Ara melajukan langkahnya masuk ke dalam tandas. Fikirannya bercelaru. Apa yang terjadi tadi?
"Is anybody inside?" soal seorang perempuan dari luar yang sedang mengetuk pintu tandas. Ara dengan cepat menggelengkan kepalanya untuk menghilangkan fikiran negatif yang sedang bermain-main di benaknya.
.
.
Har bergegas mencari sosok isterinya yang entah hilang ke mana. Matanya melilau ke kanan dan kiri, tetapi masih tidak dapat mengesan keberadaan sang isteri.
Tak lama selepas itu, Har menangkap sosok seorang lelaki yang sedang berbual bersama isterinya berdekatan penjuru pentas. Langkahnya digesakan ke pentas tersebut dengan perlahan.
"Aku rasa kau orang boleh jaga jarak sikit kut. Dekat sangat ni, kan orang fikir apa pula" ujar Har dengan nada dingin yang berbaur amaran. Matanya tak terlihatkan sebarang emosi, hanya tatapan kosong tetapi mematikan.
"Oh sorry, aku lupa dia dah kahwin. Maklumlah tak nampak macam isteri orang, kan" perli Danial dengan senyuman, sengaja mahu menghidupkan api dalam diri lelaki itu
Har hanya diam dan memaparkan wajah datar. "Majlis kejap lagi dah nak habis. You can go home" ujarnya kepada Danial.
"Come with me" Har menggeggam tangan Ara lalu membawanya jauh dari tapak majlis tersebut.
Skip*
Ara memandang ke arah Har yang sedang memandu kereta. “Are you jealous?” suaranya perlahan tetapi menusuk.
Kening Har terangkat, matanya mengecil. "About what?" nadanya datar, namun jelas ada nada amaran.
"Danial?" Ara sengaja menyebut nama itu dengan nada manis, memerhati reaksi Har.
Rahangnya mengetat. "Tak boleh ke saya larang awak bercakap dengan lelaki lain?"
Ara bersandar pada kerusi kereta, menyilangkan tangan di dada. "Tak boleh. Unless you’re jealous because you love me," katanya sambil tersenyum, mencabar egonya.
"Nonsense" balas Har, namun nada suaranya sedikit serak.
Dia menghela nafas panjang, cuba menahan dirinya. "Saya tak nak media cakap buruk pasal awak. Ingat, kalau awak kena, saya pun akan dapat tempias"
Ara tertawa kecil, sinis. "Kenapa awak kisah? Bukan ke bagus? Nanti keluar tajuk besar, ‘Isteri Tak Reti Hargai Suami’."
Har mengalihkan pandangan ke tepi, menatapnya tepat. "Apa yang awak cakap ni? Sengaja nak buat saya marah?"
"Memang pun" Ara menjawab tenang. "Awak tak suka saya, kan? Awak benci saya. Jadi kenapa awak peduli kalau berita buruk pasal saya tersebar?"
"Fine. Saya tak suka awak bercakap dengan lelaki tu. Itu yang awak nak dengar, kan? Dah puas?"
Ara membalas dengan senyum penuh kemenangan, "Kenapa? Awak dah sukakan saya ke?"
"Don’t start, I’ll never fall in love with you." ujarnya dengan tatapan dingin.
Ara masih tidak berputus asa, "I’ll make you fall in love with me until you beg for me."
Har tersenyum tipis, matanya tak lepas dari memandang ke jalan raya. "Goodluck for that, because we both know it’ll never happen."
Tanpa Har sedar, tubir mata Ara mula terisi dengan air mata yang ditahan agar tidak meninggalkan jejak di pipinya. Walaupun kata-kata itu sudah dapat diteka Ara sejak dia mengetahui soal hubungan Har dan Bella, hakikat bahawa Har tidak akan pernah mencintai dirinya amat menyakitkan.
Sebenci itukah Har padanya?
*
"Morning Dato" sapa Miss Dania sebaik saja memunculkan diri ke ruangan Dato Hilman selepas mengetuk pintu kaca pejabat itu.
ANDA SEDANG MEMBACA
His Unexpected Love | OG
RomantikAn unexpected love after marriage between Harraz Faeeq, the firm and stubborn CEO and Erasya Az-Zahra, his arranged wife who loves him... not until she knows the truth about their marriage. . . . Please do leave votes and comments🫶
