BAB 37

143 10 5
                                        

TokTok

Bunyi ketukan pintu itu menyentak lamunan Ara. Dia menutup suis pengering rambut yang sedang digunakan sebelum diletakkan ke atas meja solek.

Dia berjalan mendekati pintu biliknya. Tombol pintu dipulas lalu pintu bilik tidurnya itu ditarik perlahan. Sosok tubuh Har yang sedikit mengintai ke dalam ruangan bilik tidurnya dipandang.

Hatinya kembali retak. Wajah yang dulunya dia sayang, kini perasaan itu bertukar menjadi benci.

"Boleh saya masuk?" tanya Har lembut. Tidak kedengaran memaksa atau sinis seperti biasa. Ara hanya diam lalu berjalan menjauhi pintu, membiarkan pintu biliknya terbuka.

Har mengambil kesempatan yang ada untuk menyelinap masuk ke dalam bilik tidur Ara lalu mengunci pintu bilik tersebut.

Jantungnya berdegup kencang. Batang lehernya diusap perlahan apabila dia merasa canggung dengan suasana bilik Ara yang sunyi sepi. Wajah isterinya dipandang menerusi cermin meja solek yang bersaiz agak besar.

Fikirannya melayang sejurus bertentang mata dengan isterinya, memikirkan cara untuk memulakan perbualan dengan wanita itu.

"Can we...talk?" soalnya ragu, masih bernada lembut dan tidak memaksa. Kedengaran bunyi sayu dan nada berhati-hati dalam setiap perkataan yang keluar dari mulutnya.

"About what?" soal Ara tanpa menoleh sedikitpun ke arah suaminya yang sedang berdiri di tepi pintu. Dia kembali membuka suis pengering rambut lalu mengeringkan rambutnya yang masih sedikit basah.

"About what happened today" ujarnya sederhana perlahan. Har terganggu dengan bunyi bising yang datang daripada pengering rambut Ara.

Perlahan, lelaki itu berjalan mendekati isterinya yang sedang duduk di hadapan meja solek. Ara tidak mengendahkan kelibat Har yang terlihat sedang menuju ke arahnya.

Har mengambil pengering rambut dari tangan isterinya lalu menutup suis alat itu. Ara yang sedikit terkejut akan tindakan Har cepat saja menoleh ke arah lelaki itu.

"Please?" rayu Har kepada isterinya. Iris milik Har menatap mata isterinya penuh harapan.

"Give me that" Ara mengalihkan fokusnya kepada pengering rambut di tangan Har. Tidak mahu menatap mata sayu milik suaminya terlalu lama. Dia masih enggan berbicara dengan lelaki itu.

"Sayang" tindakannya terhenti, seolah-olah dipukau oleh panggilan itu. Suara lembut lelaki itu sedikit sebanyak mencairkan suasana hatinya yang masih lagi kecewa.

"Sayang, please. We need to talk" Har menurunkan tangan Ara yang tadinya sedang berusaha keras mencapai pengering rambut dari tangannya.

"There's nothing to talk about" Ara mengetap bibir kuat, mahu melawan perasaan bercelaru yang kini dia rasakan.

"Saya minta maaf" Har meletakkan alat pengering rambut ke atas meja, lalu melutut di hadapan isterinya. Dia menggapai tangan mungil isterinya. Tangan itu digenggam lembut.

"Sebab?" Ara menjeling.

"Sebab saya dah buat awak macam hamba, dan sebab dah cakap bukan-bukan pasal awak" rasa bersalah itu perlahan-lahan mengisi setiap ruang di dadanya.

"Saya tak ada niat, saya cuma tak suka tengok awak rapat dengan lelaki lain" katanya perlahan. Ada rasa pedih yang menyelinap setiap kali dia melihat Ara bersama lelaki lain walaupun dia cuba menafikannya.

"Kenapa? Awak cemburu?" soalan yang sama berlegar di bibirnya, diulang tanpa jemu.

"Ara-" Har cuba membalas, tetapi wanita itu terlebih dulu memotong, "What?"

"Susah sangat ke nak cakap yang awak cemburu? Saya nak tanya awak, saya ni tak layak ke jadi isteri awak, Harraz?" harapannya semakin pudar setiap kali soalan itu disambut dengan diam. Rasa kecewanya menebal, sedikit demi sedikit.

His Unexpected Love | OGCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang