BAB 34

87 8 0
                                        

"Laki kau mana?" soal Haykal sambil memerhati setiap sudut di rumah agam dua tingkat milik suami Ara. Matanya berlegar mencari kehadiran seseorang yang sepatutnya ada.

"Ada dalam bilik kerja dia" balas Ara tanpa menoleh sambil membetulkan tudung sarungnya. Langkahnya melaju ke dapur untuk menyediakan minuman.

"Dia tahu tak aku datang ni?" Haykal melabuhkan punggung ke atas kerusi kitchen island yang tinggi separa pinggangnya. Beg kertas berwarna merah diletakkan ke atas kitchen island.

"Tak" jawab Ara singkat. Dia membuka kabinet lalu mencapai cawan kaca berwarna putih.

"Kau beritahu dia tak aku nak datang?"

"Tak" jawab Ara singkat. Tangannya mengambil satu uncang teh dari dalam bekas plastik lutsinar sebelum dimasukkan ke dalam cawan. Air panas dituang perlahan, wap nipis naik memenuhi ruang dapur yang sunyi.

"Habis tu, dia tak ambil tahu sikit pun?" soal Haykal lagi.

Ara mengangkat bahu kecil. "No?"

"Lepas tu, kau masih boleh berlagak macam tak ada apa-apa yang jadi?" dahinya berkerut, jelas keliru melihat perilaku Ara yang kelihatan baik-baik saja.

Ara berhenti seketika, jemarinya menggenggam pemegang cawan sebelum meletakkannya ke atas piring kecil. "Habis tu, kau nak suruh aku buat apa? Menggelabah?"

"Kau orang tu dah kahwin, buatlah cara dah kahwin."

"Ini tak...masing-masing hidup macam bukan suami isteri" nada Haykal merendah, namun sarat dengan teguran.

"Nafkah dia bagi tak?"

Ara tersenyum nipis, "Dia orang kaya, setakat bagi nafkah untuk aku harga Myvi sebulan pun celah gigi dia aje"

"Mana lah tahu..." Haykal menyambut cawan teh yang dihulurkan, lalu menghirup perlahan.

"Aku dah malas nak kisah pasal dia" Ara bersandar pada kaunter dapur. "Suka hati dia lah nak buat apa, janji aku happy."

Haykal memandang Ara lama sebelum kembali bersuara, "Masalahnya, kau happy ke hidup macam ni?" soalan itu bagaikan duri yang menikam tepat ke hati Ara.

Ara diam sejenak sebelum tertawa kecil, "At least kalau aku menangis pun dalam rumah harga juta-juta" katanya sinis sambil perlahan mengangkat dagu.
"Bukan macam kau!"

"Eh kau ni" Haykal memberi tatapan tajam kepada sepupunya. Ara pula hanya tersenyum sebelum mengambil tempat berhadapan dengan Haykal.

"Eh? Tak beritahu pun ada tetamu?" suara yang tidak asing yang datang dari tingkat atas mengalihkan pandangan mereka berdua.

Sosok Har yang berpakaian kemeja-T berwarna hitam sambil memegang sebuah cawan di tangannya terlihat menuruni tangga perlahan.

"Lupa nak beritahu tadi" jawab Ara sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Haykal berpaling ke arah Ara lalu mengerutkan dahi, "Bukan tadi dia memang tak nak cakap ke?"

Haykal kembali memandang lelaki berbadan tegap yang sedang menghampiri mereka berdua.

"Ada apa datang malam-malam ni?" soal Har datar. Cawan yang dibawa turun bersamanya tadi diisi dengan air putih. Kakinya perlahan mendekati Haykal dan Ara yang masih berdiam diri.

Haykal mengangkat beg kertas berwarna merah yang dibawanya lalu kembali diletakkan ke posisi asal. "Ara kirim coklat waktu aku outstation dekat Langkawi minggu lepas"

Har mengangguk beberapa kali sebelum tersenyum nipis, pandangannya dialihkan kepada Ara, "Kenapa awak tak cakap nak makan coklat? Saya pun boleh belikan, tak perlu tunggu Haykal outstation dulu"

His Unexpected Love | OGCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang