BAB 35

98 13 0
                                        

Ara mengetuk pintu kaca pejabat Har perlahan. Kopi yang sudah dibancuh dibawa bersama.

"Masuk" dia menolak pintu kaca dengan tangan kirinya sebaik saja mendapat izin daripada lelaki itu. Cawan kopi itu perlahan diletakkan ke atas meja kerja Har. Har menoleh ke arah isterinya seketika sebelum kembali fokus pada layar komputer.

"Anything else, boss?" soal Ara sopan. Matanya menatap Har ragu-ragu, masih canggung dengan kejadian yang berlaku di sudut kopi sebentar tadi.

"Awak dengan Shah borak apa tadi? Seronok nampak" Har mengalihkan perhatian sepenuhnya kepada Ara yang terlihat resah, seolah-olah takut akan soalan yang dituju padanya itu.

Ara menarik senyuman palsu sebelum menjawab, "Borak kosong aje, bos"

Har menatap wajah Ara seketika sebelum mencapai cawan kopi, "Mana file kerja yang saya suruh awak buat kelmarin?" kopi itu ditiup sebelum dihirup perlahan.

"Bos cakap bos nak file tu hari Khamis, ini baru hari Selasa" kerutan di dahi Ara serta-merta muncul, matanya menatap tepat ke dalam anak mata lelaki itu tanpa berkedip.

"Kenapa? Awak belum siapkan ke?" soalnya sinis. Cawan kopi itu diletakkan ke posisi asal. Pandangannya dialihkan kepada Ara, menanti jawapan daripada wanita itu.

"Bos, kerja yang bos bagi tu banyak bukan sikit. Mana sempat kalau nak siapkan dalam masa dua hari. Lagipun bos sendiri cakap bos nak file tu hari Khamis" balas Ara, suaranya masih dikawal.

"So...ini alasan awak?" tanya Har dengan nada rendah, tetapi menikam setiap sudut hati Ara.

"Bos—"

"Stop." Ara terhenti, kata-katanya tersekat di hujung bibir tatkala tangan kiri Har naik ke udara, seolah-olah mengisyaratkannya supaya berhenti berbicara. Lelaki itu membetulkan posisi agar dirinya selesa.

"Kalau awak rasa awak tak boleh siapkan kerja dengan cepat, sebaiknya awak cakap awal-awal. Saya cari personal assistant yang boleh bantu cepatkan urusan saya, bukan macam awak" katanya tegas tanpa memikirkan perasaan wanita di hadapannya.

"Macam saya?" Ara mengulang perlahan. Matanya bertatapan dengan Har yang hanya memaparkan riak bersahaja.

"Apa maksud bos macam saya? Bos nak cakap saya apa sebenarnya?" sambung Ara dengan nada lebih tajam.

"Pagi-pagi awak dah curi tulang, borak dengan officemate lain. Dalam masa sama, dah merugikan masa dua orang pekerja dengan borak kosong awak tu" Har bangun dari duduknya, langkahnya diatur ke sofa di biliknya.

"Lepas tu, awak sanggup bagi alasan untuk melambatkan kerja yang saya bagi. Kalau macam ni cara kerja awak, baik awak cari kerja lain." Ara menghela nafas berat, belum sempat dia membuka mulut, Har kembali bersuara.

"One more thing" Har mendekatkan diri kepada isterinya, bisikan halus terdengar tepat di telinga Ara. "Awak ni...senang betul ya rapat dengan lelaki? Ada amal ilmu ke?"

Ara menarik nafas dalam-dalam, cuba untuk menenangkan dirinya daripada mengeluarkan sebarang tangisan.

Ara tak pernah menyangka, suaminya sanggup mengeluarkan kata-kata itu terhadapnya. Difitnah suaminya sendiri terasa bagaikan hatinya dirobek sehingga terlerai dan akhirnya menjadi cebisan kecil yang tak mungkin bercantum kembali.

Matanya dipejamkan seketika, seolah-olah mengumpul sisa kekuatan yang ada di dalam dirinya. Perlahan-lahan, Ara membalikkan badan, menghadap ke arah suaminya.

"Fine. Saya akan ikut cakap bos" Kali ini, pandangannya tidak lagi lari. Badannya ditegakkan, walaupun bahunya terasa berat menanggung peritnya ucapan yang dilontarkan Har terhadapnya.

His Unexpected Love | OGCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang