"Ara mana?" soal Har yang segak berpakaian kemeja putih yang dikenakan dengan blazer berwarna hitam.
"Belum siap" Har menghela nafas apabila mendengar dua patah perkataan yang keluar dari mulut Haziq. Kenapalah kebanyakkan perempuan ambil masa yang lama untuk bersiap?
"Aku pergi dengan Eric, kau tunggu Ara siap" arah Har kepada Haziq. Lelaki itu mengangguk lalu membaling kunci Vellfire berwarna hitam milik Har kepada Eric.
Eric menangkap kunci itu dengan sebelah tangan. Lelaki berdarah Sepanyol itu merupakan pengawal peribadi kakaknya yang kini sedang mengambil cuti dan berehat di bumi Malaysia. Sedang kakaknya tidak mempunyai urusan ke mana-mana, Eric akan membantu Haziq untuk menjadi pemandu Har dan isterinya.
"Nice catch!" Haziq tertawa sebelum melihat kelibat Eric dan Har memasuki perut kereta dan berlalu pergi dari rumah agam itu.
"Haih, Ara. Kenapa lama sangat you bersiap? I dah lapar sangat ni" helanya perlahan. Kepalanya digelengkan beberapa kali sambil mengusap perutnya lembut.
"Amboi Haziq, angan apa pula tu?" Haziq tersedar dari angannya lalu dengan cepat menurunkan tangannya yang sedang mengusap perut itu.
"Eh tak ada lah, Nan" Haziq menggaru kepalanya yang tidak gatal. Kak Hannan yang berpakaian baju tidur serta mengenakan tudung sarung, berniat keluar dari bilik tidurnya untuk mengambil angin malam.
"Eh, kau bila nak balik New York?" soal Haziq kepada perempuan itu. Kak Hannan berpaling lalu menjungkit kedua-dua belah bahu.
"Malas lah nak balik. Aku rasa nak bersara, lepas tu duduk dekat sini sampai tua" helaan nafas berat terdengar seusai dia menghabiskan ayatnya.
"Kau tu 40 tahun pun tak cecah lagi, nak bersara apa, Nan?" Haziq terkekeh. Matanya dialihkan memandang air di dalam kolam renang yang terlihat tenang itu.
"Entah lah, aku rasa hidup aku ni terlalu sibuk dengan kerja sampaikan tak ada masa untuk family" Haziq menoleh untuk memandang wajah Kak Hannan, tak dinafikan, memang riak wajah perempuan itu kelihatan sangat letih. Wajahnya seperti menyimpan banyak hal yang hanya dipendam untuk dirinya sendiri.
Dia tahu yang Kak Hannan penat menguruskan kerjanya di New York, dalam masa yang sama perlu menjaga keluarga kecilnya sebagai seorang isteri dan ibu kepada satu bidadari kecil.
Abang Fahmi juga jarang dapat meluangkan masa bersama isterinya dek kerana jadual Kak Hannan yang padat. Hana pun tak jarang mengadu kepada bapanya tentang hal yang tidak sepatutnya dia rasai ketika ini.
Setiap hari, Hana berbual dengan bapanya setelah pulang dari sekolah dan tak pernah sekalipun dia tertinggalkan topik tentang ibunya yang terlalu sibuk dengan kerja.
Budak perempuan itu baru saja berusia enam tahun, tak peliklah jika dia mahukan perhatian dan kasih sayang yang tak henti daripada kedua ibu bapanya. Abang Fahmi pula hanya boleh mendengar dan menasihati Hana bahawa ibunya sedang berusaha buat yang terbaik untuk mereka dan dirinya sendiri.
Lama kelamaan, Hana mula sedar yang ibunya bukan sengaja mahu memulaukan keluarga tercinta. Sebaliknya, itu hanyalah gambaran realiti kehidupan yang sebenar. Tidak semua manusia hidup dalam ketenangan seolah-olah tiada sebarang masalah. Hakikatnya, semua orang sedang bergelut dalam kesusahan, sehingga terpaksa mengejar waktu demi masa depan mereka sendiri.
.
.
"Mr. Harraz" sapa seorang wanita dari hadapannya. Miss Dania mendekatkan dirinya kepada Harraz untuk memberi sedikit maklumat tentang wanita yang sedang perlahan-lahan menghampiri mereka.
"Mrs. Serene, the owner of Violla Staycation in the United States. She's close to Dato Hilman and has always been a good business partner to Dato" Har berdehem sebelum mula berbicara dengan wanita yang berpakaian serba hitam yang berkilauan itu.
ANDA SEDANG MEMBACA
His Unexpected Love | OG
RomansaAn unexpected love after marriage between Harraz Faeeq, the firm and stubborn CEO and Erasya Az-Zahra, his arranged wife who loves him... not until she knows the truth about their marriage. . . . Please do leave votes and comments🫶
