Bab 18

239 35 1
                                    

SUASANA mereka berjalan bersama, menikmati angin sepoi-sepoi bahasa. Walaupun Elnara masih cuba bersikap dingin, dia tidak dapat menahan perasaan gembira yang mula bercambah. Sesekali, Hakim akan buat lawak yang membuatkan Elnara ketawa, dan tiap kali itu, dia rasa seolah-olah semuanya lebih ringan daripada sebelum ini.

"Awak tahu, kalau saya tak suka awak, I would've told you straight away," Elnara berkata, tanpa disangka.

Hakim berhenti dan memandangnya dengan mata yang tenang. Dia tahu Elnara sedang membohongi diri sendiri. Melihat saja gadis itu yang sudi menerima pelawaannya sudah cukup membuktikan bagi dia, bahawa Elnara juga sudah merasai perasaan yang sama sepertinya.

Ditambah pula dengan pertelingkahan antara mereka bulan lepas. Begitu kecewa sekali gadis itu apabila dia menghilang secara tiba-tiba.

"But you do like me, kan?"

Elnara menggigit bibir, tidak tahu bagaimana untuk menjawab. "I... maybe, I don't know."

Hakim tersenyum lebar.

"Dengar awak cakap macam tu pun saya dah rasa lega."

"You're insufferable, you know that?"

Hakim berjalan mendekatinya. "But you love it. Don't deny it."

Kali ini, Elnara gagal menyembunyikan senyumannya.

"You're lucky I'm in a good mood today."

"I know," jawab Hakim dengan penuh keyakinan.

"And I'm making sure this 'good mood' lasts as long as possible. But only for me." Sebelah kening dijongketkan. Flirtatious.

Mereka berhenti sejenak di sebuah bangku taman, dan Hakim dengan selamba duduk di sebelah Elnara.

"Okay, let's have a little heart-to-heart. Apa benda yang paling buat awak menyampah?"

"Menyampah? Takde soalan lain ke?"

Sebelah bahu dijongketkan oleh lelaki itu. "You know, benda yang buat awak rasa annoyed gila. Semua orang mesti ada pet peeve."

Elnara tercenung sekejap, cuba untuk berfikir. "Okay. Bila orang kunyah kuat. Itu paling annoying. And juga... bila orang tak boleh buat keputusan sendiri. Buat kepala pening."

Terletus tawa kecil Hakim. "I feel you. I can't stand loud chewers either. But, honestly, the second one? Saya rasa macam awak sedang cakap pasal saya je."

"Apa maksud awak?"

"Well, I mean, I'm always asking for your opinion on things. I guess I can't make decisions without you. You're like my 'go-to' person."

"Oh really? So now I'm your decision-making guru?"

"Yup." Hakim mengangguk yakin. "You've got all the answers. Saya percaya dengan judgement awak."

Elnara menyilangkan tangan, pura-pura serius. "Wait. Let me get this straight. "Tunggu. Biar saya faham betul-betul. Jadi, selama ini awak bergantung pada saya, dan sekarang awak nak buat saya rasa bersalah kalau saya berhenti bagi jawapan pada awak?"

"Guilty? Tak. Tak. Saya cuma nak pastikan supaya awak tahu betapa pentingnya pendapat awak pada saya."

"Stop sucking up," Elnara berkata sambil ketawa kecil. "Awak takkan berubah."

Hakim tersenyum puas. "I told you. I'm not giving up. I'll keep trying until you admit you like me."

"You're so persistent, Ezra. I can't believe it."

"Persistence is key. They say it's a good quality, right?"

"Nah. I'll never admit it. You're lucky I'm letting you hang out with me today."

"Well, we're making progress. That's all I need to hear."

Dengan hati yang lebih ringan, mereka terus berbual sambil berjalan di sekitar taman, menikmati saat-saat yang tak disangka-sangka itu. Elnara yang keras kepala mulai membuka sedikit hatinya, walaupun masih berusaha untuk tidak terlalu mudah terperangkap dalam pesona Hakim.

Tetapi Hakim, dengan cara yang manis dan sabar, semakin berjaya mencairkan dinding ego Elnara.

Tanpa disangka, Hakim tiba-tiba berhenti dan menatap Elnara dengan senyuman misteri.

"You know, I might just be falling for you."

"Excuse me?"

"Don't worry, you'll catch up eventually."

Elnara mencebik, cuba menyembunyikan rasa geli hati yang timbul. Tapi juga dalam pada masa yang sama sedang cuba untuk menyembunyikan rasa yang semakin menghadirkan debar di dada.

"You're impossible, you know that?"

"But you love it. Kalau tak, kenapa awak setuju untuk keluar dengan saya?"

"Don't get too cocky. I'm just being polite. Jangan buat assumption sendiri."

Hakim mendekatkan dirinya sedikit, berbisik dengan nada serius tapi masih ada gurauan.

"You can lie to yourself, but I can tell you're enjoying my company. Don't worry, I'm not going anywhere."

Tajam renungan yang Elnara lemparkan pada jejaka tersebut.

"Don't make me regret this, okay?"

Hakim hanya tersenyum tanpa berkata apa-apa, seolah-olah dia tahu, walau Elnara cuba bertahan dengan egonya, ada sesuatu yang semakin berkembang dalam dirinya.

Mereka terus berjalan, berbual tentang hal-hal kecil yang tak penting, tetapi entah kenapa semuanya terasa lebih ringan dan mudah. Tanpa sedar, Elnara mulai lebih terbuka, walaupun hanya sedikit, kepada lelaki yang telah berusaha keras untuk menembusi tembok egonya yang tinggi.

Hakim tahu, walaupun perjalanannya panjang, dia akan terus berusaha. Mustahil Tuhan membawa hubungan mereka hingga ke hari ini cuma untuk dia gagal menakluki hati dan jasad gadis bernama Elnara Syaairah itu.

"By the way, I've been meaning to ask you something."

Elnara mengangkat kening. "Apa lagi ni?"

"Boleh beri saya peluang kedua? I promise I won't mess it up."

"After everything?"

"Yes. If you let me in, I'll make it worth your while."

Elnara terdiam, fikirannya bercelaru. Hatinya masih ragu, tapi ada sesuatu dalam diri Hakim yang membuatkan dia tidak boleh menolak begitu sahaja.

"Awak memang susah nak lepas, kan?" kata Elnara dengan nada lebih lembut dari biasa.

"I told you, I'm persistent. But in a good way."

Elnara menggelengkan apabila mengingatkan kesungguhan lelaki di hadapannya itu.

"You're ridiculous, Ezra. But maybe... just maybe, I'll consider it."

"That's all I need to hear." Melebar senyuman yang terukir di bibir merah Hakim.

Perjalanan diteruskan lebih jauh dan kini dengan perasaan yang lebih ringan, lebih dekat, walaupun tak mengucapkan apa-apa yang jelas. Namun bagi Hakim, setiap langkah yang diambil bersama Elnara adalah kemenangan kecil yang lebih bermakna daripada apa-apa yang dia pernah alami sebelumnya.






Lambat lagi kahwin. Kena tunggu Elnara kata "yes" dulu baru boleh hantar rombongan hahaha

Ramai ramai vote please

Bahagia Tanpa Ragu Where stories live. Discover now