang awak mahukan... saya akan hormat keputusan awak."
Elnara mengangkat dagu menonjolkan ekspresinya tegas. "Good. At least ada satu benda yang kita setuju."
Nafas panjang dihela oleh Hakim, menelan segala rasa yang bercampur baur di dadanya. Dia mengangkat pandangannya, mencari keberanian untuk memberi jawapan terakhir.
"Tapi jangan salahkan saya kalau suatu hari nanti, awak sedar bahawa saya sebenarnya tak pernah main-main," ujarnya.
Elnara tersenyum sinis. "Oh, don't worry. Saya takkan salahkan sesiapa. Lagi pun, saya tak ada masa untuk lelaki yang buat hidup saya rumit."
Hakim mengangguk perlahan, cuba menyembunyikan kekecewaannya.
"Saya cuma nak awak tahu... saya memang ikhlas. Tapi mungkin saya kena terima yang keikhlasan saja tak cukup untuk awak." Bening mata jelas terpancar segalanya.
Elnara hanya menjongket bahu, seolah-olah tidak terkesan.
"That's right. Saya tak perlukan janji-janji kosong atau alasan. Saya nak yang boleh bagi saya kepastian." Masih dengan egonya, Elnara tetap berkeras.
"Kalau begitu, mungkin kita perlu jarakkan diri buat sementara," akui Hakim, dengan nada yang tenang tetapi penuh makna.
Elnara terdiam seketika, namun dia cepat mengawal reaksi wajahnya. Enzim amilase melalui celahan kerongkong terasa perit.
"Silakan. Jangan risau, saya okay aje." Wajah dingin dan tenang ditayangkan.
Hakim menunduk, melangkah pergi tanpa sepatah kata lagi. Dalam hatinya, dia tahu dia cuba yang terbaik, namun kesungguhan itu jelas tak mencukupi untuk Elnara.
Sementara Elnara berdiri teguh, matanya masih penuh dengan ego dan ketidakpercayaan, seakan-akan memutuskan bahawa tidak ada lelaki yang boleh membuatnya berubah fikiran.
"Buang masa."
Hakim melangkah pergi tanpa menoleh lagi, langkahnya perlahan tetapi penuh dengan kekosongan. Dia cuba untuk menenangkan dirinya, namun hati kecilnya masih bertanya, apakah sebenarnya yang kurang?
"Apa yang aku dah buat sampai dia pandang aku dengan begitu sinis dan skeptis?" Lelaki itu menyoal dirinya sendiri.
Mungkin dia tak cukup menjelaskan, atau mungkin Elnara memang sudah punya tembok yang terlalu tinggi untuk ditembusi.
Sementara itu, Elnara berdiri di tempat yang sama, membiarkan Hakim menghilang dari pandangannya. Namun, dalam hatinya, ada rasa kekosongan yang perlahan-lahan meresap. Dia cuba untuk tidak peduli, menguatkan diri dengan alasan-alasan yang telah dia tanamkan dalam fikirannya.
"Jangan terpengaruh," bisik hatinya. "Jangan sesekali buka ruang untuk kecewa lagi."
Tetapi, semakin dia cuba mengusir perasaan itu, semakin ia menggigit. Kenapa Hakim perlu pergi begitu sahaja?
Kenapa dia harus berkeras dan memberi kata-kata itu?
Walaupun dia tidak mahu mengakuinya, ada sedikit kekecewaan dalam dirinya. Bukankah dia juga perlukan kepastian?
Tetapi, Elnara tidak mahu mengakui perasaan itu, kerana dia sudah terbiasa berdiri sendiri, jauh dari segala kemungkinan untuk dikhianati lagi.
Seketika kemudian, Elnara berpaling lalu tangannya meraba-raba telefon bimbitnya, seolah-olah cuba mencari sesuatu untuk mengalih perhatian. Namun, matanya terpaku pada skrin, dan dia mendapati dirinya sedang menyelak mesej-mesej lama yang tidak pernah dibalas.
Dia mengetap bibir, menekan telefon itu kuat sedikit.
"Jangan lemah," katanya kepada diri sendiri, berulang kali. Tetapi hati kecilnya terus menyoal.
Apakah benar dia tidak peduli? Apakah benar dia sudah bersedia untuk menutup hati ini begitu saja?
Beberapa minit berlalu sebelum dia menyedari, tangannya masih memegang telefon, matanya masih terpaku pada skrin, namun dia tidak tahu apa yang dicari. Elnara menarik nafas panjang, meletakkan telefon itu kembali di meja, dan kemudian bangun dari tempat duduknya.
Di luar, langit mulai gelap. Hujan turun perlahan, membasahi bumi. Seolah-olah memberi gambaran tentang hujan yang turun dalam hatinya. Sesuatu yang tak terucapkan, sesuatu yang ingin ditangani tetapi terlalu sukar untuk diterima.
Mata dipejamkan Hakim dengan begitu rapat buat seketika, cuba menerima hakikat bahawa mungkin Elnara adalah satu kehilangan yang harus dia relakan buat masa ini. Namun dalam hatinya, dia tetap menyimpan harapan kecil bahawa suatu hari nanti, kebenaran yang disembunyikan kini akan membawa mereka bersama, bukan memisahkan mereka selamanya.
YOU ARE READING
Bahagia Tanpa Ragu
Romance[ON GOING] 7th story | Spin off Puspita Milik Ishaq | Elnara ialah seorang wanita yang penuh dedikasi terhadap kerjayanya, namun di sebalik kejayaan itu, hatinya kerap dirundung ragu. Menjadi salah satu asbab dia memilih untuk sendirian. Namun hadi...