"Dah nak tidur ke?" soal Har sambil membuka almari pakaian yang berada tak jauh dari katil. Tuala mandi yang tergantung di lehernya digunakan untuk mengeringkan rambutnya yang masih basah.
"Ya" jawab Ara dengan kesedaran penuh.
Bau maskulin syampu rambut yang digunakan suaminya menusuk ke hidungnya. Ara memejamkan mata rapat, enggan berbual dengan lelaki itu setelah kejadian yang berlaku tadi.
"Tolong keringkan rambut saya kejap, boleh?" minta Har dengan nada sopan. Dia mendekati wanita yang sedang berbaring di atas katil itu dengan perlahan.
"Keringkan sendiri lah... ada tangan, kan?" ujar Ara datar. Tubuhnya dibalikkan ke kiri, membelakangi Har yang sedang menatapnya.
"Sayang" Ara menelan liur. Lemah dengan panggilan serta nada yang digunakan lelaki itu terhadapnya.
"Awak ni kena sampuk syaitan ke? Kenapa tiba-tiba panggil saya sayang?" Ara bangun lalu membetulkan posisinya. Matanya menangkap tubuh tegap Har yang masih belum berbalut apa-apa pakaian.
Ara kemudiannya mengalihkan pandangan ke bawah. Jari jemarinya ditilik satu persatu, cuba untuk menghilangkan rasa janggal antara mereka.
"Biar lah saya nak panggil awak apa pun, awak isteri saya, kan?" Har tersenyum. Baju T berwarna biru gelap disarungkan ke tubuhnya. Ara membalikkan bebola matanya lalu mendengus kasar.
"Please... tolong keringkan rambut saya" pujuk Har dengan nada manja. Ara mengetap bibir. "Ish yalah! Cepat, saya nak tidur pula"
Har menarik senyuman kemenangan lalu berjalan ke arah meja solek. Pengering rambut dikeluarkan dari laci meja, lalu palam pengering rambut itu disambung sebelum suis dibuka.
Ara berdiri di belakang suaminya yang sudah mengambil tempat di hadapan meja solek. Rambut Har yang masih basah selepas mandi itu menitiskan beberapa air kecil yang kemudiannya jatuh ke bahu lebar lelaki itu.
Ara mencapai pengering rambut di atas meja solek lalu menghidupkannya.
Bunyi lembut pengering rambut itu memenuhi ruang bilik.
"Duduk diam" kata Ara perlahan sambil menyelak rambut Har menggunakan jemarinya. Har tersenyum kecil.
Ara menghalakan pengering rambut ke rambut hitam lelaki itu. Jari Ara sesekali menyisir rambut lelaki itu supaya lebih cepat kering.
Har hanya diam, membiarkan Ara menguruskan rambutnya. "Kalau setiap kali lepas mandi ada orang tolong macam ni, best juga" gurau Har dengan senyuman mengusik.
"Tak payah berangan" balas Ara tegas. Matanya tetap fokus mengeringkan rambut suaminya.
"Ara" panggil Har lembut dari tempat duduknya. Ara memejamkan mata sebentar. Nafas berat dilepaskan. "Apa?"
Har menoleh sedikit ke belakang walaupun pengering rambut masih berbunyi. Dengan nada yang tiba-tiba serius, dia bersuara, meminta sesuatu yang membuat Ara terpinga-pinga.
"Panggil saya abang, boleh?" soal Har dengan nada serius.
Ara berhenti seketika, menelan liur kasar sambil memandang belakang kepala Har. "Mimpi apa pula mamat ni?" bisik batinnya.
"Maksud awak?" tanya Ara. Otaknya seperti tidak dapat memproses apa yang baru sahaja keluar dari mulut lelaki itu.
"Saya nak awak panggil saya abang"
Har mengulang permintaannya dengan lebih jelas, kemudian diam menunggu jawapan.
"Kenapa pula?" Ara mengerutkan dahi. Dia langsung tidak faham kenapa Har tiba-tiba meminta perkara begitu.
"Sebab saya tak suka awak panggil Eiyas as Abang Eiyas." Har memberi alasannya.
ANDA SEDANG MEMBACA
His Unexpected Love | OG
RomanceAn unexpected love after marriage between Harraz Faeeq, the firm and stubborn CEO and Erasya Az-Zahra, his arranged wife who loves him... not until she knows the truth about their marriage. . . . Please do leave votes and comments🫶
