Bab 7

307 28 1
                                    

TIGA minggu berlalu. Telefon dipandang sepi. Sekarang sudah masuk waktu yang mana Hakim akan menghantar mesej padanya atau menghubunginya. Adakalanya bertujuan untuk mengajaknya makan bersama.

Tapi dimanakah keberadaan lelaki itu?

Mengapa Hakim menghilang dengan begitu tiba-tiba?

Tidak semena-mena, matanya berkaca. Selama ini, tidak pernah Hakim menghilangkan diri tanpa khabar berita hingga sebegini rupa. Sudah lama. Mereka tidak saling membalas mesej atau bersua.

"Mana awak ni, Ezra?"

Tubuh disandar lemah ke kerusi kerjanya. Tiada rasa pula hendak menjamu selera walaupun dia bakal menghadapi dan menguruskan kes yang agak penting dan besar selepas ini.

"Kenapa dengan hati aku ini, Ya Allah? Mengapa aku tidak boleh membuangnya dari fikiranku hatta sejenak?"

Sedangkan mereka tiada sebarang yang istimewa melainkan pertemanan yang tidak pernah diduga atas kemahuan dan persetujuan masing-masing.

"Dia ghosting aku? Dia... dah..." Akalnya mula berfikiran menerawang jauh.

Tapi diri lekas juga mengingatkan dan menyedarkan segalanya. Tidak penting untuk dia tahu andai Hakim sekadar mempermainkannya saja. Tidak penting untuk dia mengendahkan andai benar Hakim sudah bosan dengannya.

"Hey, El? Kau okay tak? Asal macam bini hilang laki ni?" Terasa bahunya dicuit oleh seseorang.

Lantaran itu, Elnara berpaling ke arah gerangan yang mencuitnya. Sarah, rakan sekerjanya sedang berdiri di sisi dengan raut wajah prihatin dan juga curiga dalam pada masa yang sama.

"Aku tak mampu menghapus bayangmu..." Bunyi lagu yang terpasang, menyapa pendengaran Elnara.

Ternyata itulah yang dia sedang rasakan dan hadapi sekarang ini. Tidak mampu menghapur bayang insan yang sentiasa mengisi dan menghidupkan hari-harinya biarpun tika dia dihurung keletihan setelah menghadapi hari yang panjang.

"Entah. Rasa... rindukan seseorang. Tapi dia bukan sesiapa pun." Ringkas balasan diberikan.

Sarah menelengkan sedikit kepala sambil mata memincing pada si rakan.

"Are you sure yang dia bukan sesiapa? Kalau bukan sesiapa, tak akan rindu sampai nak menangis macam ni?"

Keluhan berat dilepaskan Elnara. Kepalanya menggeleng sambil tercenung ke hadapan. Tidak lagi memandang Sarah.

"I dont know."

Jika benar perasaan ini baik dan tidak bakal merosakkannya, moga Tuhan jaga hati ini sebaiknya untuk yang terbaik.





PANDANGANNYA mula terasa kabur. Kepalanya rasa berpinar. Tidak dapat melihat setiap wajah dan objek di depan mata dengan jelas. Cuma satu yang dirasakan saat ini, dia mahu pitam!

Buk!

Pandangan Elnara sepenuhnya menjadi hitam. Suasana di dalam bilik pembedahan itu serta merta menjadi huru-hara. Lantas, muncul seorang doktor lelaki mencempung tubuhnya kerana tiada kudrat yang mampu menampung tubuhnya.

"Gosh... What happen to you, El?" desis doktor muda bernama Aidan Ilhan. Bertambah risau dia melihat wajah pucat Elnara yang berada di dalam pangkuannya itu.

Keadaan sedang dikira darurat jadi cuma dia yang sudi menghulurkan bantuan. Tambahan, dia merasakan bahawa mungkin ini peluang yang dia punyai untuk mendekati gadis itu.

Gadis hebat yang sudah lama menarik perhatiannya. Di usia muda, Elnara mampu mencapai banyak pencapaian di dalam bidang kejururawatan sepanjang dia berada di hospital itu.

