Bab 21

248 30 2
                                    

TENANG langkah diatur di pusat beli belah tersebut. Berada di sisi Hakim yang tampan bergaya dengan baju Parijan berlengan pendek warna biru gelap yang dipadankan dengan seluar slack putih.

"Urm, Ezra. Saya nak tanya sikit. Boleh?"

Hakim berpaling pada si gadis yang berjalan disebelahnya itu. Tangannya santai dimasukkan ke dalam kocek seluar.

"Silakan."

"Seluar ni, awak beli dekat mana? Sebab saya ada plan nak belikan seluar slack macam ni untuk adik lelaki saya. Tapi dia tu memilih sikit bab kualiti kain ni. Nampak awak pakai ni, macam elok aje."

Sontak, Hakim mengerling pada seluar putih yang dipakainya. Lalu, wajah Elnara kembali dipandang sekilas.

"Ouh From Oscar Jacobsen. Selesa kain dia. Saya selalu pakai. Saya ada banyak lagi warna lain."

Langkah Elnara mati. Mulutnya ternganga kecil lagi. Badannya dipusingkan menghadap Hakim yang turut sama mengikutnya memberhentikan langkah.

Seluar putih biasa pun dari jenama mahal?

Bukannya Elnara tidak kenal akan jenama mewah tersebut. Dia peminat barang berjenama. Seperti yang sering rakannya katakan, dia ini ialah gadis yang high maintenance walaupun dia cuma orang biasa dan dimanjakan dengan kekayaan dan keselesaan oleh kedua orang tuanya sejak kecil.

Tapi yang kaya itu, orang tuanya. Bukan dia. Dia lebih suka menghabiskan wang sendiri untuk memenuhi segala kehendak diri.

"Kaya gila. Awak anak Dato' ke apa?"

Hakim menggaru belakang tengkuk yang tidak gatal apabila disoal begitu. Patutkah dia menyatakan kebenaran?

"Tengok! Tangan pun pakai jam and gelang mahal." Jari telunjuk Elnara terhala pada pergelangan tangan kanan Hakim.

Kelihatan lelaki itu memakai jam tangan berjenama Rolex dan gelang warna perak kecerahan berjenama Cartier. Tampak sungguh mewah sekali walaupun pakaiannya cukup santai dan tidak terlalu menonjol.

Tapi disebalik semua yang dipakai ternyata segalanya berharga dan bukanlah barang murah belaka.

"Macam mana... awak tahu?"

"Saya kenal lah sebab saya minat barang-barang dari jenama tu. Abah saya pun sama. Banyak koleksi dia dekat rumah."

"Then, awak pun anak orang kaya lah?"

Memincing mata Elnara memandang pada Hakim. Dia dapat merasakan bahawa itu hanya satu trik oleh lelaki itu untuk tidak mengaku dan menjawab pertanyaannya yang dilontarkan tadi.

"Saya tak akan jawab selagi awak tak jawab soalan saya." Saja dia mahu mencabar.

"Saya beritahu sambil kita jalan."

Elnara akur. Mereka berdua meneruskan langkah sambil mencuci mata di dalam pusat beli belah TRX tersebut. Mereka ke sini pun atas cadangan Hakim yang sering ke sini ketika dia mahu.

"Ya, saya memang anak Dato'. Daddy saya Pegawai Tinggi dalam pasukan keselamatan. Tapi dia yang kaya. Saya ni menumpang harta dia aje. Apa yang ada dekat tubuh saya ni pun, dia dan mama saya yang belikan. Bukan saya minta. Mereka terlalu... mahukan anak-anak mereka sentiasa jaga penampilan. Kekemasan. Kemewahan." Tidak dinyatakan tentang nama pekerjaan spesifik bapanya itu.

"Tapi awak pun tak kurangnya. I love your style, El. Very old money punya vibes. Classy, yet elegant. Pandai awak gayakan outfit awak." Hakim berpaling meneliti pakaian gadis di sebelahnya itu.

Jelita dan nampak mewah apabila menggayakan blazer hitam dan kain satin putih yang dipandan dengan selendang putih juga. Di pergelangan tangan, dihiaskan dengan gelang Cartier yang sama seperti dipakai Hakim tapi berwarna emas dan juga gelang Clover berwarna putih.

"Awak nampak mahal. Patutlah tak ada lelaki berani dekat kecuali saya." Tawa halus terletus di bibir Hakim apabila dia kembali memandang ke hadapan semula.

Kembang kuncup Elnara dibuatnya apabila merasakan bahawa dia sudah bertemu dengan lelaki yang mempunyai pemikiran sama dengannya. Malah, membualkan tentang perkara yang dia sukai.

