"Ara!" tepik Kak Hannan yang ditemani Abang Fahmi di sampingnya. Suaminya memegang payung untuk melindungi badan isterinya daripada terkena air hujan yang masih tidak reda.
"Kenapa tak tunggu dalam kereta?" Kak Hannan memaut bahu Ara. Pakaian yang terbalut di badan wanita itu sudah basah lecun. Dengan suhu malam dan hujan yang lebat, Kak Hannan pasti Ara sedang kesejukan.
Ara hanya diam sambil tersenyum kelat. Mata wanita itu sembab. Irisnya menatap sayu ke arah kakak iparnya. Kak Hannan tahu Ara baru saja selesai menangis.
"Abang, tolong ambilkan jaket dekat tempat duduk belakang" Abang Fahmi mengangguk sebelum memberikan payung yang dipegangnya kepada Kak Hannan.
Payung itu bertukar tangan. Kak Hannan menarik Ara agar berada di bawah lindungan payung. Tak tinggal lama, Abang Fahmi datang bersama jaket yang diminta. Lelaki itu menyua jaket kulit itu kepada isterinya.
"Jom, akak hantarkan Ara balik" Kak Hannan menyarungkan jaket kulit milik suaminya ke badan Ara. Jaket itu dibetulkan sedikit agar menutup tubuh badan Ara.
"Akak." langkah Kak Hannan terhenti. Wanita itu berpaling, menatap mata sayu adik iparnya.
"Ara tak nak balik."
.
.
"Ara" Kak Hannan menghulurkan segelas air putih kepada Ara. Ara tersenyum kecil lalu mengambil gelas itu dari tangan kakak iparnya.
"Terima kasih" ujarnya singkat. Dia melihat Kak Hannan yang turut bersila, mengambil tempat di sisinya. Bunyi kipas yang hanya dihidupkan pada tahap perlahan itu memecahkan sepi di bilik Kak Hannan.
Mereka sekarang berada di rumah keluarga Harraz. Untungnya, Dato Hilman dan Datin Hanim kini ada urusan mendadak yang harus diselesaikan di luar negara.
Har pula mungkin sudah dalam perjalanan ke rumah keluarganya setelah Abang Fahmi memberitahu tentang keberadaan Ara.
Ara hanya pasrah. Har tetap suaminya. Hakikatnya, dia memang tak boleh berdalih dari lelaki itu. Sudahnya, Ara hanya membiarkan abang iparnya menelefon Har agar datang menjemputnya.
"Ara okey?" soal Kak Hannan lembut. Wajahnya terlihat sungguh cemas. Sosok Ara sudah dia anggap sebagai adik kandungnya. Jadi, tak pelik lah jika Kak Hannan rasa mahu menumbuk muka Har ketika ini.
Lagi-lagi Ara diam. Tidak menggeleng. Tidak pula mengiyakan.
"Kenapa Ara tak call Harraz?" sejurus nama itu disebut, pandangan Ara berubah. Wajahnya turun memandang lantai. Air mukanya jelas kelihatan yang dia sedang menahan sesuatu. Mungkin amarah. Mungkin kesedihan. Dan mungkin juga kekecewaan.
Kak Hannan diam. Dia menarik senyuman nipis. Mungkin, mereka sedang bertengkar. Sebab itu Ara tidak berani membuka mulut. Dia takut apa yang keluar tidak seperti apa yang sebenarnya ingin dia sampaikan.
Terasa ada sesuatu yang mendarat di tangannya, Ara perlahan mengangkat kepalanya.
"Dah lah, jangan sedih" pujuk Kak Hannan. Belakang tapak tangan adik iparnya digosok perlahan.
Tubir mata Ara kembali berair, namun dengan cepat tangannya menepis air mata itu daripada singgah di pipinya.
"Ara...kalau Ara ada masalah, Ara boleh cerita pada akak" ujar Kak Hannan dengan nada lembut, tidak mahu memaksa Ara jika wanita itu tidak mahu bercerita padanya.
Ara mengetap bibirnya, menelan segala rasa yang bercelaru di dada. Nafasnya ditarik lama. Cuba menenangkan diri untuk sekian kalinya.
"Ara rasa kami dah tak patut bersama" kata-kata yang dilontarkan Ara menyentak Kak Hannan. Wajahnya berkerut, tetapi dengan cepat ditahan agar Ara tidak terjejas dengan reaksi wajahnya.
ANDA SEDANG MEMBACA
His Unexpected Love | OG
RomanceAn unexpected love after marriage between Harraz Faeeq, the firm and stubborn CEO and Erasya Az-Zahra, his arranged wife who loves him... not until she knows the truth about their marriage. . . . Please do leave votes and comments🫶