Tubuh Elnara diletakkan ke atas katil pesakit untuk dirawat. Tidak tahu apa yang merasuki Aidan, dia mengeluarkan tisu poket yang sering dibawanya ke mana-mana saja di dalam kot putihnya. Lalu, dikeluarkan sehelai tisu dan digunakan bagi mengesat dahi Elnara.

"Get well soon, El. I... can't stand seeing you like this," bisik Aidan perlahan, suara bergetar di sebalik ketenangan yang cuba ditunjukkannya.

Namun, jauh di sudut hati, dia tahu ini adalah saat yang dia tak pernah harapkan, sekaligus peluang yang tak mungkin dilepaskannya untuk menunjukkan perasaan yang selama ini dipendam.

Tanpa disedari, jemarinya dengan lembut membetulakn tudung Elnara yang agak senget. Aidan menarik nafas dalam-dalam, cuba mengawal debaran jantung yang tak menentu. Rasa sayang yang terpendam sejak sekian lama mengalir dalam setiap sentuhannya, namun dia tahu batasannya.

"Just hang in there, okay?" tambahnya dengan nada perlahan.

Saat itu, seorang jururawat lain masuk ke bilik, mengganggu momen singkat yang dia rasakan antara mereka. Aidan segera menarik tangannya, menegakkan bahunya dan memasang wajah profesional.

"Doktor Aidan, kami sudah bersedia untuk pemeriksaan lanjut," ujar jururawat itu, sambil memberikan ruang untuk mereka.

Aidan mengangguk, mengatur semula ekspresi wajahnya menjadi tenang dan yakin, namun di dalam hatinya, doa dan harapan mengiringi setiap langkahnya.

Walau mungkin Elnara tidak pernah memandangnya lebih daripada seorang rakan sekerja, dia berjanji untuk melindungi dan menjaga gadis itu sebaik mungkin, meski sekadar dari jauh.

Saat jururawat itu mula menjalankan pemeriksaan lanjut, Aidan berundur selangkah. Namun, matanya masih melekat pada wajah Elnara yang kelihatan tenang dalam keadaan tidak sedarkan diri. Di benaknya, berbagai-bagai perasaan bercampur-baur. Risau, bimbang, dan keinginan yang kuat untuk menyatakan apa yang terpendam sekian lama.

Selepas beberapa minit, Elnara mula mengerang perlahan, tanda-tanda dia mulai sedar kembali. Aidan segera melangkah ke sisi katil, menahan diri daripada kelihatan terlalu terburu-buru, namun dalam hati, ada debar yang tak tertahan.

"El... Elnara? Are you okay?" bisiknya, menanti respons dengan cemas.

Elnara perlahan-lahan membuka mata, kelihatan bingung seketika sebelum pandangannya jatuh pada Aidan. Dia terpinga-pinga, cuba mengingati apa yang terjadi.

"Dr Aidan...? Apa yang berlaku?" tanyanya lemah, suaranya hampir berbisik.

Aidan tersenyum tipis, cuba memberi ketenangan walau hatinya sendiri bergelora. "You fainted, El. Jangan risau, semuanya dah okay sekarang. Saya ada di sini."

Elnara memandangnya dengan mata yang masih sayu dan lemah. Ada sesuatu dalam pandangan Aidan yang membuat hatinya bergetar sedikit, perasaan yang jarang dia rasakan terhadap sesiapa.

"Kenapa... kenapa awak di sini?" tanyanya, cuba memahami situasi.

Aidan berdehem, cuba menahan senyuman. "Saya kebetulan ada di sini... dan mungkin, ini peluang saya untuk jaga awak buat seketika," katanya sambil tersenyum lembut.

Elnara hanya memandang, sedikit terpinga-pinga dengan kata-kata itu. Dia ingin membalas, tetapi tenaganya belum pulih sepenuhnya. Namun, ada satu perasaan aneh dan selesa dalam hatinya yang dia tak mampu nafikan.

"Rehatlah, El. Kalau awak perlukan apa-apa, saya ada di sini. Saya tak akan pergi ke mana-mana."

Dengan kata-kata itu, Aidan berjanji pada dirinya sendiri untuk tetap berada di sisi Elnara, walaupun hanya sebagai seseorang yang diam-diam menyayangi dari jauh.

Bahagia Tanpa Ragu Where stories live. Discover now