Ya Tuhan, jodoh ke ni?

Sabar, El. Ini semua baru ujian. Hatinya berbisik keras.

Kenyataannya, dia cuma seorang gadis yang tidak berani jujur untuk mengatakan yang dia sedang mencintai seorang lelaki kerana bimbang jika semua kebaikan yang ditonjolkan oleh lelaki kepadanya hanya atas dasar budiman semata dan bukan kerana ketertarikan.

Dia bukan sedang patah hati atau tidak mahu menerima sesiapa. Cuma memilih untuk setia pada jodohnya. Ah, dirinya memang begitu kompleks!

"Kenapa cakap macam tu? Sebab saya suka barang mahal? Jadi, nanti mereka akan miskin sebab saya?" duga Elnara.

"Tak. Tapi sebab nak match the energy dengan awak itu. Tak senang nak jumpa orang yang sekepala dengan kita. I mean, mind set dia macam kita. Suka dan minat benda yang sama macam kita. And now, saya rasa apa yang berangankan selama ini dah jadi kenyataan." Hakim memandang Elnara lagi sepintas lalu.

"Awak anak Dato' juga?" Lelaki itu mengulang pertanyaan yang sama diajukan tadi pada Elnara.

Lekas, Elnara menggeleng. Menafikan.

"Saya anak orang biasa aje. Tapi sebab parents saya memang jenis yang workholic. Mereka lebih suka yang berjenama sebabkan kualiti dan keselesaan. Tapi juga dalam masa yang sama, makan nasi dengan kicap dan ikan bilis memang satu kebiasaan dalam keluarga kami. Balance lah dua-dua. Tak adalah makan mahal aje selalu." Elnara menjelaskan gaya kehidupan keluarganya.

Hakim mengangguk faham. Dia dapat simpulkan sesuatu tentang keluarga Elnara. Membiasakan hal yang biasa tapi adakalanya saja memilih yang lain dari biasa. Seimbang. Mewah tetapi rendah diri sentiasa.

"Nice. So, awak ada kampung?"

"Ada. Dekat Kelantan. Kampung biasa aje. Kadang, pernah tak ada air lah, mesin basuh rosak, singki bocor, macam-macam. Kalau balik sana, kami selalu makan dekat lantai aje. Sebab tak ada meja makan. Nak beli, bukannya kami selalu balik sebab rumah tu tak ada orang lain yang duduk." Rancak Elnara bercerita.

"Makanan beli dekat pasar?"

Mereka mula melangkah masuk ke dalam butik pakaian kegemaran Hakim. Elnara sekadar mengikuti saja sambil berbual dengan lelaki itu.

"Yup. Makanan sana murah, wak. Sedap-sedap pula itu. Saya paling suka bila time balik kampung. Ah, rindunya." Terbayang suasana di kampung ketika ini.

Paling sering dikunjungi semestinya Pasar Siti Khadijah. Pasar popular di Kelantan yang terletak di ibu kota Kelantan iaitu Kota Bharu. Tambah pula, di situ terletaknya kampung ayahnya.

"Nanti kalau awak nak balik kampung, bagitahu lah saya. Saya nak ikut. Tak pun, kita boleh balik sama-sama. Saya drive." Tangan Hakim membelek pakaian yang tergantung di dalam kedai itu.

Kening Elnara berkerut seketika.

"Balik sama-sama?"

"Ya. Lepas kita kahwin."

Terus terpegun tubuh Elnara di situ sebaik mendengar jawapan mudah yang baru saja meluncur keluar dari ulas bibir Hakim.

Kahwin?!

"Awak nak kahwin dengan saya ke, Ezra?" Jari telunjuk dihala pada diri sendiri.

Gerakan jari Hakim terhenti. Dia berpaling pada Elnara yang memandangnya dengan riak wajah tidak percaya itu. Lantaran itu, selangkah tapak dibawa mendekat pada gadis itu. Senyuman nakal terukir di bibirnya.

"Nak. Ingat saya berkawan dengan awak untuk tengok awak kahwin dengan lelaki lain?" Sebelah kening dijongketkan, mencabar.

"Looks like I don't need to search anymore because you are already the perfect match for me. I'd be a stupid guy if I let you go and didn't marry you, Elnara Syaairah."

Lidah Elnara kelu. Tubuhnya kekal jumud walaupun Hakim sudah melepasinya dan berlalu ke bahagian yang lain di dalam butik pakaian tersebut.

Bahagia Tanpa Ragu Where stories live. Discover now