MASUK pula ke dalam butik Loewe, Elnara merasa sedikit terkesima melihat betapa mudahnya Hakim memilih dan membeli barangan mewah tanpa berkira. Malah, lelaki itu melakukannya dengan tenang, seolah-olah ini perkara biasa baginya.
Hakim juga ada menyebut sedikit tentang bahawa keluarganya biasanya membeli di situ, memperkuatkan lagi statusnya sebagai anak orang berada tanpa perlu mengatakannya secara terus.
"Kalau awak suka apa-apa kat sini, jangan segan. Saya biasa datang sini jadi mereka dah kenal keluarga saya. Dulu saya selalu ikut daddy... he likes to buy his custom suits here."
Elnara pula yang berasa segan disebabkan ini semua bukan kebiasaannya. Adakalanya saja dia atau orang tuanya bakal melaburkan wang untuk gaya hidup yang ekslusif begini.
Memperlihatkan Elnara yang sekadar kaku dan mengikutnya sejak tadi persis seorang anak, membuatkan Hakim dihurung rasa bersalah. Keningnya berkerut melihat betapa janggal sekali gadis itu. Lekas, dia berpaling ke arah Elnara dan berdiri berhadapan gadis itu.
"Hey, kalau awak awkward macam ni, nanti nampak lagi pelik. Anything you like here? Just let me know. Okay?"
Kepala Elnara mendongak sedikit memandang lelaki yang lebih tinggi daripadanya itu.
"Betul?"
"Kalau awak nampak something yang awak suka, just say the word." Bibir mengoyak senyuman manis.
Elnara mengikut langkah Hakim sambil menatap sekeliling, cuba memahami kehidupan di dunia mewah yang Hakim bawa. Mereka sampai di hadapan rak kasut kulit yang berkilau, rekaan yang tak pernah Elnara lihat sebelumnya.
Dia berhenti sejenak, memandang satu kasut tinggi warna hitam dengan potongan yang elegan.
"You like that one? It would look amazing on you." Sepasang mata Hakim hanya fokus pada gadis manis dan sungguh rendah diri itu.
Sedangkan dia bukannya membawa perempuan sembarangan bersamanya sekarang ini. Tapi kerana Elnara bukanlah mengamalkan gaya hidup sepertinya. Kerap ke sini. Tetapi kadangkala saja. Tambahan pula, ini pertama kali mereka keluar berdua ke tempat sebegini.
"It's beautiful, tapi I can't..." Elnara tergelak kecil bagi cuba menyembunyikan rasa segannya.
Hakim senyum sambil memandang staf butik yang sudah bersiap sedia untuk membantu.
"Don't worry about it. Consider it a gift... I want you to feel comfortable when you're with me, just like how I feel when I'm with you."
Elnara tersentak sedikit dengan kata-kata itu, tak menyangka Hakim begitu ikhlas. Hatinya terasa kembang, tapi dia masih cuba menahan diri.
"Ezra, seriously... awak tak perlu buat semua ni."
Hakim hanya tersenyum, lalu berbisik rendah.
"Just let me spoil you, just this once."
Dengan perlahan, Elnara mengangguk, sedikit malu tapi tak mampu menolak kehangatan yang terasa di hatinya. Di saat itu, dia sedar Hakim bukan sekadar orang yang berada tapi juga lelaki itu seseorang yang ikhlas ingin berkongsi dunia dengannya.
Seterusnya, Hakim memandu Elnara ke sudut lain di butik, di mana beg-beg tangan eksklusif tersusun rapi di rak kaca. Mata Elnara terhenti pada sebuah beg kecil berwarna merah, elegan dan klasik, yang nampak begitu unik.
Berpeluk tubuh, Hakim berdiri di sisi Elnara. Menayangkan riak wajah tenang dan bangga dengan citarasa gadis itu.
"You've got a good eye, that bag suits you perfectly."
YOU ARE READING
Bahagia Tanpa Ragu
Romans[ON GOING] 7th story | Spin off Puspita Milik Ishaq | Elnara ialah seorang wanita yang penuh dedikasi terhadap kerjayanya, namun di sebalik kejayaan itu, hatinya kerap dirundung ragu. Menjadi salah satu asbab dia memilih untuk sendirian. Namun hadi...